Sejak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 selama 14 hari bermula bermula 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021 bagi membendung penularan virus Covid-19, ramai yang mula bekerja di rumah.
Bila dah kerja di rumah ni, tidak tentu masa keinginan nak menjamu selera. Pastinya kita tercari-cari resipi mudah dan cepat untuk memasak.
Menarik dengan perkongsian lelaki ini, Amirul Ezat yang menyediakan kudapan ringkas roti bakar ala Oldtown.
Katanya atas permintaan isterinya, memasak roti bakar yang ringkas tapi sedap itu.
Ads
“Bini minta roti bakar ala alaa Oldtown.”
Paling menarik, ramai warganet telah teruja melihat roti bakar ala Oldtown ni. Hingga tular dengan 6K perkongsian. Makan panas-panas memang gerenti habis!
Ads
Jom lihat resipi ini.
Ads
HANYA TIGA BAHAN AJE
Bahan-bahan wajib mesti ada.
Roti Gardenia
kaya gardenia
buttercup
Cara penyediaan:
Potong bahagian kulit tepi roti.
Sapu sekeping setiap satu roti dengan jem kaya dan butter.
Lipat roti dan susun atas bekas pembakar.
Roti dah siap di bakar. Pastikan garing. Baru rasa kerangupannya. Oven Temp 180^ bkar atas je selamat 3 minit
Nasi lemak adalah makanan kegemaran dikalangan kita. Lazimnya menu ini wajib menjadi hidangan sekali dalam seminggu dalam sebuah keluarga.
Rasa enak nasi lemak terletak kepada keenakan sambalnya. Ia menjadikan menu ini disukai ramai terutama anak-anak.
Bulan Ramadan ini, tentu ada yang teringin untuk menjamah hidangan ini. Bimbang untuk ke Bazar Ramadan, apa kata masak sendiri di rumah.
Petua peniaga ini memang padu! Siap ada step by step! Jom cuba buat resipi puan Rafiza Idayu mengenai cara memasak sambal tumis supaya menjadi lebih sedap. Malah resipi ini telah mendapat lebih 87K share.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Terdapat banyak versi resipi sambal tumis. Tetapi teknik memasak yang membezakan rasa dan tekstur sambal tersebut. Resipi ini diperolehi daripada seseorang yang berniaga nasi lemak di kampung. Hasil jualannya dapat membiayai anak anaknya hingga universiti.
Pekat likat dan sedap!
INI CARA PENYEDIAAN:
BAHAN KISAR
1. 1 genggam lada kering direbus dan ditos 2. 3 ulas bawang putih 3. 1 inci halia
Kesemua bahan ini dikisar.
Dahulu saya kisar sekali dengan bawang besar tetapi menurut makcik tersebut untuk lebih sedap bawang besar perlu digoreng hingga naik bau.
BAWANG BESAR
2 biji bawang besar. (Sebiji saya hiris nipis dan sebiji saya hiris kasar)
Ini bawang besar yang diasingkan daripada bahan kisar.
MINYAK
Panaskan minyak masak.
Anggaran minyak masak lebih kurang setengah cawan. Memang masak sambal tumis minyaknya agak banyak.
Dulu saya suka masak guna minyak sedikit sahaja (konon konon nak jaga kolesterol). Sekali tengok assistant chef memasak di dapur sendiri guna minyak masak banyak… oh begitu ya…. untuk pastikan lada tersebut betul betul masak katanya.
TUMIS BAWANG
Apabila minyak betul betul panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi.
Tumis bawang besar hingga naik bau.
Nota :
Dulu saya tak tahu rupanya kena masak sampai naik bau sahaja. Yang saya masak sampai dah kuning macam nak garing.
Rupanya untuk melayukan sahaja. Nanti selepas dah siap, bawang merah itu akan hancur semasa proses menumis.
Kalau macam garing dia macam ‘tak jadi’ sebab dia akan keras dan macam meliat. Jadi bawang tersebut tidak akan hancur dan jadi macam bertali.
TIP TUMIS NAIK BAU
Macamana nak tahu bawang yang ditumis dah naik bau ?
Letak tangan atas kuali dan bawa angin yang terbebas semasa proses menumis rapat ke arah hidung kita.
Belajar belajar la bau bawang wangi digoreng bagaimana.
Ini pun belajar dengan assistant chef yang menguruskan salah sebuah restoran melayu di timur tengah.
Tips salah : Jangan bawa hidung ke gigi kuali, kalau terpercik minyak di muka..akak tak bertanggungjawap.
Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tadi.
BELACAN BAKAR
Wah, ini yang legend! Masukkan belacan bakar. Yang ini optional. Nak masuk boleh, tak masuk pun boleh.
TUMIS JADI LEBIH PEKAT
Kita teruskan proses menumis. Minyak tadi hampir kering diserap bahan kisar. Sebab itu kuantiti minyak perlu dilebihkan.
Tumisan bahan kisar akan menjadi lebih kental dan pekat. Kalau rasa macam kurang minyak, boleh tambahkan sedikit.
Saya masak guna api sederhana.
Proses menumis sambal tumis memang agak mengambil masa supaya ‘terbit minyak’ agar bahan kisar kita ditumis dengan betul betul masak.
TUMIS PECAH MINYAK
Proses terbit minyak aka pecah minyak.
Ini salah satu teknik yang penting. Memang kena masak sampai terbit minyak untuk menjadikan sambal tumis kita tahan lama dan sedap.
