Neelofa yang kaya pun belek harga sebelum beli, normal bagi wanita. Ternyata Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor juga seperti ibu-ibu yang lain. Sebelum beli sesuatu barang, akan belek-belek harga terlebih dahulu.
Neelofa Yang Kaya Pun Belek Harga Sebelum Beli, Normal Bagi Wanita
Melalui Insta Storynya, Neelofa berkongsi kehadirannya di majlis meraikan ulang tahun pertama jenama Kita&Co yang pertama. Kelihatan Neelofa membelek-belek harga sehelai seluar. Perlakuannya itu sama seperti ibu-ibu di luar sana yang turut mempunyai ‘kelakuan’ yang sama sebelum membeli apa-apa jua jenis barang.
Golongan ibu, sering kali dilihat sebagai pengguna yang bijak berbelanja. Salah satu ciri utama yang sering diperhatikan ialah kecenderungan mereka untuk membandingkan harga sebelum membuat sebarang pembelian.
Sama ada di pasar raya, kedai runcit, atau platform membeli-belah dalam talian, ibu-ibu selalunya memastikan mereka memperoleh nilai terbaik untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.
Namun, adakah tabiat ini hanya sekadar kebiasaan atau sebenarnya suatu amalan yang bijak? Mengapa Ibu-Ibu Suka Membandingkan Harga?
Kewangan Keluarga yang Terkawal
Ibu-ibu biasanya memainkan peranan penting dalam mengurus kewangan keluarga. Dengan memastikan harga yang terbaik, mereka dapat mengelakkan perbelanjaan berlebihan dan memastikan bajet bulanan dapat diurus dengan baik. Lebih-lebih lagi, dengan kenaikan harga barang keperluan yang sering berlaku, perbandingan harga ini membantu mereka berjimat.
Pengetahuan Mendalam Tentang Pasaran
Melalui membandingkan harga, ibu-ibu menjadi lebih peka terhadap perubahan harga di pasaran. Mereka dapat mengesan bila harga barangan keperluan naik atau turun, dan ini memberi mereka peluang untuk membeli barangan tersebut pada waktu yang paling sesuai, misalnya ketika ada promosi atau diskaun.
Kepuasan Membeli-Belah
Ads
Ada juga unsur kepuasan psikologi dalam membandingkan harga. Bagi sesetengah ibu, mereka merasa lebih berpuas hati apabila mengetahui bahawa mereka telah berusaha untuk mendapatkan tawaran terbaik. Ini memberikan rasa kepuasan apabila barang yang dibeli bukan sahaja berkualiti tetapi juga pada harga yang lebih rendah berbanding biasa.
TEKNIK MEMBANDINGKAN HARGA YANG DIGUNAKAN
Ibu-ibu menggunakan pelbagai kaedah untuk membandingkan harga, termasuk:
*Melawat beberapa kedai sebelum membuat keputusan akhir. Ini terutamanya berlaku apabila membeli barangan besar seperti perabot atau peralatan elektrik.
*Menggunakan aplikasi perbandingan harga dalam talian. Banyak ibu kini memanfaatkan teknologi untuk membuat perbandingan harga dari pelbagai platform.
*Memantau iklan promosi dalam risalah, katalog, dan platform media sosial. Kadangkala, promosi yang baik hanya berlangsung dalam tempoh yang terhad, jadi ibu-ibu yang peka akan cepat bertindak.
Ads
Adakah Ini Suatu Amalan Bijak?
Pada dasarnya, membandingkan harga sebelum membeli merupakan satu amalan bijak yang membantu pengguna, terutamanya ibu-ibu, untuk berbelanja dengan lebih berhemah. Dengan ini, mereka dapat memastikan setiap perbelanjaan adalah berbaloi dan mengurangkan risiko pembaziran.
Selain itu, tabiat ini juga mendidik anak-anak tentang kepentingan pengurusan kewangan yang baik, kerana anak-anak akan melihat bagaimana ibu mereka berhati-hati dalam berbelanja dan menghargai nilai wang.
Amalan membandingkan harga sebelum membeli bukanlah sekadar kebiasaan semata-mata, tetapi satu strategi yang membantu ibu-ibu untuk berbelanja secara bijak.
Dalam dunia yang semakin mencabar dengan kenaikan kos sara hidup, ibu-ibu memainkan peranan penting dalam memastikan keluarga mereka dapat terus hidup selesa dengan kewangan yang terkawal. Jadi, bagi ibu-ibu yang suka ‘belek harga’ sebelum beli, teruskan usaha ini kerana ia sememangnya satu langkah yang bijak!
Bapa sebak peluk jenazah anak tunggal, sempat buat video call 5 minit sebelum kemalangan. Suasana di pekarangan Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada Isnin bertukar pilu apabila seorang bapa, Azizi Abd Karim, 32, rebah dalam tangisan selepas memeluk dan mencium jenazah anak tunggalnya, Chempaka Alara Azizi.
Bapa Sebak Peluk Jenazah Anak Tunggal, Sempat Buat Video Call 5 Minit Sebelum Kemalangan
Kanak-kanak berusia tiga tahun itu, mesra digelar ‘Bunga’, disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 142 Jalan Keratong–Bahau, berhampiran Bukit Serok, Muadzam Shah pada petang Ahad.
Azizi mendukung jenazah arwah anaknya keluar dari Unit Forensik Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi menjalankan upacara pengebumian. Foto Sinar Harian
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki enam individu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, nahas itu mengorbankan pemandu Myvi, Aida Asmalia Abu Samah, 46, yang meninggal dunia di tempat kejadian. Dua penumpangnya, iaitu anaknya Siti Auni Syafiqa Sheikh Ali, 18, serta Chempaka Alara, 3, pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah.
Tiga termasuk seorang kanak-kanak maut dalam nahas di Jalan Muadzam Shah – Bahau, dekat Bukit Serok, di Rompin petang tadi. Foto Ihsan JBPM
Empat lagi mangsa cedera parah dikenali sebagai Adam Wafiy Muqri Jaslihardi, 14, (anak Aida Asmalia), Adawiya Syauqina Sheikh Ali (adik kepada Siti Auni), Amelia Kartika Mappatata, 32, (ibu kepada Chempaka Alara), serta pemandu Isuzu D-Max, Mohd Faizal Sukardi, 32.
“Jenazah semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk proses bedah siasat. Empat lagi mangsa parah turut dirawat di hospital sama,” jelasnya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, bapa kepada Chempaka Alara, Azizi yang bekerja sebagai jurulatih renang, menceritakan detik terakhir bersama puteri kesayangannya. Menurutnya, hanya lima minit sebelum tragedi, dia sempat membuat panggilan video bersama isteri dan anak tunggalnya itu.
Azizi menunjukkan wajah anak tunggalnya, Chempaka Alara yang maut dalam kemalangan pada Ahad. Foto Sinar Harian
“Saya tak sangka itulah perbualan terakhir dengan Bunga dan dia kelihatan ceria pada ketika itu. Tidak lama selepas itu, saya terima panggilan daripada nombor tidak dikenali memaklumkan isteri saya kemalangan,” katanya sebak.
Azizi berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah ialah pada pagi Khamis sebelum isteri dan anaknya bertolak ke Melaka untuk menghadiri majlis kenduri rakan. Namun dia terkilan kerana tidak sempat memeluk anak kecilnya itu sebelum berangkat.
“Kali terakhir saya jumpa dia pagi Khamis. Sepatutnya mereka balik ke Kuantan semalam (Ahad) tetapi berlaku sebaliknya. Saya cakap kepada anak sabar, sekejap lagi ayah datang ambil Bunga kita jumpa,” katanya lagi.
Azizi menambah, lebih meruntun jiwa apabila anak kecilnya itu sempat meluahkan rasa rindu kepadanya dalam panggilan video terakhir tersebut.
Memastikan pintu masuk utama rumah kita sentiasa dalam keadaan baik adalah menjadi kewajipan semua. Kita sebagai ketua keluarga haruslah bertindak melindungi anak-anak dan isteri daripada sebarang anasir tidak sihat.
Soal keselamatan rumah antara yang perlu diberikan lebih perhatian. Pintu rumah, tidak kiralah mana-mana pintu rumah kita harus dilengkapkan dengan kunci yang benar-benar kuat bagi menyulitkan sebarang proses untuk membukanya, jika terjadi sebarang perkara yang tak diingini.
Berkongsi di laman sosial Facebook, seorang wanita bernama Mariana Harrison–Realtor telah berkongsi satu tips yang dipesan bapanya.
Tip ini cukup berguna sebagai tambahan sistem keselamatan di kediaman kita. Jadi jom ikut cara yang dilakukan oleh wanita ini agar rumah kita lebih selamat.
Berikut adalah perkongsian beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
“Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya. Ayah datang ke rumah dan tukarkan skru untuk saya sebaik saja saya berpindah masuk.
Ia adalah tips keselamatan rumah yang anda tidak pernah terfikirkan. Kebanyakan kontraktor akan memasang plat tombol pintu dengan skru yang panjangnya setengah inci sahaja. Ini bagi membolehkan pihak penyamun menendang pintu rumah anda dengan mudah sekali.
Apa yang ayah saya buat adalah dengan menggantikan skru itu dengan skru panjang, 4 inci bingkai pintu rumah. Jika rumah cuba diceroboh, mereka akan mengambil masa yang lama untuk pecahkan pintu. Cara ini juga akan membuatkan si penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka.
Gambar hiasan.
Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga, tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan menimbulkan bunyi bising sebagai ‘alarm’ kepada diri anda dan juga jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan beralih pula pada mangsa yang lain.”
Jadi jom cari skru yang lebih panjang dan tukarkan skru pintu kita. Mahu lebih selamat lagi, tukarkan semua skru sedia ada di tingkap, pintu, grill rumah dan lain-lain dengan skru yang lebih panjang seperti yang di ceritakan oleh wanita ini.
Walaupun usaha ini nampak mudah dan ringkas tetapi ia sangat membantu keselamatan kita dan keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Mariana Harrison
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bilik tidur adalah ruang privacy bagi suami isteri. Anak-anak perlu diajar adab untuk meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu ayah. Tidak boleh masuk sesuka hati apatah lagi ipar duai, saudara mara hatta orang tua kita sendiri.
Malah pakar perunding keluarga seperti Dr Fadzilah Kamsah pun berpesan, bahawa kamar tidur suami isteri adalah kawasan NO ENTRY. Hanya untuk suami isteri sahaja sebab di sanalah segala aktiviti sulit dilakukan bersama pasangan.
Selain itu hadam juga perkongsian daripada puan Khalida Shaary untuk peringatan bersama.
BILIK TIDUR SUAMI ISTERI
Tahu tak? Bilik tidur suami isteri adalah tempat privacy yang siapa-siapa pon tak boleh masuk.
Gambar hiasan
Dalam Islam, ada masa-masa yang kita dilarang sama sekali masuk ke dalam bilik Ibu Bapa @ bilik yang ada pasangan suami isteri
1) Sebelum Waktu Subuh
2) Tengah hari
3) Selepas Isyak
Anak-anak di larang masuk ke dalam bilik ibu bapa,
Ibu bapa di larang masuk ke dalam bilik anak-anak yang dah berkahwin,
Saudara di larang masuk ke dalam bilik saudara lain yang dah berkahwin,
Apatah lagi tetamu, dilarang masuk ke dalam bilik utama tuan rumah kecuali dengan izin.
Dalam bilik tidur ada privacy yang tak boleh orang tengok, hatta ‘katil’ itu sendiri privacy utama pasangan suami isteri.
Kalau ada adik beradik kita yang suka terjah bilik kita dengan pasangan, tegurlah adik beradik kita, bukan tegur pasangan kita supaya terima keadaan tersebut.
Kalau ibu bapa kita suka masuk bilik kita dan pasangan, tegurlah ibu bapa kita dengan berhemah, bukan tegur pasangan supaya terima keadaan tersebut.
Ingat, sikap acuh tak acuh kita pada pasangan, besar kesan dia pada emosi dan kelakuan pasangan pada kita kelak.
Pasangan yang hormat pada pasangan, pasti akan di balas dengan hormat.
Buang perkataan ‘sporting’ untuk perkara yang memang bukan untuk ‘sporting’.