Nampak Macam Comel, Tapi Anak Kecil Kuat Memukul Bukan Isu Biasa. Ibu Bapa Kena Kekang Sebelum Anak Jadi Pembuli

Share

Mungkin ada yang merasakan anak kecil yang suka memukul itu biasa-biasa sahaja. Tapi sebenarnya, tabiat memukul ini tidak elok dibiarkan. Kerana lama-kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan dan akhirnya menjadi pembuli.

Peranan ibu bapa dalam menangani hal ini supaya tidak berlarutan. Mungkin anak kecil menzahirkan apa keinginan mereka menerusi cara tersebut.

 

Tapi sebenarnya tabiat itu apabila dibiarkan boleh menyebabkan anak anda jadi pembuli kelak. Saudara Mohd Fhais Salim

berkongsi pandangan mengenai hal tersebut.

Jelasnya, kanak-kanak dalam usia 1-3 tahun adalah di mana fasa anak kuat memukul, mengamuk, menjerit, menendang dan membaling.

Justeru, ibu bapa kena mencari alternatif supaya tabiat anak yang suka memukul tidak dibiarkan. Dari kecil kena pupuk cara yang betul dalam melontar emosi yang sihat dan tidak bahaya.Apabila anak mula memukul, ibu atau  bapa kena lakukan perkara ini.Anak yang memukul mungkin kerana tidak tahu cara yang betul untuk menyampaikan keinginannya. Tabiat memukul bukan isu biasa, jangan anggap ia biasa walau nampak comel pada mulanya.Awalnya anak-anak memukul kerana menzahirkan rasa tak puas hati, tetapi apabila jadi habit sesiapa sahaja akan jadi mangsa. Kekang sebelum anak jadi pembulia.

Sumber: Mohd Fhais Salim

IKLAN