Seronoknya dapat keluar membeli- belah bersama keluarga tersayang. Sekian lama berada di rumah, inilah kesempatan yang ada untuk keluar jalan-jalan kan.
Sambil itu, jangan ketinggalan untuk menyertai peraduan Beli dan Menang anjuran Nestlé di Lotus’s. Pertandingan yang bermula 4 November sehingga 31 Disember 2021 menyediakan hadiah menarik untuk anda dan keluarga berupa 670 unit Touch ‘n Go pin dan juga 10 unit PS5.Caranya cukup mudah. Langkah pertama, anda hanya perlu membeli barangan Nestlé bernilai RM30 dan ke atas dalam satu resit di Lotus’s. Langkah kedua, WhatsApp nama, nombor kad pengenalan, gambar resit ke nombor 0182406228. Pemenang yang dipilih bakal membawa pulang Touch ‘n Go pin yang bernilai RM100.Bagi yang ingin memenangi hadiah PS5, langkah pertama, anda hanya perlu membeli barangan Nestlé bernilai RM30 dan ke atas dalam satu resit di Lotus’s. Langkah kedua, tangkap gambar atau video anda dan ahli keluarga mengambil bahagian dalam aktiviti kreatif menggunakan produk Nestlé. Sebagai contoh, Selfie bersama keluarga dan produk Nestlé dengan cara yang paling kreatif.
Langkah ketiga, muat naik gambar atau video tersebut ke Facebook/ Instagram lengkap dengan kepsyen dan #beraktifdenganNestlé. Pastikan profil Facebook/ Instagram anda dalam status publik. Langkah keempat, WhatsApp nama, nombor kad pengenalan, gambar resit ke nombor 0182406228.
Ads
Penyertaan paling kreatif akan memenangi PS5. Selain itu, peraduan ini juga tidak terhad kepada ahli keluarga sahaja, sebaliknya terbuka kepada semua.
Jangan tunggu lagi, jom sertai sekarang peraduan Beraktif Bersama Keluarga dan Nestlé serta menangi hadiah yang ditawarkan. Cepat sebelum kehabisan!
Memperoleh rezeki melimpah ruah namun tidak berkat, tidak ada maknanya. Walaupun kita memiliki harta yang yang banyak, kehidupan yang mewah namun hati tidak tenang dan bahagia, ini menunjukkan kepada kehidupan yang tidak diberkati. Ibarat istana kosong tanpa berpenghuni.
Berikut petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal. Mari fikir-fikirkan.
“Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tidak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu elak dicampurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong membeli belah sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim overtime. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri. Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa, bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tidak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri”.
*KEBERKATAN YANG DICARI*
*5 cara untuk mendapat pahala setelah mati:*
1. Beli Al – Quran kepada seseorang, setiap kali dia membacanya kamu akan menerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kepada hospital, setiap kali orang sakit menggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahala.
3. Turut serta dalam pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya.
Sumber: Mohd Zamri (facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita semua pasti biasa mendengar ungkapan, sesungguhnya doa itu senjata bagi seorang mukmin. Di sini dikongsikan di sini satu kisah berkaitan doa daripada seorang suami yang benar-benar dapat merasa pergantungan kepadaNya dengan berdoa dan bukannya doa dibaca hanya sekadar lafaz di bibir. Semua ini berlaku setelah dirinya menukar kerjaya. Jom semak.
Doa ini sesuatu yang sangat berharga untuk manusia. Cuma kadang-kadang kita tak perasan. Mungkin sebab tak tahu atau tak rasa. Dulu waktu makan gaji, aku rasa hidup ini sudah terjamin. Gaji masuk tiap-tiap bulan. Walaupun tak seberapa, tapi bolehlah untuk keluarga kecil. Nanti bila naik pangkat, naiklah lagi gaji tu.
Waktu itu, berdoa pun sekadar melafazkan di bibir saja. Konon-konon, tak adalah nak minta apa sangat selain naik pangkat dan naik gaji. Tidaklah terlalu terdesak.
Sombong.
Sekarang bila tiada siapa yang beri gaji pada aku, melainkan aku perlu cari duit untuk menggaji diri sendiri, baru aku tau langit tinggi rendah.
Bila aku mula berniaga, aku mula merasai betapa pentingnya doa itu dalam hidup. Aku beli banyak buku dan cari bahan bacaan berkenaan rahsia doa. Apa doa-doa yang Nabi ajar, doa dari Quran, apa punca doa ditolak, bagaimana nak dapat doa mustajab dan lain-lain.
