Selamat melahirkan bayi sulungnya pada 18 Mei lalu, pempengaruh Nellysa Norazlan berkongsi nama buah hati kesayangannya dan suami.
Nelly dan suaminya, Multazam sepakat memilih nama indah iaitu, Muhammad Eushaq yang mempunyai makna yang cukup hebat.
“Hi Aunty Uncle, nama saya Muhammad Eushaq Bin Muhammad Multazam. Pronounciation (Yusya’)
“Sebetulnya nak namakan dia Eusha’ taip disebabkan ramai cakap susah kalau ada simbol (‘) tu mummy tukar ke Q dekat belakang.
Ads
“Semoga Eushaq menjadi anak yang baik dan hebat ya. Hari-hari mummy doa agar lahirnya Eushaq dapat membalut hati kami yang luka ini,” tulisnya Nelly di ruangan kapsyen.
Malah kata Nelly dalam entrinya, dia juga berharap anak kesayangannya itu dapat menjadi anak yang berguna dan bertanggungjawab malah dapat membantu adiknya, Akif kelak.
“Walaupun atok tak dapat tengok Eushaq, pasti dia gembira sebab mummy satu-satunya anak yang mampu bagi dia keturunan. Dah besar nanti jaga uncle Akif tau,” tulisnya.
Ads
Menerusi perkongsian video Nelly yang berkongsi perkongsian dari Ustaz Wadi Anuar, nama Eushaq diambil bersempena nama Nabi Eushaq, seorang Nabi yang cukup hebat malah satu-satunya manusia yang diberikan mukjizat oleh Allah untuk menghentikan peredaran matahari.
Rasanya masih sempat lagi untuk kita mula menabung duit bermula Januari ini tahun 2022. Tinjauan di socmedia mendapati rata-rata warganet berkongsi hasil tabungan mereka selama setahun pada tahun lepas.
Warganet yang melihat cara simpanan begini begitu inspirasi. Ada juga yang berkongsi tip dan berkongsi gambar. Apa yang pasti, perkongsian ini akan ‘membakar’ semangat untuk menyimpan selama setahun.
Sebagaimana perkongsian wanita ini. Memang membuatkan ramai yang teruja. Tak cuba tak tahu. Mana tahu tahun ni, ada yang sanggup melakukan bisnes sebagaimana wanita itu demi mengumpul duit.
Jom lihat perkongsian ini.
Hasil menabung 1/1/2021. Target 1k sebulan. Setahun leh la 12k.Alhamdulilah. Allah bagi lebih Rm12,700.
Baru beli sebentuk cincin semalam. Niat nk belii gelang tapi suami kata baru je beli gelang-gelang arwah ma bulan 9 hari tu. Simpan cash la pula. Nak tak nak kena akur.
Jomm lah start menabung utk 2022 pula!
Dalam pada itu, warganet meluahkan rasa terinspirasi cara wanita itu menabung. Ada yang bertanya bagaimana dia berjaya mengumpul duit dalam jumlah yang banyak setahun.
Wanita berkenaan menjelaskan bahawa dia melakukan perniagaan menjual barangan daripada Kelantan. Dengan cara itu membantunya mengumpul duit selama setahun.
Dalam pada itu, warganet juga turut berkongsi hasil tabungan mereka selama setahun. Ada yang baru nak mula untuk menabung.
Apa pun, sempena tahun baru ni, semoga istiqomah sampai hujung tahun untuk menabung.
Setiap ibu bapa pastinya inginkan zuriatnya menjadi seorang anak yang beriman dan cemerlang di dunia dan akhirat.
Tidak dinafikan menggalas peranan sebagai ibu bapa adalah tugas yang berat dan mencabar. Ini kerana, sikap anak itu mencerminkan didikan ibu bapanya.
Bagi ibu bapa yang ingin mendidiknya menghafaz Al-Quran boleh cuba cara ustaz Khairul Anuar Basriyang dikongsikan oleh Taufiq Razif di laman facebooknya.
Ni ilmu yang Ustaz Khairul Anuar Basri kongsi pada saya tentang cara nak didik anak kecil hafaz Al Quran
9 tips mudah dan hebat, macamana kita boleh didik anak-anak kecil menghafaz Al-Quran.
1. Bagi anak-anak yang sudah tahu membaca Al-Quran, betulkan bacaan mereka mengikut tajwid. Ini sangat penting kerana hafazan yang pertama kali dibuat mengikut tajwid yang betul akan menyebabkan hafazan mereka tepat setiap saat dan tidak perlu usaha untuk memperbetulkannya lagi.
2. Setelah dibetulkan tajwid bacaan mereka, mula menghafaz menggunakan teknik yang pelbagai. Mungkin mereka membaca sendiri berulang kali, atau mereka juga boleh dibantu oleh audio bersama-sama.
3.Peruntukkan masa dan target berapa ayat yang mesti dihafaz oleh anak-anak dalam sehari. Ibu bapa boleh memantau secara santai proses menghafaz mereka.
4. Uji hafazan (tasmik) anak-anak setiap kali selesai setiap sesi untuk memastikan mereka berjaya menghabiskan tugasan yang diberi.
5. Sebelum berpindah ke ayat yang baru, uji hafazan mereka yang terdahulu untuk memastikan mereka masih ingat. Ujian ini boleh diselangseli juga ketika perlu.
6. Untuk ulangkaji, gunakan juga CD dan pasang bila mana menaiki kereta. Biasanya, anak-anak secara automatik akan terus membaca bersama kerana mereka telah hafaz.
7. Bagi anak-anak yang belum mahir membaca, boleh gunakan CD sebagai alat bantuan menghafaz. Pastikan CD itu mempunyai bacaan yang standard panjang pendek harakatnya demi menjamin kualiti hafazan anak-anak.
8. Guna kaedah ulangan dan semakan (i’adah) yang sama seperti di atas untuk mengukuhkan hafazan.
9.Kaedah di atas akan lebih berkesan jika anak-anak turut didedahkan dengan pertandingan hafazan. Jadi, galakkan anak-anak untuk menyertainya walaupun bukanlah menjadi target untuk mendapat nombor teratas.
p/s : Hebat Ustaz Khairul Anuar Basri ni. Saya ingat ke biasa biasa je. Rupanya dia antara orang pertama di Malaysia ni yang rakam bacaan 30 Juzuk Al Quran dalam bentuk CD dan diedarkan oleh Inteam Records. Subhanallah! Cepat follow ustaz ni laju laju
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buta sebelah mata dibaling mainan, pemuda 29 tahun kini OKU penglihatan. Harith Luqman Ismail dilahirkan sebagai individu normal, namun satu insiden tragis sembilan tahun lalu mengubah segalanya. Insiden tersebut berlaku apabila sebuah objek keras dilemparkan ke arah beliau, menyebabkan mata kirinya kehilangan fungsi penglihatan sehingga ke hari ini.
Sejak kejadian itu, Harith Luqman, 29, memulakan kehidupan baharu sebagai individu orang kurang upaya (OKU) penglihatan. Beliau terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan dan menerima takdir yang telah ditentukan untuknya.
Namun, Harith Luqman tidak membiarkan kesedihan menguasai dirinya. Beliau bangkit dan kini aktif menjalankan perniagaan dengan menjual pelbagai jenis makanan di sebuah gerai di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Mengimbau kembali kejadian tersebut, Harith Luqman menceritakan bahawa ia berlaku ketika beliau sedang pulang ke rumah selepas tamat semester pengajian di kampus.
“Waktu itu, seorang kanak-kanak secara tidak sengaja membaling mainan kecil yang keras ke arah mata saya. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor mendapati saraf di belakang mata kiri tidak lagi berfungsi. Pada mulanya, saya sangat sedih kerana mata adalah bahagian penting untuk berinteraksi dengan orang lain. Saya mula merasa malu dan hilang keyakinan diri,” katanya.
Kejadian itu turut memberi kesan kepada penglihatan mata kanannya yang menjadi silau. Akibatnya, beliau kerap mengalami sakit kepala, sukar memberi tumpuan dalam pelajaran, dan terpaksa berhenti daripada menyertai sukan, walaupun sebelum itu beliau sangat aktif.
Doktor turut memberi pilihan untuk membuang bola mata yang rosak atau mengekalkannya.
“Saya memilih untuk mengekalkannya, tetapi doktor mencadangkan penggunaan mata palsu. Lama-kelamaan, saya menerima takdir ini dengan reda dan bersyukur kerana mata kanan saya masih dapat digunakan untuk melihat,” ujarnya lagi.
Sokongan Keluarga dan Kejayaan Berniaga
Harith Luqman bersyukur kerana keluarga, termasuk ibu bapa, adik-beradik, dan rakan-rakan rapat, sentiasa memberikan sokongan moral kepadanya. Beliau juga berterima kasih kerana tidak pernah berdepan dengan situasi di mana kekurangan dirinya diperlekehkan.
Kehidupan hariannya kini dihabiskan dengan sibuk berniaga di gerai. Walaupun pernah menganggur selepas tamat pengajian, beliau akhirnya menemui minat dalam perniagaan apabila ahli keluarga mengajaknya menjual minuman boba di tepi jalan.
“Dari situ, minat untuk berniaga mula timbul. Saya belajar dengan memerhatikan cara peniaga lain menjaga kualiti dan kuantiti produk mereka. Daripada pemerhatian itu, saya cuba mengusahakan perniagaan sendiri dengan menjual nasi ayam kunyit, daging kunyit, ayam ‘black mamba’ (nama ciptaan sendiri), dan daging dendeng. Alhamdulillah, sambutan pelanggan sangat memberangsangkan sejak awal sehingga kini,” jelas Harith Luqman.
Sebagai seorang OKU, Harith Luqman lebih suka berdikari dan tidak mahu menjadikan kekurangannya sebagai alasan untuk menagih simpati.
“Saya sebenarnya enggan berkongsi cerita ini, tetapi ramai yang bertanya bagaimana saya menjadi OKU. Disebabkan gambar saya sebelum dan selepas kejadian tular di media sosial, saya rasa sudah tiba masanya untuk bercerita agar dapat memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya.
Beliau juga bersyukur dengan sokongan positif yang diterima daripada orang ramai, termasuk mereka yang berkongsi pengalaman hidup masing-masing. Harith Luqman kini menyimpan impian untuk menjadi seorang usahawan berjaya dan individu yang berguna kepada masyarakat.
“Apa yang saya harapkan hanyalah doa dan sokongan. Saya ingin terus maju dan mencapai cita-cita saya,” katanya mengakhiri cerita.