Kadang-kadang tanpa sedar kita ini mudah sangat buat tanggapan negatif dan mengatakan mereka tidak bijak jika terlihat ada yang buat sesuatu tindakan yang kita rasakan pelik.

Sedangkan kita terlupa, tidak semua perkara kita tahu sebenarnya.

Ini sebagaimana perkongsian kisah daripada doktor ini apabila seorang pesakitnya mengenakan topi berjaring datang ke hospital.

Memang pelik tindakan itu, namun ada juga kewajaran tindakan pesakit tersebut.

Nak tahu kisah selanjutnya, ini perkongsiannya.


Awal PKP tempoh hari, ada seorang nyonya ni datang klinik saya sebab sakit perut. Dia pakai topi berjaring yang macam untuk pelindung dari lebah tu. Kelakar pula gayanya.

Selepas saya periksa masalah dia, saya pun terangkan masalah yang dia hadapi, tentang ubat yang saya nak beri, dan apa yang perlu dielakkan. Sambil tu saya juga beritahu topeng muka apa yang sesuai dipakai untuk kurangkan risiko jangkitan COVID-19.

IKLAN

“Aunty, you sepatutnya pakai topeng muka macam ni,” kata aku sambil tunjuk topeng penutup mulut dan hidung yang aku sedang pakai.

Saya beritahu apa yang dia pakai tu tak membantu elakkan jangkitan COVID-19. Dia dengar penerangan yang saya beri dengan tekun. Dah habis saya bercakap, baru dia bersuara.

“Tapi, anak saya cakap, itu Menteri kata, kalau tak sakit tak payah pakai tutup mulut punya. Cuma tangan kena cuci selalu, sama jangan selalu pegang muka,” ujarnya.

Aku angguk. Betullah apa dia cakap tu.

IKLAN

“Ini saya pakai, supaya saya tak pegang muka. Saya selalu lupa. Asyik pegang muka. Pegang rambut. Sana garu, sini garu,” katanya sambil buat aksi seolah-olah menggaru mukanya.

OK, Jika itu objektif dia pakai topi berjaring tu maka secara praktikalnya adalah pilihan yang betul. Bila dia nak sentuh muka, mesti dia tersentuh jaring tu. Automatik dia akan ingat, supaya jangan sentuh muka.

Memang betul kita ni kerap sentuh muka kita. Kadang-kadang tak sedar pun. Garu hidunglah, gosok mata, betulkan jambul, usap dagu serta janggut, dan sebagainya. Benda ni tabiat yang sukar dibendung.

Apa yang nyonya ni buat, adalah salah satu cara untuk bendung tabiat (break the habit) menggunakan halangan sebagai peringatan. Dalam hal ni, jaring pada topi berkenaan adalah peringatan itu.

IKLAN

Apa dia buat tu tak kelakar pun sebenarnya, malah bijak. Namun, saya ni walaupun seorang doktor, boleh pula anggap ia kelakar, kerana saya tak tercapai di akal saya sebabnya pada ketika itu.

Ini peringatan buat diri saya. Jangan suka-suka ketawakan orang buat benda yang nampak bodoh, kerana entah-entah ia nampak bodoh kerana saya yang tak tahu, atau bahasa kasarnya, saga yang bodoh.

Oleh itu, kena selalu berlapang dada, dapatkan penjelasan, dan nilai sesuatu itu dengan ilmu, bukan dengan prasangka. Prasangka itu boleh menjadi pintu kepada ruang fitnah.

Apapun, buat masa sekarang amalkan norma baharu; Kerap cuci tangan dengan sabun atau cecair sanitasi tangan, elakkan kerap menyentuh muka, amalkan etika batuk yang betul, dan jaga jarak sosial.

Semoga kita semua dilindungiNya.

sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI