
Anak sedang mengambil antibiotik, tetapi tiba-tiba mula mengadu sakit perut, kembung atau mengalami cirit-birit? Jangan terus anggap ia sekadar perut meragam. Ibu bapa tentu serba salah apabila rawatan perlu diteruskan seperti yang diarahkan doktor, tetapi pada masa sama bimbang melihat anak semakin tidak selesa. Mengapa keadaan ini boleh berlaku?
Ketidakselesaan pada sistem penghadaman ini boleh berlaku pada sesetengah kanak-kanak ketika mengambil antibiotik. Ubat ini mungkin diberikan oleh doktor apabila anak mengalami demam atau jangkitan saluran kencing (UTI) yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Namun, selain melawan bakteria jahat penyebab jangkitan, antibiotik juga boleh mempengaruhi keseimbangan bakteria baik di dalam usus.
Antibiotik perlu diambil mengikut dos serta tempoh yang ditetapkan. Walaupun keadaan anak kelihatan semakin pulih, ibu bapa tidak seharusnya menghentikan atau mengubah dos antibiotik tanpa nasihat doktor.

Kesihatan Usus Lebih Daripada Sekadar Penghadaman
Usus manusia mengandungi triliunan mikroorganisma yang membentuk mikrobiom usus, penting untuk penghadaman, penyerapan nutrien dan fungsi imun. Malah, kira-kira 70 hingga 80 peratus aktiviti imun dikait rapat dengan usus.
Keseimbangannya boleh terganggu akibat pemakanan, penyakit, perubahan rutin, perjalanan atau penggunaan ubat seperti antibiotik. Selain membunuh bakteria penyebab jangkitan, antibiotik juga boleh menjejaskan bakteria baik dan menyebabkan perubahan sementara pada penghadaman, selera makan atau keselesaan perut.
Kesan ini berbeza bagi setiap kanak-kanak bergantung pada usia, keadaan kesihatan, jenis ubat dan tempoh rawatan.


Kenali Prebiotik, Probiotik Dan Postbiotik (Formulasi 3P Dalam Satu Sachet)
Prebiotik, probiotik dan postbiotik memainkan peranan berbeza dalam menyokong kesihatan usus. Prebiotik seperti FOS dan inulin menjadi sumber nutrisi kepada bakteria baik, probiotik pula ialah mikroorganisma hidup yang memberi manfaat kesihatan, manakala postbiotik merupakan komponen bermanfaat yang terhasil daripada aktiviti mikroorganisma.
CHAMPS Poppin’ 3P-Biotics menggabungkan ketiga-tiganya dalam satu sachet, dengan 5 bilion CFU bagi setiap hidangan untuk menyokong ekosistem usus kanak-kanak secara lebih menyeluruh. Format satu sachet sehari, sensasi “popping” dan rasa mesra kanak-kanak turut memudahkan pengambilan secara konsisten bagi kanak-kanak berusia dua tahun ke atas.

CHAMPS Poppin’ 3P-Biotics Boleh Dipertimbangkan?
CHAMPS Poppin’ 3P-Biotics boleh dipertimbangkan sebagai sokongan kesihatan usus ketika anak mengambil antibiotik atau antiviral, selepas rawatan, atau jika kerap mengalami jangkitan. Ia boleh diteruskan sekitar 30 hari selepas rawatan berdasarkan cadangan penggunaan produk.
Selain mengambil suplemen, ibu bapa boleh menambah makanan fermentasi seperti yogurt, kimchi dan miso ke dalam pemakanan anak. Pada masa sama, pastikan anak mendapat makanan seimbang, minum air secukupnya dan mengambil sumber serat yang sesuai dengan usia. Rehat serta tidur yang mencukupi juga membantu tubuh kembali bertenaga selepas sakit.
*Maklumat ini bertujuan untuk pendidikan dan bukan pengganti kepada diagnosis, rawatan atau nasihat doktor. Antibiotik hendaklah digunakan mengikut preskripsi. Rujuk doktor atau ahli farmasi sebelum memberikan suplemen kepada kanak-kanak.

