Ads

“Cuma Harap Rumah Dibaiki…” Nenek 75 Tahun Tabah Jaga Anak OKU & Dua Cucu Yatim Piatu

Nenek 75 Tahun

Kasih seorang ibu dan nenek sememangnya tiada penghujung. Walaupun sudah berusia 75 tahun, Mahani Zakaria tetap cekal menjaga seorang anak orang kurang upaya (OKU) dan dua cucu yatim piatu dalam keadaan hidup serba sederhana.

Lebih menyentuh hati, warga emas itu turut diuji apabila kediamannya di Kampung Batu 10, Changkat Jong, Teluk Intan, Perak dilanda banjir sehingga memaksa mereka sekeluarga berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut laporan BERNAMA, Mahani mula menyedari air semakin naik sekitar jam 7 malam sebelum mengemas dan menyelamatkan barangan penting.

Namun, apabila air memasuki rumah sehingga paras lutut kira-kira jam 1 pagi, beliau terpaksa menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Ads

Mahani bersama anak dan dua cucunya kemudian dipindahkan ke PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan kira-kira jam 2 pagi.

Hanya Berharap Rumah Usang Dapat Dibaiki

Apa yang lebih meruntun hati, Mahani yang merupakan ibu tunggal sudah menetap di rumah berkenaan sejak berusia 14 tahun.

Bagaimanapun, kediamannya kini semakin uzur dan mengalami masalah kebocoran, namun kekangan kewangan menyebabkan beliau tidak mampu melakukan kerja pembaikan.

Ads

Mahani yang tidak bekerja hanya bergantung kepada bantuan bulanan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima oleh anak OKU berusia 41 tahun bagi menampung kehidupan sekeluarga.

“Mak cik tidak minta benda lain, cuma harap rumah dapat dibaiki sebab mak cik nak jaga anak OKU dan cucu-cucu sahaja,” katanya.

Semoga kisah Mahani ini mendapat perhatian pihak yang berkenaan agar hasratnya untuk membaiki rumah usang tersebut dapat direalisasikan.

Ads

Dalam usia yang semakin lanjut, apa yang diharapkan hanyalah sebuah tempat berteduh yang lebih selesa dan selamat untuk terus menjaga anak OKU serta cucu yatim piatu yang menjadi tanggungjawabnya.

 

BACA LAGI: “Saya Peluk Fiya Sambil Ajar Mengucap” Nenek Kenang Detik Terakhir Cucunya
Sumber & Kredit Foto: BERNAMA

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Anak Imuda Jadi Peguam, Luahan Bangga Bapa Curi Perhatian

Anak Imuda, Rezi kini bergelar peguam selepas tamat pengajian di UIAM. Luahan bangga dan doa penuh kasih sayang Imuda buat anak keduanya menyentuh hati.