Ads

Diskaun Tol Deepavali 2026, Jimat 50% Selama 2 Hari!

Berita baik buat pengguna lebuh raya, khususnya yang merancang untuk pulang ke kampung atau menziarahi keluarga sempena sambutan Deepavali 2026!

Kerajaan mengumumkan diskaun tol Deepavali 2026 sebanyak 50 peratus selama dua hari, bermula 6 hingga 7 November 2026, bagi membantu meringankan kos perjalanan rakyat sepanjang musim perayaan.

Diskaun Tol Deepavali 2026, Jimat 50% Selama 2 Hari!

Ini Kenderaan Yang Layak Nikmati Diskaun Tol

Potongan tol sebanyak 50 peratus diberikan kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di plaza tol yang terlibat.

Bagi pengguna Jambatan Pulau Pinang pula, diskaun turut diberikan kepada kenderaan Kelas 2.

Ads

Bagaimanapun, dua plaza tol di sempadan Malaysia-Singapura tidak termasuk dalam pemberian diskaun ini, iaitu:

  1. Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
  2. Plaza Tol Tanjung Kupang (TTK) di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Menurut Alexander, inisiatif tersebut merupakan antara usaha Kerajaan MADANI dalam menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan.

Ads

Pemberian diskaun itu juga diharap dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, khususnya bagi masyarakat Hindu yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman dan berkumpul bersama saudara-mara.

Rancang Perjalanan, Utamakan Keselamatan Keluarga

Dalam pada itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan sepanjang musim perayaan.

Ads

Pastikan baki kad Touch ‘n Go atau eWallet mencukupi, patuhi had laju, kekalkan jarak selamat dan dapatkan rehat secukupnya sebelum meneruskan perjalanan jauh.

Orang ramai juga boleh menyemak perkembangan trafik terkini menerusi saluran rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Buat yang merancang perjalanan bersama keluarga, manfaatkan peluang penjimatan ini sebaiknya. Paling penting, pandu dengan selamat agar dapat tiba di destinasi dan berkumpul bersama insan tersayang.

Sumber: MalaysiaGazette

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Masa Depan Anak

Persediaan Masa Depan Anak: Ini 5 Langkah Penting!

Persediaan masa depan anak tak semestinya perlukan rumah atau harta. Ketahui 5 langkah penting yang boleh ibu bapa mulakan mengikut kemampuan.