Aku cakap terus terang. Bila kau duduk dalam situasi aku, kau akan tahu bahawa diri kau ini tiada apa. Kosong.
Kau bergantung seluruhnya pada Tuhan.
Kau buat apa pun, akhirnya nanti semuanya ditentukan oleh Dia. Tugas kau berusaha dan berikhtiar, hasilnya memang kau tak boleh jamin.
Kau buat marketing, sales, FB Ads, buka booth dan macam-macam lagi teknik jualan. Ada kala untung, ada kala rugi. Ada kala produk kau laku, ada kala tak terjual.
Dan siapa yang tentukan rezeki kau?
Tuhan.
Yang sebelum ini ketentuan rezeki-Nya aku mungkin tak ambil pusing, sebab kononnya dah tetaplah aku akan dapat slip gaji tiap-tiap bulan.
Sekarang, tiada tempat lagi aku nak minta selain dari-Nya.
Baru aku tahu erti pergantungan dan pengharapan kepada Tuhan. Setiap bait doa itu aku tuturkan bukan mainan kata semata-mata, tapi betul-betul datang dari hati. Seolah-olah seperti seorang manusia yang terkapai-kapai hampir lemas di laut dalam, minta diselamatkan.
Akhirnya tersedar, pentingnya doa untuk aku ‘connect’ dengan Tuhan, kerana hanya Dialah tempat mengadu dan minta pertolongan.
Usaha itu aku tetap lakukan. Ilmu jualan dan pemasaran, kelas-kelas perniagaan, kelas penulisan, semua aku cari. Itu tugas sebagai hamba.
Namun duit yang datang selepas itu, tiada siapa yang tahu berapa jumlahnya.
Ketika ini baru kau nampak, ada benda yang kau tak boleh kawal. Siapa sangka ada orang nak tawarkan kau projek juta-juta entah dari mana. Kadang-kadang kita buat promosi produk pada orang lain, tiba-tiba orang lain yang beli.
Semua benda dalam kawalan Tuhan. Mudah saja bagi Dia. Maka kau perlu minta pada Dia banyak-banyak.
Minta supaya Dia mudahkan urusan kau, perancangan kau berjaya, dan kau dapat hasil seperti mana kau mahu.
Kau sihat, kaya, perniagaan maju, semua sebab Tuhan izinkan.
Sebab itu aku sekarang banyak menulis tentang doa dan tawakkal, dua konsep yang penting dalam hidup bertuhan, namun sering kita terlepas pandang. Mungkin bukan kau, tapi aku yang kurang ambil berat sebelum ini.
Aku tak kata semua orang makan gaji dan berniaga sama situasi dengan aku. Mungkin orang lain semua ‘smooth sailing’. Cuma aku saja yang lalui pengalaman begini. Baguslah, peringatan untuk aku juga supaya dekatkan diri dengan Tuhan.
Apa-apa pun situasi kau sekarang, jangan tinggalkan doa dan tawakkal.
Kalau kau dah senang, kaya, sihat, anak-anak semua menjadi – kau doalah supaya kesenangan itu berkekalan dan berpanjangan.
Kalau kau dalam kesusahan, hutang keliling pinggang, anak tak dengar kata – kau doalah supaya Tuhan beri jalan keluar dan mudahkan urusan hidup kau.
Pusing ikut mana pun, sama ada kau sedar atau tidak, kau perlu selalu berinteraksi dengan Tuhan melalui doa dan solat. Kau tak lupakan Tuhan, Dia takkan tinggalkan kau keseorangan menghadapi kehidupan.
Doa, kawan-kawan. Satu senjata ampuh yang Tuhan sediakan untuk kita. Agar kita sedar, diri ini hamba dan tiada apa-apa melainkan Dialah pemberi segala-galanya.
Lumrahnya bagi setiap pasangan, awal-awal perkahwinan merupakan saat bahagia dan dipanggil zon berbulan madu. Pada waktu itu semuanya nampak manis dan indah, saling sayang menyayangi. Namun lama-kelamaan, mula nampak sikap sebenar.
