Sedap lidah lembu rupanya. Selain dibuat sup, salah satu hidangan lain yang berasaskan lidah lembu adalah lidah goreng kunyit.
Cara penyediaannya agak rumit, tapi bila dah dapat makan memang nikmat sungguh!
Siapa yang suka makan lidah lembu tu, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Puan Haliza Zainol di bawah. Selamat mencuba!
LIDAH GORENG KUNYIT
Bahan-bahan:
Lidah lembu
Gula
Halia
Bahan perap:
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kunyit
Garam
Gula
Sedikit tepung jagung
Cara-cara:
Rebus lidah selama 40-45minit sehinga benar-benar empuk. Letak sedikit gula dan halia.
Bila dah empuk, keluarkan dan buang kulit tebal dipermukaan lidah. Belah tengah dan tarik saja kulit sampai habis.
Kemudian baru potong mengikut cara masing-masing.
Tumbuk semua bahan perap. Satukan dengan lidah yang sudah dihiris nipis dan gaul rata.
Perap selama 10 hingga 15 minit.
Kemudian sedia untuk digoreng dalam minyak panas. Masukkan bawang serta cili padi (jika suka pedas).
Goreng sehingga garing dan siap untuk dihidangkan.
Anak yang membahagiakan orang tua nya pasti murah rezeki dan senang hidupnya. Pelakon bernama Syafie Naswip ini memang seorang anak yang baik. Awal Mei lalu, dia membeli sebuah rumah untuk ibunya.
Pemilik nama sebenar, Syafie Naswip ini memberitahu, duit tersebut adalah hasil menabung hampir 12 tahun. Dia bersyukur kerana impian membelikan rumah buat ibunya, Noorsiah Ahmad, 53, tercapai.
Menurutnya, sudah lama dia menyimpn hasrat tersebut dan mula menyimpan wang sejak pembabitannya dalam bidang seni pada 2006.
“Memang menjadi impian saya sejak dulu untuk membeli rumah buat ibu. Alhamdulillah, selepas agak lama juga menyimpan, akhirnya saya dapat beli kediaman jenis ‘town house’ di Nilai.
“Ibu sebenarnya tidak tahu mengenai perancangan saya dan dia memang terkejut apabila saya menunjukkan rumah berkenaan sambil memaklumkan ia adalah hadiah buatnya.
Terbaru, Syafie memuat naik satu video melawat ibunya yang sedang sakit di hospital sambil membawakan sejambak bunga. Selain itu, dia turut menyuap makanan kepada ibunya yang cukup murah dengan senyuman.
Kapsyennya cukup ringkas namun mendalam maknanya. Nyata Syafie adalah seorang anak prihatin dan soleh.
Buah limau purut sememangnya tidak begitu asing penggunaannya. Malah dalam masakan sekali pun kita ada menggunakan limau purut untuk memberi rasa pada masakan. Tidak dengan itu, limau purut juga cukup sinonim digunakan dalam perawatan tradisional orang Melayu. Ini secara tidak langsung, menandakan limau purut cukup istimewa dan punya khasiat dan kebaikan yang tersendiri.
Memandangkan sejak dahulu lagi hingga kini, limau purut digunakan dengan pelbagai tujuan. Jom semak apa kebaikan untuk ibu-ibu mengamalkannya.
1. Hilangkan letih
Bagi menghilangkan rasa letih setelah menguruskan anak-anak yang ramai, segera rawat dengan mengambil dua genggam daun limau purut dan direbus terlebih dahulu. Kemudian air tersebut bolehlah digunakan untuk mandian. Cara in dapat memberi kepuasan dan kelegaan sekali gus menjadikan tubuh kembali segar.
2. Haluskan kulit
Terlalu sibuk menguruskan anak dan keluarga, pasti masa seorang ibu itu cukup terhad dan menyebabkan tidak berkesempatan untuk memanjakan diri bagi mendapatkan rawatan kecantikan kulit. Jangan bimbang, ambil saja limau purut dan dibelah dua. Kemudian sentalkan buah limau purut tersebut ke bahagian kulit yang kering dan bersisik. Amalkan selalu ketika mandi dan hasilnya kulit menjadi bersih dan sihat.
3. Awet muda
Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa segar dan bertindak sebagai agen untuk wanita kekal awet muda. Caranya cukup mudah, tambahkan beberapa titis jus limau purut di dalam air mandian. Amalkan selalu.
4. Hilangkan kotoran baju
Melihat ada sahaja kesan kotoran pada baju anak-anak selepas mereka bermain, itu menandakan ada tugas mencuci yang lebih daripada biasa harus kita lakukan. Lain tidak bukan menyental! Tapi dengan menggunakan air perahan limau purut, dikatakan kesan kotoran lebih mudah ditanggalkan. Terbukti cara ini lebih jimat dan mudah untuk dilakukan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.