Bukan mudah belajar dalam situasi pandemik Covid-19, apatah lagi tanpa pengawasan guru sepertimana di sekolah. Cabaran yang dilalui anak-anak kini cukup sukar dengan segala kerja sekolah dan pembelajaran secara online cukup memberi tekanan lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang tinggal di kawasan yang sukar mendapat capaian internet.

Kisah adik ini patut dijadikan contoh, kegigihannya keluar dari kawasan rumah semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang bagus patut dipuji. Bukan dirumahnya tiada internet tetapi ‘line’ tidak beri kerjasama.

“Nasib Adik Datang Naik Moto Teman.” Nak Dapat Capaian Internet Untuk Kelas Online, Murid Ni Sanggup Duduk Luar Rumah!

Perkongsian menerusi laman Twitter Aiman Paku  baru-baru ini tular apabila gelagat dua kanak-kanak ini berusaha untuk mendapatkan capaian internet. Gelagat mereka mendapat perhatian apabila si abang terpaksa berada di tepi jalan untuk berkomunikasi bersama guru semasa sesi PdPR. Manakala adiknya setia menemani abangnya bersama-sama ‘motosikalnya’.

“Nasib adik datang naik moto teman kat tepi…“
Sian anak sedara aku, nak dapat internet punya pasal untuk kelas online. Duduk la kat luar rumah rumahnya kat tengah ladang sawit. Line tak kuat. Nasib adik datang naik moto teman kat tepi. Best of luck Afiq Ho.

Saya share gambar ni sebab nampak comel budak-budak ni kat luar study. Bukan meraih simpati cakap diorang ni orang susah ke apa ya. Mereka bahagia je hidup kat situ, cukup makan pakai. Internet je kureng.

“Nasib Adik Datang Naik Moto Teman.” Nak Dapat Capaian Internet Untuk Kelas Online, Murid Ni Sanggup Duduk Luar Rumah!

Dalam rumah dapat je internet kalau nak Whatsapp. Tapi untuk dapatkan video kelas yang jelas dan terang tu, kurang la. Sangkut-sangkut. Jadi dia pun duduk la diluar dengan harapan tak sangkut-sangkut cikgunya bercakap tu. Mohon netizen jangan marah ya.

Dia dalam pada itu memberitahu tidak timbul isu keselamatan memandangkan ibu dan ayah kanak-kanak ini sentiasa pantau pergerakan mereka di luar dan jalan ini bukanlah jalan utama penduduk kampung di situ. Ianya selamat.

Sumber: Aiman Paku

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI