Ads

“Ayah Tak Mampu Janji Hidup Sempurna…” Ashraf Muslim Timang Anak Keenam, Titip Pesanan Menyentuh Hati

Kehadiran cahaya mata sememangnya menjadi anugerah terindah buat setiap pasangan suami isteri. Begitu juga buat pelakon Ashraf Muslim yang meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan seorang lagi bayi lelaki, sekali gus menjadikan dirinya kini bapa kepada enam cahaya mata.

Lebih menyentuh hati, pelakon berusia 45 tahun itu turut menitipkan pesanan penuh makna buat anak-anak tersayang, mengingatkan mereka tentang kepentingan menjaga hubungan dengan Allah SWT dan sentiasa mendoakan ibu bapa.

“Ayah Tak Mampu Janji Hidup Sempurna…” Ashraf Muslim Timang Anak Keenam, Titip Pesanan Menyentuh Hati

Menerusi perkongsian di Instagram, Ashraf atau nama sebenarnya Mohd Ashraf Muslim memperkenalkan putera bongsunya yang diberi nama Affan Ashraf bin Mohd Ashraf, dilahirkan pada 19 September 2026.

“Alhamdulillah… 19 September 2026, lahirlah seorang lagi permata hati kami, Affan Ashraf bin Mohd Ashraf,” kongsinya.

“Satu Lagi Sebab Untuk Ayah Terus Kuat Berusaha”

Menurut Ashraf, dia cukup gembira melihat keterujaan anak-anaknya menyambut kehadiran adik baharu.

Namun, di sebalik kegembiraan itu, dia sedar semakin bertambah bilangan anak, semakin besar tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang ayah.

“Seronok tengok abang-abang dan kakak-kakak menyambut kehadiran adik baru. Satu lagi rezeki, satu lagi amanah dan satu lagi sebab untuk ayah terus kuat berusaha.

Ads

“Makin bertambah anak, makin ayah sedar… besarnya tanggungjawab yang ALLAH pinjamkan. Mereka bukan sekadar kebahagiaan kita di dunia, tetapi amanah yang akan ditanya di akhirat nanti.

“Ayah tak mampu menjanjikan kehidupan yang sempurna, tetapi ayah akan cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik. Semoga mama, ibu dan ayah diberi kekuatan untuk mendidik kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah,” luahnya.

Luahan tersebut memperlihatkan betapa besarnya kasih sayang seorang ayah terhadap anak-anak, selain kesedaran bahawa setiap cahaya mata merupakan amanah yang perlu dijaga dan dididik dengan sebaik mungkin.

“Ayah Tak Mampu Janji Hidup Sempurna…” Ashraf Muslim Timang Anak Keenam, Titip Pesanan Menyentuh Hati

Ashraf Muslim Titip Pesanan Menyentuh Hati Buat Anak-Anak

Paling meruntun hati apabila Ashraf menitipkan pesanan agar anak-anaknya sentiasa menjaga solat, mendekatkan diri dengan al-Quran dan tidak melupakan ibu bapa apabila mereka sudah tiada nanti.

Ads

“Anak-anakku, tak perlu jadi kaya atau terkenal untuk membahagiakan ayah. Cukuplah kalian menjadi insan yang mengenal ALLAH, menjaga solat, bersahabat dengan al-Quran dan tidak pernah lupa mendoakan kami apabila suatu hari nanti kami sudah tiada.”

Doa Ashraf Muslim Agar Anak-Anak Sentiasa Dalam Lindungan Allah

Ashraf turut menitipkan doa agar Allah SWT sentiasa melindungi anak-anaknya dalam apa jua keadaan.

“Ya ALLAH, jagalah anak-anak kami ketika kami tidak mampu menjaga mereka. Pimpinlah mereka ketika kami tidak lagi mampu membimbing mereka. Jadikanlah mereka penyejuk mata dan bekalan kami menuju syurga-Mu.

“Terima kasih Ya ALLAH atas segala nikmat ini. Tak terhitung banyaknya. Alhamdulillah untuk segala-galanya,” kongsinya.

Doa yang dilafazkan itu menggambarkan harapan seorang ayah agar anak-anaknya sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT, bukan sahaja ketika masih kecil, malah apabila mereka dewasa dan menjalani kehidupan sendiri.

Ads

Keluarga Ashraf Muslim Kini Dimeriahkan Enam Cahaya Mata

Untuk rekod, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf.

Beliau turut berkahwin dengan Wan Sakinah pada Julai 2013 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Adam Ashraf, Safiyyah Ashraf, Ali Ashraf dan bayi yang baru dilahirkan, Affan Ashraf.

Dengan kehadiran Affan, keluarga pelakon berkenaan kini semakin meriah dengan enam cahaya mata yang pastinya menjadi sumber kebahagiaan dan kekuatan dalam kehidupannya.

Tahniah buat Ashraf Muslim sekeluarga! Semoga kehadiran Affan membawa lebih keberkatan dan kebahagiaan serta membesar menjadi anak soleh, penyejuk hati ibu dan ayah.

BACA LAGI : Muat Naik Gambar Raya, Ashraf Muslim Bahagia Raikan Bersama Dua Isteri

Sumber : IG Ashraf Muslim

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Scammer

Ingatkan Legit, Rupanya Scam! 7 Cara Elak Keluarga Jadi Mangsa

Ketahui 7 cara elak scam online untuk lindungi keluarga daripada penipuan, link palsu dan kecurian maklumat peribadi. Jangan mudah jadi mangsa!