Ads

“Saya Tak Mahu Mummy Sunyi…” Anak Sulung Nora Danish Beri ‘Lampu Hijau’ Kahwin Lagi

Kasih seorang anak terhadap ibu memang cukup menyentuh hati. Walaupun baru berusia 17 tahun, anak sulung pelakon popular, Nora Danish, iaitu Putra Rayqal, sudah mula memikirkan kebahagiaan ibunya pada masa hadapan.

Lebih menyentuh perasaan, Rayqal sendiri memberi ‘lampu hijau’ kepada ibunya untuk kembali mendirikan rumah tangga kerana tidak mahu melihat Nora hidup kesunyian apabila anak-anak semakin dewasa kelak.

Biarpun masih muda, sikap prihatin Rayqal terhadap kebahagiaan ibunya memperlihatkan betapa eratnya hubungan mereka sebagai ibu dan anak.

“Saya Tak Mahu Mummy Sunyi…” Anak Sulung Nora Danish Beri ‘Lampu Hijau’ Kahwin Lagi

Anak Sulung Tak Mahu Nora Danish Kesunyian

Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 44, anak sulungnya itu sering menyarankan agar dia mencari teman hidup kerana sedar suatu hari nanti dirinya juga akan mempunyai kehidupan sendiri.

“Anak sulung saya selalu cakap, mummy, saya rasa mummy patut berkahwin lagi kerana saya tak mahu mummy sunyi.

“Dia faham apabila sudah besar nanti, dia juga akan mempunyai kehidupan sendiri.

“Sebab itu dia selalu sarankan agar saya berkahwin agar tak keseorangan,” katanya.

Nora berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tahlil Allahyarham Tun Hasmah di Yayasan Kepimpinan Perdana, baru-baru ini.

Ads

“Saya Tak Mahu Mummy Sunyi…” Anak Sulung Nora Danish Beri ‘Lampu Hijau’ Kahwin Lagi

Tidak Tutup Pintu Hati, Serah Jodoh Kepada Allah

Walaupun masih belum bertemu pengganti, ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui tidak pernah menutup pintu hati untuk kembali bergelar isteri.

Bagaimanapun, Nora menyerahkan soal jodoh sepenuhnya kepada ketentuan Allah dan sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan pasangan yang baik serta mampu membimbingnya ke arah kehidupan yang diredai.

Ads

“Saya memang sentiasa berdoa semoga Allah peliharakan saya dengan cara yang baik di mata-Nya. Itu paling penting.

“Tak kisahlah siapa pun, selagi Allah kata itu yang terbaik, saya akan merelakan dan membuka pintu hati,” ujarnya.

Dalam masa sama, Nora menjelaskan anak-anaknya tidak pernah mencampuri urusan peribadi atau menilai mana-mana lelaki yang dikaitkan dengannya.

Malah, dia juga tidak menetapkan sama ada bakal pasangan perlu datang daripada kalangan selebriti atau individu di luar industri hiburan kerana percaya soal jodoh sudah ditentukan Allah.

Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan Putra Rayqal sebelum bercerai dua tahun kemudian.

Ads

Pada 2017, Nora berkahwin dengan Nedim Nazri dan dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki, Neqayl. Bagaimanapun, perkahwinan mereka berakhir pada 19 Jun 2024.

Begitulah besarnya kasih seorang anak terhadap ibu. Biarpun masih remaja, Rayqal sudah memahami bahawa ibunya juga berhak mengecapi kebahagiaan dan memiliki teman untuk berkongsi kehidupan.

Semoga Nora Danish terus diberikan kebahagiaan bersama anak-anak serta dipertemukan dengan jodoh yang terbaik apabila tiba masanya.

BACA LAGI : Nora Danish Kongsi Tips Khatam Al-Quran Pada 10 Ramadan Terakhir!

Sumber: KOSMO! ONLINE

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Mak Ayah, Save Tarikh Ini!” Zoo Negara Tawar Tiket Percuma Untuk...

Zoo Negara masuk percuma pada 21 dan 22 November 2026 untuk kanak-kanak 3 hingga 12 tahun. Semak syarat, dokumen wajib dan cara tebus tiket!