Apabila terbit minyak bermakna bahan kisar telah dimasak dengan betul.
GULA
Masukkan gula.
Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula.
Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai.
Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil). Stok habis, guna apa yang ada. Gula putih atau gula melaka pun boleh.
Tumis sebentar. Gula akan ‘caramelised’. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.
Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini.
Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air.
*air yang digunakan adalah air biasa. Saya goncangkan dalam blender sebab itu warnanya keruh
Masukkan ikan bilis. Ini pun banyak versi. Ada orang goreng dahulu. Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar. Ada orang goreng separa masak. Ada orang tak goreng.
Ok Ini saya cuba tak goreng sebab ada orang kongsi tips kata kalau ikan bilis berkualiti tinggi tak payah goreng supaya rasa ikan bilis tersebut enhance ke dalam sambal tumis.
AIR ASAM JAWA
Masukkan 3 sudu air asam jawa.
Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping.
Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph!
Masukkan garam secukupnya.
Biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra. Niatkan bahawa sedapkan masakan aku untuk keluargaku. Perkuatkan kasih sayang kami. Doa dalam bahasa masing masing lebih mudah. Insya allah, tuhan mendengar doa kita
Alhamdulillah. Cantik kejadian sambal tumis kita.
Sambal tumis ikan bilis.
*Tahukah anda, selepas seharian sambal tumis kita akan menjadi lebih sedap kerana bahan bahan lebih mesra.
Kebanyakan peniaga nasi lemak memang memasak sambal tumis sehari sebelum.
Siap stok seminggu. Lepas ini tinggal panaskan sahaja kalau nak masak. Boleh disimpan chill.
Kuiu tiram memang enak dimakan sebagai kudapan. Jika meriakan hari raya pastinya hidangan ini dapat sambutan, maklumlah kesedapan dan kerangupannya.
Namun kini, kuih ini menjadi kudapan harian. Ada yang buat sendiri untuk makan bersama keluargq ada juga untuk jualan bagi menambah pendapatan.
Bagi yang hendak mencuba buat kuih legend ni, ikuti resipi yang dikongsi oleh peniaga ini.
Kuih tiram legend rangup dan enak
Pendapatan sampingan yang saya buat..kuih ni kuih lejen je tapi alhamdulillah masih ramai peminat setianya..saya buat 2 perasa..1 yg original salut gula 1 lagi campur kacang tanah kisar dan gula..saya sertakan resipi cara saya ye..saya halalkan ilmu pada sahabat semua.
Bahan: 1 bungkus tpg gandum cap ros 6 Sudu mkn marjerin (cairkan) 1 biji telur(kacau dulu) 1 sudu makan garam Air sejuk secukupnya(saya guna air sejuk coway je Minyak masak* Tepung ubi*
Cara penyediaan
(Gaul bersama sedang2 pekat utk sapuan pada tpg nanti) Minyak (utk menggoreng) Tuang tepung gandum dalam bekas..buat bulatan tengah2..letak garam kat lubang tu..pastu marjerin panas tu curah dlm lubang tpg td..kacau dgn senduk bg garam hancur baru ratakan pd semua tpg ..ramas sampai mcm jd serbuk roti kemudian tuang telur gaul2 sekejap baru curahkan air sejuk tu sikit demi sikit..uli sampai jd doh..sedang2 lembut.lps tu bole canai utk di sapu dengan minyak dan tpg ubi yg sudah di bancuh tu..lps tu gulung baru potong dan lenyek..selamat mencuba.
Kalau ada buah Mulberry di rumah ibu-ibu, bolehlah cuba buat resipi kek ini. Selain boleh dijadikan jem mulberry , buah ini nampak biasa je tapi banyak khasiatnya.
Jom kita cuba buat Mulberry Yogurt Butter Cake. Resipi ini dikongsikan oleh Mohammad Muammar. Selamat mencuba! Petik mulberry di pokok..lepas tu frozenkan..baru transform jadi Mulberry Yogurt Butter Cake
lepas potong bagi 2 dengan jiran sebelah. Bahan-bahan
-tepung naik sendiri 300gm
(kalau guna tepung gandum biasa guna sukatan tepung gandum 300gm+1 1/2 sudu teh baking powder.
-gula 280gm
-telur 6 biji
*asing kuning n putih
-butter/marjerin/campuran marjerin+butter 350gm
-yogurt 100ml
(boleh juga guna 100ml susu tin cair tambahkan 1 sudu makan jus lemon lepas tu biarkan 10min untuk susu jadi Buttermilk)
-parutan kulit oren dari 1 biji oren.
-3 cawan mulberry.bekukan. Cara membuat:
1.pukul putih telur sampai jadi meringue/stiff peak.ketepikan.
2.pukul butter/marjerin dengan gula hingga kembang,medium speed.
3.masuk kuning telur sebiji demi sebiji,gaul kembang n rata,medium speed.
4.masuk tepung selang seli dengan yogurt/buttermilk.pukul sebati.
6.ambil 1/3 meringue tadi,masuk ke dalam adunan,fold.
lepas sebati masukkan baki meringue tadi lepas tu fold lagi.
7.masukkan parutan kulit oren & mulberry..gaul sebati.
tuang adunan dalam loyang square 9×9,bakar suhu 170’c api atas bawah,rak bawah sekali,45minit (ikut oven masing) *kalau guna loyang 8×8 boleh guna 2/3 sukatan resepi ya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di