Setiap kali memuat naik kisah anak kesyangannya di media sosial, pasti ramai yang memberi respond. Malah, memang semua menantikan perkembangan terbaru bidadari kecil hasil perkongsian hidup Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani Zaidi.
Terbaru, Ahmad Safiuddin memuat naik beberapa keping gambar bayi berusia 14 bulan itu yang kelihatan comel memakai tudung berwarna ‘peach’. Sangat comel, rasa geram nak cubit-cubit pipi tu. Menurut Ahmad Safiuddin, tudung tersebut diberikan oleh seseorang untuk di kecil Ainul Mardhiah.
Ada hamba Allah swt beri hadiah tudung kepada ainul. Cuba pakaikan ainul, terasa macam mula walid versi perempuan pulak 😄
Ads
Gambar muka je dapat ambil sebab atas bertutup, bawah ” Open ” 😂.
Thank you @fieitacollectionkids beri ainul hadiah ini.
Ads
Ads
Sementara itu, ibunya Nurul Erwani turut teruja dengan hadiah yang diberikan itu.
Sedar atau tidak, kuasa doa memberi kesannya terhadap kesejahteraan sebuah keluarga itu. Bukan sahaja untuk memperolehi kejayaan di dunia tapi kesihatan, rezeki, kesihatan dan anak-anak yang mendengar. Malah ada doa untuk awet muda untuk kekal bahagia bersama pasangan.
Sempena Tahun Baru 2021 KELUARGA menyediakan himpunan doa untuk warganet kami!
1.DOA KELUARGA BAHAGIA
Keluarga bahagia adalah dambaan setiap insan. Kesejahteraan dan kerukunan berumah tangga adalah idaman setiap keluarga. Semua orang mahukan keluarga bahagia bersama suami, isteri dan anak-anak hidup dalam suasana mesra, harmoni dan penuh ketakwaan terhadap Allah SWT.
2.DOA PENERANG HATI ANAK MUDAH BELAJAR
Ibu bapa pastinya berharap agar anak-anak berjaya dalam peperiksaan dan diberikan minda yang cerdas untuk belajar. Salah satu rutin harian mereka adalah berdoa. Terdapat banyak doa penerang hati untuk anak amalkan serta doa yang boleh dibaca oleh kedua ibu bapa dalam mendoakan anak-anak. Doa penerang hati amat penting bagi memudahkan anak belajar dengan baik, mudah.
3.DOA DIBERI TERUS KESIHATAN DIRI
Situasi pandemik akan membuatkan diri kita sentiasa memastikan ahli keluarga dalam keadaan selamat serta dijauhkan dari segala penyakit.Doa kesihatan yang memohon supaya dikurniakan kesihatan yang baik dengan tubuh badan yang sihat agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.
4.DOA AWET MUDA
Setiap orang tentunya ingin memiliki wajah berseri cantik, tampan dan mempesona agar kelihatan segar serta awet muda. Wajah yang berseri sememangnya menjadi idaman ramai wanita. Maka sebab itulah ramai wanita sanggup berbelanja lebih bagi mendapatkan kulit wajah yang cantik.
5.DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK YANG TAK DENGAR CAKAP.
Memang risau bila anak tak nak ikut. Lagi kita cakap kuat-kuat, lagi dia melawan. Kadang-kadang, sebagai ibu, boleh jadi down satu hari. Situasi ini menyebabkan ramai ibu bapa mengadu anak nakal dan tak mahu dengar nasihat. Nyata, bukan mudah nak bagi anak dengar kata!
6.DOA PEMBUKA REZEKI
Setiap orang pasti menginginkan dirinya mendapatkan rezeki yang lancar dan tidak mengalami kesulitan dalam mendapatkan rezeki, baik dalam pekerjaan, perniagaan ataupun usaha lainnya. Oleh itu, setiap orang pasti sering menyertakan permohonan doa kelancaran rezeki dalam setiap doanya.
Apa pun doa yang dimohon, yakinlah bahawa Allah SWT akan mengabulkan apa yang dimohonkan oleh umatnya yang taat.
“Arwah ayah garang, tetapi tersenyum ketika meninggal dunia,” kata penyanyi dangdut popular, Mas Idayu, 51, ketika berkongsi mengenai pemergian arwah bapanya, Allahyarham Mesnun Hassan, 78, pada 28 Februari lalu.
Mas Idayu lebih mesra disapa Mummy berkata, wajah arwah ketika meninggal dunia kelihatan bersinar dan lebih cerah.
“Kulit arwah bukannya gelap sejak muda, tetapi apabila meningkat usia kulitnya makin gelap. Namun, saya nampak kulitnya lebih cerah dan ceria daripada sebelum ini ketika meninggal dunia,
“Malah, arwah juga tersenyum. Arwah seorang yang garang dan susah nak senyum,” katanya kepada BH Online.
Terdahulu, arwah Masnun disahkan meninggal dunia pada jam 12.23 tengah malam di sebuah hospital di Kota Tinggi, Johor akibat kencing manis pada 28 Februari lalu.
Kata Mas Idayu, arwah tidak menghidap penyakit serius lain, namun penyakit kencing manis menyebabkan buah pinggangnya terkesan.
“Arwah ada kencing manis, tetapi tiada penyakit lain. Disebabkan kencing manis, ia merosakkan buah pinggangnya,” katanya.
Pelantun lagu Cintaku 100% itu bersyukur berkesempatan memandikan arwah bapa ketika terlantar sakit dan melihat wajahnya sebelum arwah dikebumikan.
“Alhamdulillah, saya sempat pulang ke kampung ketika arwah sakit dan dapat mandikannya. Kalau nak ikutkan arwah malu sebab anak perempuan, tetapi syukur, dapat juga saya peluang mandikan arwah.
“Kali terakhir saya bertemu arwah ketika majlis pernikahan saya,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Andai ada sejarah kesihatan ahli keluarga ada yang mengidap darah tinggi, sewajarnya langkah-langkah awal perlu diambil perhatian untuk elakkan daripada dihidap oleh keluarga yang lain.
Amalkan gaya hidup sihat umpamanya adalah yang terbaik. Pun begitu, andai telah disahkan ada tanda-tanda awal mengidap masalah darah tinggi inii dan tidak mahu terus bergantung pada ubat-ubat sepanjang hayat, ada caranya.
Hal ini telah dikongsikan oleh seorang doktor dan bolehlah diamalkan.Jom semak apa katanya.
10 LANGKAH KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI TANPA UBAT
“Saya tak bagi dulu ubat darah tinggi, buat masa ni boleh kawal dengan cara makan dan lain-lain…”
Pernah tak doktor beritahu anda untuk kawal tekanan darah seperti ini. Tapi bagaimana?
Saya senaraikan 10 langkah yang boleh diikuti.
1. Kurangkan berat badan
Tekanan darah sering meningkat apabila peningkatan berat badan. Berat badan juga boleh menyebabkan gangguan pernafasan semasa anda tidur (tidur apnea), yang akan meningkatkan tekanan darah anda.
Berat badan adalah salah satu perubahan gaya hidup yang paling berkesan untuk mengawal tekanan darah. Kehilangan hanya 4 ke 5 kilogram dapat mengurangkan tekanan darah anda.
2. Bersenam dengan kerap
Aktiviti fizikal biasa sekurang-kurangnya 30 minit sepanjang hari dalam seminggu dapat mengurangkan tekanan darah anda dengan 4 hingga 9 milimeter merkuri (mm Hg). Perkara paling penting ialah konsisten kerana jika anda berhenti bersenam, tekanan darah anda boleh naik semula.
Sekiranya anda mempunyai sedikit tekanan darah tinggi (prehypertension), senaman boleh membantu anda mengelakkan hipertensi yang kronik. Sekiranya anda sudah mengalami hipertensi, aktiviti fizikal yang tetap boleh membawa tekanan darah anda ke tahap yang lebih selamat.
Jenis senaman terbaik untuk menurunkan tekanan darah termasuklah berjalan kaki, jogging, berbasikal, atau berenang.
3. Makan makanan yang sihat.
Makan diet yang kaya dengan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain boleh menurunkan tekanan darah anda. Saya faham memang tidak mudah untuk mengubah tabiat makan anda, tetapi dengan melakukan tip-tip yang saya beri ini, anda boleh mengamalkan diet yang sihat:
* Simpan diari makanan. Menulis apa yang anda makan. Pantau apa yang anda makan, berapa banyak, bila dan mengapa.
* Pertimbangkan untuk meningkatkan kalium. Kalium (potassium) boleh mengurangkan kesan natrium (sodium) pada tekanan darah. Sumber kalium yang terbaik adalah makanan, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, dan bukan makanan tambahan.
* Menjadi pembeli pintar. Baca label makanan apabila anda berbelanja dan berpegang pada pelan pemakanan sihat semasa anda sedang makan.
