Mood untuk menyambut 1 Syawal kian terasa dan tentunya kita mak-mak ni sibuk juga untuk merancang menu untuk disediakan di pagi Raya untuk memenuhi selera anak-anak dan suami tercinta.

Kalau ikutkan, macam-macam permintaannya ada yang hendak makan lemang bersama rendang dan ada pula  teringin menikmati keenakan nasi impit bersama kuah kacang dan kuah lodeh. Kalau boleh semuanya kita ingin tunaikan, barulah meriah Hari Raya!

 

 

Jadi untuk penuhi selera seisi keluarga, bukankah bagus jika ada teknik untuk menyediakannya dengan cepat dan mudah? Seperti perkongsian daripada Cik Azz di blog peribadinya, kakazz.blogspot.com,bilamana Cik Azz buat lontong menggunkan plastik aiskrim!

Difahamkan bila buat nasi impit dengan cara ini ianya  lebih mudah untuk dipotong dan menjimatkan. Kos tidaklah mahal mana berbanding bila beli yang segera. Malah apa yang paling penting cepat pula masa untuk memasaknya. Senang kerjakita, tidaklah perlu duduk lama di dapur untuk buat persiapan juadah Raya.

Jadi bolehlah dicuba untuk Raya tahun ini dengan menyediakan Nasi Impit Aiskrim.

Bahan-bahan:
Beras
Daun pandan
Air
Plastik aiskrim Malaysia

Caranya:

Nasi Impit Aiskrim, Senang Nak Potong & Masak Pun Tak Lama. Begini Cara Buatnya!
1. Cuci dulu beras, lepas tu toskan dan biarkan beras tu kering supaya senang nak masukkan ke dalam plastik aiskrim ni. Boleh gunakan calung ataupun masukkan beras dalam jug air yang plastik yang ada muncung tu.

Nasi Impit Aiskrim, Senang Nak Potong & Masak Pun Tak Lama. Begini Cara Buatnya!

IKLAN

Isikan separuh plastik je atau kurang sikit dari separuh. Jangan isi lebih sebab nanti beras tu padat dan keras. Hujung plastik tu aku lipat sekali dan lipat lagi sekali, lepas tu aku stepler.

Nasi Impit Aiskrim, Senang Nak Potong & Masak Pun Tak Lama. Begini Cara Buatnya!

2. Lipat dua plastik airkrim tadi dan tekan-tekan dengan garfu. Tekan kuat biar sampai tembus ke belakang. Nak cucuk dengan lidi satay pun boleh, janji ada lubang.

3. Beginilah rupanya lepas dicucuk dengan garfu.

 

 

IKLAN

Nasi Impit Aiskrim, Senang Nak Potong & Masak Pun Tak Lama. Begini Cara Buatnya!

4. Masukkan nasi impit ke dalam periuk yang besar. Masukkan juga dua helai daun pandan yang disimpul supaya nasi impit tu wangi.

5. Rebus hingga nasi impit tu masak.

Nasi Impit Aiskrim, Senang Nak Potong & Masak Pun Tak Lama. Begini Cara Buatnya!

6. Kenapa nak kena rebus nasi impit tu dalam periuk besar.? Tengok la nasi impit tu apabila sudah keras, panjang, kan? Jadi kenalah besar periuknya. Seperti biasa, lalukan nasi impit yang dah masak di bawah air paip dan toskan di dalam tapisan.

7. Beginilah rupanya nasi impit aiskrim yang sudah siap direbus. Senang untuk dipotong, lagi kemas buat macam ni.

Nasi Impit Aiskrim, Senang Nak Potong & Masak Pun Tak Lama. Begini Cara Buatnya! Nasi Impit Aiskrim, Senang Nak Potong & Masak Pun Tak Lama. Begini Cara Buatnya!

IKLAN

 

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Nasi Impit Aiskrim, Senang Nak Potong & Masak Pun Tak Lama. Begini Cara Buatnya!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI