Selain dijadikan perhiasan, sebenarnya barangan kemas juga boleh dijadikan pelaburan untuk masa kecemasan. Ada sesetengah orang gemar menyimpan duit tidak kira di tabung atau dalam bank. Ada juga yang jenis menyimpan dengan cara membeli barangan kemas.
Namun bila sebut tentang barangan kemas, ada orang suka memakai barangan kemas yang bersifat tiruan berbanding yang asli dek kerana harganya yang lebih jauh murah. Tetapi lain pula pandangan dari penyanyi Noryn Aziz yang mempunyai pandangan tersendiri mengenai sesetengah wanita yang memilih untuk memiliki barangan kemas tiruan berbanding yang tulen.
Bagi Noryn, tidak salah untuk memiliki yang tiruan, namun nasihatnya kepada wanita yang mempunyai kerjaya lebih elok memiliki barangan kemas yang tulen.
“Sebagai seorang wanita, tidak menafikan bahawa barang kemas adalah antara yang menjadi kegilaan kaum hawa.
Ads
“Kerana barang kemas boleh dijadikan sebagai aset dan pelaburan untuk masa depan.
“Pun begitu bergantung kepada individu itu untuk memiliki barangan kemas sama ada tiruan atau tulen, saya tidak berhak nak menghalang.
Ads
“Tetapi, nasihat saya kepada wanita yang ada kerjaya, anda tahu ada perkara yang perlu buat ada rasa dihargai dan dibanggakan.
“Bila dah penat bekerja, mengapa tidak anda hiburkan hati dengan membeli yang tulen berbanding tiruan. Sebab lagi puas hati,” katanya kepada Gempak usai melakukan persembahan pada majlis pelancaran barangan perhiasan jenama mewah, Karloff bersama HABIB yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.
Perkongsian pelawak terkenal, Ajak Shiro untuk membuat kejutan kepada anak-anaknya pulang dari sekolah akhirnya tidak kesampaian apabila mereka belum sampai di rumah lagi.
Video dengan durasi beberapa saat itu serta kapsyen yang ringkas sudah memadai mengambarkan Ajak pandai melayani anak-anaknya.
Selain tegas dalam mendidik anak-anak, kadang kala, unsur humor kena ada juga agar anak-anak merasai kasih sayang kita sebagai ibu bapa.
Ikuti video Ajak yang kelihatan bersungguh-sungguh menunggu anak-anaknya. Mungkin cara ini boleh dipraktiks kan agar menjadi pemanis dalam keluarga.
Umumnya pasti ramai sedia maklum saranan KWSP agar pencarum mengemas kini maklumat peribadi dengan mengistiharkan penama. Hal ini penting bagi memudahkan urusan tuntutan caruman andai pencarum meninggal dunia.
Pun begitu, tidak dinafikan acapkali juga kita terkeliru atau salah faham tentang peranan dan fungsi penama KWSP ini. Malah disebabkan itu juga bukan sesuatu yang pelik bila seorang isteri terumatanya yang mempunyai anak akan meletakkan nama anak sebagai penama berbanding suami. Pelbagai alasan diberikan dan adakah tindakan itu wajar atau sebaliknya?
Memahami lebih ringkas tentang penama KWSP ini, ayuh kita baca perkongsian Farizal Radzali ini untuk info bersama.
Penama KWSP bukan penerima mutlak wang peninggalan simati. Wang tersebut perlu diagihkan mengikut faraid. Jangan salah faham. Melainkan simati ada membuat wasiat/hibah lain.
Penamaan KWSP bertujuan untuk memudahkan proses penyerahan wang KWSP setelah pencarum meninggal dunia. Namun demikian, penama perlu mengagihkan wang yang didapatinya sebagai penama kepada waris yang berkenaan mengikut hukum faraid.
Ramai yang salah faham. Ramai yang mengambil wang tersebut untuk kegunaan sendiri kerana pada pemahaman mereka, penamaan mereka adalah wasiat simati.
Mak ambil KWSP anak sebab anak letak namanya sebagai penama. Sampai lupa nak agihkan kepada isteri anak (menantu) atau cucu. Adik beradik ambil KWSP adik beradik lain sebagai penama tapi gunakan duit sepenuhnya untuk kepentingan sendiri tanpa peduli kesusahan anak isteri simati. Allah…
Atas sebab itu juga, seorang pencarum boleh meletakkan lebih dari satu penama mengikut peratusan yang diingini. Dan setiap penama perlu mengagihkannya mengikut hukum faraid selagi simati tidak membuat apa-apa wasiat/hibah.
Lagi satu, ada segelintir para isteri risau untuk meletakkan suami sebagai penama, atas alasan nanti suami kahwin lain dan enjoy dengan duit KWSP peninggalan isteri. Sanggup letak nama anak yang masih baby atau bersekolah rendah sebab tak nak letak nama suami.
Maka, duit itu nanti hanya akan boleh dikeluarkan/diguna setelah si anak cukup umur/18 tahun. Bayangkan andai anak perlukan duit semasa dia di alam persekolahan, duit KWSP emak tak boleh diguna sebab belum cukup umur. Ayah nak ambil pun tak boleh sebab dia bukan penama.
Ingat satu je, walau suami ambil duit KWSP kita, dia cuma pemegang amanah. Kita ada faraid, In Shaa Allah, segalanya akan ok. Kalau suami salahguna duit KWSP kita, itu urusan dia dengan Allah.
Pesanan saya, buatlah penamaan, untuk mudahkan masa depan orang-orang yang kita kasihi.
Formula membahagiakan isteri, antara lain suami perlu berikan me time pada isteri. Bahkan bila isteri diberi ruang memanjakan diri, isteri dapat hilangkan tekanan dan sekali gus rasa bahagia dan berterima kasih dengan pengertian yang diberikan oleh suami.
Pun begitu, bagaimana pula di pihak suami. Adakah istilah me time juga diperlukan?
Mengupas hal ini, perkongsian pandangan serta pendapat daripada seorang isteri ini, ada kewajarannya.
Ini perkongsiannya.
Perasan tak?
Kat posting mana-mana ramai yang berbicara tentang “me time”.
Me Time ibu mesti begini.
Me Time umi mesti begitu.
Tanpa sedar kita terlepas pandang Me Time seorang suami bergelar ayah..
Pernah tak kita duduk sejenak dan berfikir..
Setiap lelaki ada hobinya masing-masing.
Ada yang minat hias motor.Ada yg suka memancing.Ada yg suka menonton bola di stadium.Ada suka menanam. Ada suka OT memanjang.
Tetapi sebenarnya, kita tepuk dada sendiri.
Sejauh mana kita mengharap me time,
adalah sejauh mana kita memberi pasangan kita “me time” untuk dia.
Seharian ditempat kerja. Ditegur bos, berasa kecil hati dgn kawan sekerja. Kerja yang menimbun, ada report yang belum disiapkan.
Pulang ke rumah, riuh dengan anak.
Dari pagar, anak dah melompat meraung nampak ayah balik.Bukak pintu, si anak dah merengek mintak dukung. Yang sorang berpaut dikaki. Yang besar siap panjat belakang badan.Yang sorang dah berguling merajuk mintak dukung.Tanpa kita sedar, kita terlupa tanya.Apa cerita ditempat kerja..
Itu belum lagi setiap kali gaji masuk.
Kita dah bersolek berdandan serapi mungkin.
Dah siap gantung kuali, mintak suami belanja diluar. Tanpa bertahan sebentar menunggu weekend.
Berapa ramai isteri yang bertanya pada suami,
“Gaji abang dah masuk ye. Cukup tak bayar hutang kereta, yuran anak, duit belanja mak ayah? Berapa banyak lebih? Sempat tak kalau balik kampung?”
Trust me.
Berapa ramai isteri yang memahami.
Dan berapa ramai isteri,
“Ada lebih ni. Abang ambiklah. Topup sikit bil elektrik bulan ni. Mari kita celebrate me time bersama.”
Percayalah.
Ramai sebenarnya suami yang menerima gaji pada hari yang sama.Tetapi habis pada hari yang sama. Demi kereta buat isteri. Demi rumah banglo keselesaan bersama.
Demi sekolah terbaik anak-anak yang perlu dibayar setiap bulan.
Ramai saya perhatikan.Seperti satu agenda pula bila ramai yg bersuara hak me time isteri.
Sedang dunia realiti, ramainya suami yang memendam rasa. Bila isteri langsung tidak membantu..
Percayalah. Dunia hari ini, wujudnya isteri yang menjadi boss dirumahnya.
Wahai isteri, saat suami mu dalam kesusahan,
bantulah dia. Saat dia sudah bersenang jua, bantulah dia. Usah persoalkan hatta untuk membasuh pinggan, ini tanggungjawab kamu.
Nampak suamimu keletihan, biarkan dia rehat seketika. Berilah me time buat dia. Dia juga manusia seperti kita. Selagi dia menjaga tanggungjawabnya sebaiknya, tanpa mengabaikan kita, lepaskan dia bersama dunianya seketika.
Mungkin dengan menonton bola, dia puas.
Mungkin dengan memancing, dia seronok.
Bila mood dia baik, semestinya dia juga akan melayani kita sebaiknya.
Usah berdebat kenapa dia melayani kita begini begitu. Tapi tepuk dada kita.Sejauh mana kita melayaninya begini begitu.
Nanti akan ada yan bertanya saya,
“Kenapa kena bantu suami?
Kita bantu dia tak hargai pun.
Tak pernah ucap terima kasih pun”
Wahai isteri, suami yang baik, Yang mendapat layanan baik dari isterinya, pasti suami yang menghargai dan berterima kasih.
Jika tanpa diucap, lihat jika saat berjauhan.
Pasti tidak sanggup berlama-lama.Dia mungkin tidak pandai menyebut. Tetapi dia pasti pandai menunjuk.
Wahai isteri, walau banyak buruk suamimu.
Pandanglah kebaikannya yang tidak ada pada lelaki lain. Dia mungkin biasa. Tetapi layanan pada kita tetap luarbiasa.
Terimalah kekurangannya dengan positif.
Jangan ego bagai kita puteri yang dicari-cari setiap lelaki. Kerana sekali kau lepaskan genggamannya, Sekali itu dia mungkin terlepas selamanya.
Dan wahai suami,
Pegang erat isteri yg membantu mu saat kau dalam kesusahan.
Yg menggadai hartamu demi sebuah hutang.
Yg menyeru namamu disetiap doanya.
Jangan suka memfitnah isteri.
Takkan hina dirimu yg sentiasa menghargai..
Ingatlah.
Lelaki yg HEBAT adalah lelaki yg berbuat baik pada isteri dan anaknya.
Sumber : Sarah Saifuddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.