4. Kurangkan sodium dalam diet
Walaupun pengurangan kecil dalam natrium (sodium) dalam diet, anda dapat mengurangkan tekanan darah dengan 2 hingga 8 mm Hg.
Kesan pengambilan natrium pada tekanan darah berbeza-beza mengikut individu. Secara umum, hadkan natrium kepada kurang daripada 2,300 miligram (mg) sehari atau kurang.
Untuk mengurangkan natrium dalam diet anda, ikuti tip-tip ini:
* Baca label makanan. Jika boleh, pilih alternatif natrium rendah makanan dan minuman yang biasanya anda beli.
* Kurangkan makan makanan yang diproses. Hanya sebilangan kecil natrium berlaku secara semulajadi dalam makanan. Kebanyakan natrium ditambah semasa pemprosesan.
* Jangan tambahkan garam. Hanya 1 sudu teh garam mempunyai 2,300 mg natrium. Gunakan herba atau rempah untuk menambah rasa kepada makanan anda.
5. Kurangkan alkohol
Alkohol pada jumlah yang kecil, ia berpotensi menurunkan tekanan darah anda dengan 2 hingga 4 mm Hg. Tetapi kesan perlindungan itu hilang jika anda minum terlalu banyak alkohol. Minum lebih daripada jumlah alkohol yang sederhana boleh meningkatkan tekanan darah. Ia juga boleh mengurangkan keberkesanan ubat tekanan darah.
6. Berhenti merokok
Setiap rokok yang anda hisap boleh meningkatkan tekanan darah anda selama beberapa minit selepas anda selesai. Berhenti merokok membantu tekanan darah anda kembali normal. Orang yang berhenti merokok, tanpa mengira umur, mempunyai peningkatan yang besar dalam jangka hayat.
7. Kurangkan kafein
Peranan kafein dalam tekanan darah masih lagi dibincang dan dibahaskan. Kafein boleh menaikkan tekanan darah sebanyak 10 mm Hg pada orang yang jarang menggunakannya, tetapi ia tidak ada kesan yang signifikan terhadap tekanan darah kepada peminum kopi biasa. Untuk mengetahui sama ada kafein boleh meningkatkan tekanan darah anda, semak tekanan anda dalam masa 30 minit selepas minum minuman berkafein. Sekiranya tekanan darah anda bertambah sebanyak 5 hingga 10 mm Hg, anda mungkin sensitif terhadap tekanan darah yang menaikkan kesan kafein. Boleh rujuk dan berbincang dengan doktor.
8. Kurangkan stres dan tekanan hidup
Stres dan tekanan hidup yang kronik adalah penyumbang penting kepada tekanan darah tinggi. Stres sekali-sekala juga boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi jika anda bertindak balas terhadap tekanan dengan makan makanan yang tidak sihat, minum alkohol atau merokok.
Ambillah sedikit masa untuk berfikir semula apa yang menyebabkan anda berasa tertekan, seperti kerja, keluarga, kewangan atau penyakit. Sebaik sahaja anda tahu apa yang menyebabkan tekanan anda, carilah penyelesaian bagaimana anda boleh mengurangkan tekanan tersebut. Sekiranya anda tidak dapat menyelesaikan semua tekanan anda, anda sekurang-kurangnya dapat mengatasinya dengan cara yang lebih sihat.
9. Pantau tekanan darah anda.
Periksa dan pantau tekanan darah di rumah dan berjumpa doktor anda dengan kerap. Pemantauan di rumah boleh membantu anda mengekalkan bacaan normal tekanan darah anda, membantu anda untuk terus konsisten dengan gaya hidup sihat, dan memberi isyarat kepada anda jika ada tanda-tanda awal komplikasi kesihatan.
10. Dapatkan sokongan Keluarga dan rakan-rakan
Keluarga dan rakan sebenarnya penting dalam membantu meningkatkan kesihatan anda. Mereka boleh menggalakkan anda untuk menjaga diri, membantu untuk berjumpa doktor atau memulakan program senaman bagi memastikan tekanan darah anda rendah. Ini juga dapat memberi anda hubungan dengan orang yang boleh memberi anda sokongan emosi dan mereka yang boleh menawarkan tip praktikal untuk membantu anda.
PERHATIAN :Langkah ini berguna jika tekanan darah anda masih boleh dikawal tanpa perlu ubat. Nota ini tidak bermaksud menggantikan preskripsi ubat daripada doktor. Anda perlu terus menggunakan ubat yang diberi oleh doktor sekiranya diarah sedemikian.
#Share kepada orang yang anda sayang. Moga kita diberi kesihatan berpanjangan
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.