Menyediakan menu nasi lemak untuk sarapan pagi boleh dikatakan ianya merupakan menu istimewa untuk dihidang kepada seisi keluarga.

Umumnya, pada hajung minggu barulah ibu yang berkerja berkesempatan untuk memasak menu ini. Maklumlah, hidangan nasi lemak ini perlu disediakan bersama sambal, telur rebus, kacang goreng, timun dan sebagainya untuk melengkapkannya.

Menyentuh tentang memasak nasi lemak, selain ditanak seperti biasa menggunakan periuk nasi elektrik, lebih mudah dan cepat seandainya dimasak menggunakan teknik kukus.

Malah menurut perkongsian tokma, nasi lemak yang dimasak dengan teknik kukus tidak berkerak malah lambat basinya.

Selain itu, turut dikongsikan rahsia sukatan santan untuk pastikan nasi yang dikukus sempurna masaknya. Nak tahu bagaiamana, jom hadam perkongsian ini.

Hari ini tokma nak share cara tokma masak nasi lemak. Nasi lemak versi kukus tapi tokma rebus periuk nasi itu..

Cara ini lebih mudah dan lebih cepat. Lebih cepat masak dari guna periuk nasi letrik. In Shaa Allah nasi lemak yang terhasil tidak berjelantah dan tahan lebih lama.

IKLAN

Nasi Lemak Dikukus, Confirm Tak Berkerak. Nak Buatnya Ada Cara Sukat Santannya!

Moga bermanafaat & dapat dimanafaatkan bersama…

Cara Pengiraan/penggunaan, santan/air untuk nasi lemak atau nasi puteh. Ini cara sukatan tokma. Boleh jer guna cara sukat sendiri.

1 cawan / beras + 2 = 3 cawan santan
2 cawan beras + 2 = 4 cawan santan
3 cawan beras + 2 = 5 cawan santan
4 cawan beras + 2 = 6 cawan santan
5 cawan beras + 2 = 7 cawan santan..

Jika guna beras lebih dari 5 cawan kene tambah 3

IKLAN

contoh ..
6 cawan santan + 3 = 9 cawan santan
7 cawan beras + 3 = 10 cawan santan

Nasi Lemak Dikukus, Confirm Tak Berkerak. Nak Buatnya Ada Cara Sukat Santannya!

bahan-bahan :

Daun pandan, hirisan halia, serainyang dititik,
santan dan beras.

IKLAN

Cara memasak :

Nasi Lemak Dikukus, Confirm Tak Berkerak. Nak Buatnya Ada Cara Sukat Santannya!
1. Basuh beras, isikan di dalam periuk yang sesuai, bubuh daun pandan, hirisan halia, dan serai yang dititik.

Nasi Lemak Dikukus, Confirm Tak Berkerak. Nak Buatnya Ada Cara Sukat Santannya!
​​​​2. Tuangkan santan secukupnya. Tokma sukat guna cawan periuk nasi elektrik. Untuk 1-5 cawan beras + 2 . Jika beras lebih daripada 5 + 3. Tok ma guna 7 cawan beras +3 = 10 cawan santan. Tuang minyak masak 1/2 senduk. Garam 1 sudu besar. Kacau rata.
Nasi Lemak Dikukus, Confirm Tak Berkerak. Nak Buatnya Ada Cara Sukat Santannya!
3. Masukkan periuk dalam periuk kukusan. Rebus periuk tu guna api sederhana. Air dalam periuk kukusan jangan banyak sangat, nanti mercik-mercik pula.

Nasi Lemak Dikukus, Confirm Tak Berkerak. Nak Buatnya Ada Cara Sukat Santannya!
4. Tutup periuk kukusan, biarkan nasi mendidih.Bila sudah menggelagak baru kecilkan api dan biarkan sehingga kering. Bila nasi sudah masak gembur-gemburkan dan sedia untuk dinikmati.

Ekstra info :
Nasi Lemak Dikukus, Confirm Tak Berkerak. Nak Buatnya Ada Cara Sukat Santannya!
Masak cara begini, nasi tidak sedikit pun berkerak malah boleh bertahan lebih lama.

sumber : Rossita Omar via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI