Kalau dulu seorang, kini sudah punya dua cahaya mata membuatkan usahawan dan pelakon, Neelofa mengakui masanya kini agak terbatas malah seakan tidak cukup masa menguruskan dua anaknya, Bilal dan Abbas.
Tambah pula kata Neelofa, kehidupannya bertambah sibuk selepas mahu kembali aktif dalam bidang seni dan perniagaannya secara aktif.
Akui isteri kepada Haris Ismail ini lagi, tidak mudah menguruskan kedua anaknya pada masa yang sama tanpa dibantu oleh orang lain untuk menguruskan pelbagai perkara.
Ads
“Bermula minggu pertama September saya sudah agresif bekerja tapi sekarang musim anak-anak sakit, jadi kena duduk rumah pula jaga anak.
“Saya akui menjaga dua anak lebih mencabar, saya rasa tak cukup 24 jam, saya perlukan lebih jam.
“Cuma sekarang alhamdullillah saya ada jururawat malam yang datang untuk bantu si kecil supaya saya dapat tidur yang cukup,” katanya berkongsi.
Ads
Ujar Neelofa lagi, walaupun punya pembantu, pada awalnya dia menguruskan sendiri dua anaknya namun mengalah kerana keletihan dan meminta persetujuan suami untuk mendapatkan seorang jururawat untuk membantunya.
“Bulan pertama saya jaga anak sendiri walaupun ada ‘maid’. Tapi selepas sebulan saya rasa tak boleh, jadi saya minta pada suami untuk ada jururawat malam,” tambahnya lagi.
Ads
Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah terkenal, Haris Ismail pada 27 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua anak cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Bagi menjimatkan kos sara hidup, bandaraya Tokyo, Tokyo merancang untuk menyediakan khidmat penjagaan anak secara percuma untuk semua kanak-kanak prasekolah bermula September 2025.
Menurut AFP, program berkenaan diperkenal sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kadar kelahiran yang semakin menurun di Jepun.
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike berkata langkah memperluaskan dasar penjagaan percuma kepada anak pertama itu akan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa di kota berkenaan.
Sebelum ini, khidmat penjagaan anak secara percuma hanya diberikan kepada anak kedua dan seterusnya.
Walaupun banyak negara maju menghadapi masalah kadar kelahiran rendah, isu yang dihadapi di Jepun jauh lebih kritikal apabila populasinya terus menurun dari tahun ke tahun.
“Jepun sedang berhadapan dengan krisis penurunan populasi kanak-kanak dan situasi ini dikhuatiri akan berterusan berlaku.
“Kita tiada masa untuk berlengah lagi,” kata Yoriko Koike sambil mengulangi amaran perdana menteri dan pegawai-pegawai kerajaan lain mengenai krisis demografi yang semakin kritikal.
Media Jepun melaporkan bahawa dasar yang bakal dilaksanakan di Tokyo, salah satu bandar terbesar dunia dengan 14 juta penduduk, merupakan inisiatif pertama seumpamanya pada peringkat wilayah di Jepun.
AFP berkata, perkhidmatan penjagaan kanak-kanak awam ketika ini disediakan untuk ibu bapa yang bekerja, namun Jepun sedang merancang untuk memperluaskan akses kepada semua isi rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun bertindak nekad melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat sebuah kondominium di Taman Cahaya selepas dipercayai didera dan dikurung pada Jumaat.
Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Thina, 48 berkata, kejadian itu disedari isterinya ketika berjoging di kawasan berkenaan.
“Ketika itu kanak-kanak berkenaan berada di belebas tingkap di tongkat 4 kondominium berkenaan.
“Dia menjerit meminta tolong kerana sudah tidak tahan didera oleh seorang wanita di rumah terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, kejadian itu bukan kali pertama, malah pada minggu lalu kanak-kanak itu dibogelkan dan diarah berdiri di balkoni rumah.
“Kejadian itu memang kami saksikan, anak-anak saya juga melihat, malah ketika menyelamatkan kanak-kanak itu dia memberitahu sudah tidak tahan dan penat,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas menerima laporan dari orang awam pada jam 4.41 petang.
Menurutnya, kanak-kanak terbabit dipercayai dikurung dalam sebuah bilik unit kondominium terbabit sebelum dipercayai cuba melarikan diri dengan keluar daripada tingkap bilik berkenaan sebelum terperangkap di belebas tingkap berkenan.
“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian pada jam 4.48 petang mendapati pintu kediaman terbabit sudah berjaya dipecahkan oleh pengawal keselamatan kondominium terbabit.
“Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan dan pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu dipercayai mangsa penderaan berdasarkan kesan-kesan birat dan luka pada tangan, lengan, kaki dan belakang badan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Norazam berkata, mangsa adalah kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia lapan tahun dan ketika kejadian mangsa ditinggalkan berseorangan.
Katanya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Nak mendidik anak bukan sesuatu yang mudah terutama apabila anak semakin membesar. Apa yang merisaukan apabila anak mula buat perangai tidak mendengar cakap ibu bapa.
Menerusi facebook seorang lelaki, Muhammad Hassan berkongsi info manfaat ini.
Bina emosi,bina akhlak.
Anak-anak tinggikan suara depan mak ayah,melenting apabila ditegur,susah dengar cakap apabila disuruh. Sebenarnya bukan akhlak mereka bermasalah sebaliknya emosi mereka sedang terganggu.
Anak buat salah mak ayah pukul,tengking,denda,pulau mereka. Dari kecil anak-anak dibesarkan dalam suasana huru hara. Paling Sadis dipukul sehingga meninggalkan kesan. Semua ini akan ganggu emosi mereka.
Apa kata sentiasa peluk dan cium anak jika mereka buat salah,tidak dengar cakap. Bagi yang dewasa ajak berbual, dengar apa yang mereka ingin luahkan. Adakalanya kita perlu jadi pendengar yang setia untuk mereka, bahkan lebih dari kawan-kawan mereka. Dengar masalah mereka walaupun dalam perkara yang remeh.
Insyaallah asbab peluk dan cium anak degil akan jadi anak yang taat,anak yang kasarakan jadi anak yang mendamaikan. Rahmat الله akan bersama kita tatkala saat kita peluk anak dengan kasih sayang. Rotan dah boleh gantung di dinding dengan tenang.
Nabi s.a.w tidak pernah pukul anak dan isteri. Cara nabi s.a.w bentuk umat dengan akhlak dan kasih sayang. Senda gurau bersama anak dan isteri. Adakalanya nabi s.a.w berkejar-kejaran dengan aisyah r.ha. Biarkan aisyah r.ha menang dan adakalanya nabi s.a.w menang. Nabi s.a.w suka bergurau dengan anak-anak kecil. Inilah akhlak seorang manusia yang sangat mulia disisi Allah s.w.t,didik umat dengan penuh kasih sayang.
Tuan Puan Perbaiki JIWA kita, perbanyakkan istighfar. Anak degil, anak bermasalah, anak isap rokok, anak tidak solat, suka keluar rumah,balik lewat malam puncanya dari kita. Kita tidak hidupkan kasih sayang dalam jiwa mereka. Mereka tidak faham apa itu erti kasih sayang, yang mereka faham erti ‘ketakutan’ ‘Kebencian’
Dari kecil ajar anak-anak ‘khidmat’. Kemas rumah bukan sebab takut mak ayah, tetapi sebab sayang mak ayah, sebab nak kejar pahala. Setiap hari dakwah mereka kelebihan khidmat. Dengan khidmat الله lembutkan hati yang keras.
Adik kemas rumah, basuh pinggan, basuh kasut sekolah, buang sampah nanti الله bagi hadiah untuk adik disyurga, nanti الله sentiasa sayang adik,nanti الله bantu adik ketika susah dan senang. Bukan kemas rumah untuk dapat hadiah atau habuan dunia. Hari-hari cakap begini kepada Anak.
Salah faham kita hari ini, letak habuan dunia depan anak. Anak kemas rumah mak janji bagi rm10, mak janji bagi PS3, mak janji ajak jalan-jalan di Mall. Sampai satu tahap mereka akan ‘boikot’ jika tidak tunaikan apa yang kita janjikan. Hadiah bagi kemudian untuk raikan mereka.
Waktu makan suapkan makanan untuk anak walaupun telah dewasa. Hidupkan solat-solat sunat bersama anak,hidupkan zikir,berzanji,qasidah,ta’lim,al-quran secara berjemaah.
Saya yakin dan percaya, akan lahirnya anak-anak yang Taat الله Rasul jika kita sentiasa hidupkan suasana kasih sayang dalam kehidupan mereka. Paling penting Jangan tunjukkan masalah peribadi kita, masalah pejabat kita,jangan gaduh suami isteri depan mereka. Tunjukkan akhlak dan layanan yang baik terhadap mereka.
Anak adalah amanah yang الله anugerahkan kepada kita untuk bawa mereka masuk syurga bersama. Ibu-ibu,ayah-ayah, tahan tangan kita dari memukul mereka. Ringankan tangan untuk peluk cium mereka.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.