Dalam perhubungan, it takes two to tango. Kalau sorang je yang beria takkan jadi. Sebab tu kena saling bertoleransi dan bantu-membantu antara satu sama lain. Isteri ni apabila dah tawar hati, rumah tangga automatik jadi kusam, tak ceria, ada anak cuma untuk pecahkan sunyi. Rasa hormat pada pasangan sedikit demi sedikit mula menghakis. Abila sudah kronik dan tidak dapat dibendung lagi, itulah yang menyebabkan berlakunya pergolakan dalam rumah tangga.
Hadamkan perkongsian saudara Mohd Fhais akan punca yang membuatkan isteri mula hilang hormat pada suami.
7 Punca Isteri Hilang Rasa Hormat Pada Suami
1 – Tak pandai urus duit
Macam mana isteri nak ada rasa hormat kalau tiap-tiap bulan isteri yang kena tanggung beli beras, sayur, daging, ayam, ikan susu anak dengan baju anak.
Gaji habis bayar hutang tu bukan alasan tuan tuan. Nafkah tu wajib di beri bukan ikut mampu tak mampu. Lagipun duit untuk di urus bukan untuk di habiskan.
2 – Tak pandai urus emosi
Isteri bukan tempat untuk melempias api kemarahan. Isteri layak di beri rasa cahaya kegembiraan. Macam mana nak ada rasa hormat jika suami sendiri tak hormat perasaan isteri.
Suami tak kaya boleh di terima lagi tapi suami yang tak boleh urus emosi ni sangat di benci kerana setiap hari isteri akan alami penderaan emosi yang teruk.
3 – Tak pandai urus masa
24 jam dengan telefon. Mula dengan wasap group lepas tu games, sampai ke sudah berkepit dengan telefon. Masa di rumah bazir macam tu je.
Susah isteri nak hormat suami kalau suami lebih suka berkepit dengan telefon daripada berkepit dengan isteri. Ada masa boleh main games, ada masa kena utamakan keluarga juga. Ingatlah bila susah nanti bukan telefon yang akan bantu tapi isteri juga yang membantu.
4 – Tak membantu urusan rumah
Suami patut jadi tempat isteri mengadu, tempat untuk bergantung harap bila ada masalah bukan sebaliknya. Suami fikir balik rumah nak berehat, nak dengar berita yang indah indah je, tak nak serabut kepala dengan masalah rumah. Salah!
Isteri harapkan suami balik ke rumah boleh membantu. Harap suami ada dapat la berehat sejam dua. Tapi hampeh, makin bertambah kerja ada la, di tambah kena layan suami macam raja pula. Rasa hormat hilang, timbul rasa menyesal pula.
5 – Tak peduli tentang anak
Tak ada isteri yang boleh hormat suami kalau anak sendiri pun tak ambil peduli. Baju anak, makan anak, sekolah anak malah anak sakit pun dia tak peduli. Semua isteri yang urus sendiri.
Buat anak sama-sama tapi yang susah jaga anak isteri seorang. Memang menyinga la kawan tu. Jangan harap la boleh hadir rasa hormat jika begini.
6 – Tak peduli tentang isteri
Keperluan isteri tak di penuhi. Kehendak isteri tak di peduli. Semua tentang isteri di anggap remeh! Lagi pandai isteri berdikari lagi hebat pula suami ambil kesempatan.
Bukan setakat isteri hilang hormat malah semakin meluat tengok muka setiap hari. Ini la punca terjadinya pergaduhan setiap hari. Kesian, anak-anak jadi mangsa.
7 – Tak matang
Macam mana nak ada rasa hormat kalau dah lama kahwin pun suami masih lagi tak matang matang. Masih lagi cakap ikut suka mulut, tak pernah nak dengar nasihat, tak pernah nak jaga perasaan isteri.
Malah isteri yang dah banyak menolong pun tak pernah nak tunjuk penghargaan. Masih lagi dengan ideologi orang perempuan buat kerja rumah, lelaki buat kerja berat. Orang perempuan kena layan suami, bukan sebaliknya.
Parah dan padah jika kalian terus begini.
Kahwin ni bukan cuma duduk satu rumah dah kira berkahwin. Kahwin ni kena duduk dalam satu kehidupan. Laki bini kena hidup sama-sama. Bukan kau dengan hidup kau aku dengan hidup aku. Itu lebih baik jangan kahwin.
Nak isteri hormat kita? Mudah je, hormati la mereka dan mereka pun akan hormati kita. Tak susah pun!
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Rasa hormat tak boleh di minta, ia akan datang sendiri bila kita layak menerimanya.
#notakekeluargaanfhais
t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.