Ads

Anak Imuda Jadi Peguam, Luahan Bangga Bapa Curi Perhatian

Tiada yang lebih membahagiakan hati ibu bapa selain melihat anak-anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang kini berjaya membina kerjaya dan masa depan sendiri.

Itulah kebahagiaan yang dirasai pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Dato’ Imuda, apabila meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak Imuda yang kedua, Muhammad Raezal A. Rahim atau lebih mesra disapa Rezi, yang kini bergelar peguam di sebuah firma guaman terkenal di ibu negara.

Lebih menyentuh hati, Imuda turut menitipkan ucapan hari lahir penuh makna buat anak tersayang, selain tidak melupakan pengorbanan isteri yang banyak memainkan peranan dalam membesarkan anak-anak mereka.

Anak Imuda Kini Bergelar Peguam, Bapa Luah Rasa Bangga

Menerusi perkongsian di Facebook, Imuda menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Rezi yang disambut pada 30 Oktober lalu.

Anak Imuda Jadi Peguam, Luahan Bangga Bapa Curi Perhatian

Menurutnya, Rezi berjaya menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum memulakan kerjaya sebagai peguam dan kini sudah dua tahun berkhidmat dalam bidang perundangan.

Ads

“Selamat hari lahir buat anak kedua saya Muhammad Raezal bin A. Rahim atau Rezi pada 30 October lalu.

“Rezi sekarang dah 2 tahun menjadi seorang lawyer di sebuah lawyer firm terkenal di ibu negara setelah tamat pengajian di UIA dalam jurusan undang-undang,” tulisnya.

Tak Lupa Jasa Isteri Besarkan Anak-Anak

Dalam meraikan kejayaan Rezi, Imuda turut merakamkan penghargaan kepada isterinya yang banyak mencurahkan kasih sayang serta menitikberatkan pendidikan anak-anak sejak kecil.

Penghargaan itu jelas memperlihatkan betapa besarnya peranan seorang ibu dalam membimbing anak-anak sehingga mampu mengejar cita-cita dan membina kehidupan sendiri.

Bagi setiap ibu bapa, melihat anak-anak berjaya berdikari dan memiliki kerjaya yang baik tentunya menjadi antara detik paling membahagiakan dalam kehidupan.

“Kami Semua Akan Selalu Ada Dengan Rezi”

Paling menyentuh hati, Imuda bersama isteri serta anak-anak lain, Hana, Rayyan dan Zara, turut menitipkan doa agar Rezi terus berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Ads

Malah, beliau berharap anaknya itu bukan sahaja cemerlang dalam kerjaya, tetapi sentiasa menjadi peguam yang jujur, ikhlas dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

“Kami doakan Rezi terus berjaya dunia dan akhirat menjadi seorang lawyer yang hebat, ikhlas, jujur dalam menjalankan tanggungjawab sebagai lawyer dengan penuh amanah.

“Kami semua akan selalu ada dengan Rezi, selalu sokong Rezi,” luahnya.

Anak Imuda Jadi Peguam, Luahan Bangga Bapa Curi Perhatian

Kejayaan Anak Imuda Jadi Kebanggaan Keluarga

Paling menyentuh hati, Imuda bersama isteri serta anak-anak lain, Hana, Rayyan dan Zara, turut menitipkan doa agar Rezi terus berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Malah, beliau berharap anaknya itu bukan sahaja cemerlang dalam kerjaya, tetapi sentiasa menjadi peguam yang jujur, ikhlas dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

Ads

“Kami doakan Rezi terus berjaya dunia dan akhirat menjadi seorang lawyer yang hebat, ikhlas, jujur dalam menjalankan tanggungjawab sebagai lawyer dengan penuh amanah.

“Kami semua akan selalu ada dengan Rezi, selalu sokong Rezi,” luahnya.

Sesungguhnya, kejayaan seorang anak bukan sekadar kebanggaan ibu bapa, tetapi menjadi hadiah paling bermakna setelah bertahun-tahun mencurahkan kasih sayang, doa dan pengorbanan.

Semoga Rezi terus melakar kejayaan serta menjadi kebanggaan seluruh keluarga, bukan sahaja melalui kerjaya yang dimiliki, tetapi juga dengan nilai kejujuran dan amanah yang sentiasa dipegang.

BACA LAGI : Pengorbanan Ayah, Inspirasi Muhammad Salim Jadi Peguam Walaupun Hidap Cerebral Palsy

Sumber:Facebook Imuda

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

MySejahtera Kini Ada Saringan Autisme Anak Seawal 18 Bulan, Ini Cara...

Saringan M-CHAT MySejahtera kini memudahkan ibu bapa menyemak risiko autisme anak seawal 18 bulan. Ketahui cara buat saringan dan tindakan susulan.