Nak mengajar anak ni kena tegas terutama bab agama. Tular video pelawak dan penyampai radio, Johan tengking anak hingga menangis. Ramai yang tak puas hati dengan tindakan begitu. Tapi tenang aje isteri Johan, Ozlynn bagi menjelasan.
Umum mengetahui Johan dan isterinya, Ozlynn dilihat sering berkongsi kegembiraan mereka sekeluarga di media sosial.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Semalam sebaliknya apabila video menunjukan Johan mengajar anak perempuannya mengaji di ruang tamu rumah meraih perhatian. Mana tidaknya kelihatan Johan sedang memarahi Chantiq kerana salah sebutan semasa mengaji.
Biarpun tindakan itu dianggap normal dalam mendidik anak, namun segelintir wargamaya tidak dapat menerima tindakan sebegitu.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
GARANG PADA ANAK TAPI CARA PUJUK TU TERBAIK
Ada segelintir wargamaya terkejut melihat sikap garang Johan mendidik anaknya. Ada yang bertanya perasaan Ozlynn apabila anaknya dimarahi oleh Johan. Menurut Ozlynn, situasi itu juga dilaluinya semasa kecil.
Katanya sebagai ibu, dia akan menjelaskan bahawa tindakan Johan itu adalah untuk mendidik anaknya. Malah akan memeluk dan memberi nasihat kepada anaknya bahawa apa yang mereka buat itu adalah kerana sayang.
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini berkongsi berita gembira apabila anak saudaranya, Sheikh Aiman Shukor Al Masrie berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang.
Dapat tawaran bidang perubatan, lebih memilih undang-undang
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, Aiman merupakan anak arwah adiknya. Ketika arwah meninggal dunia, beliau sedang dalam misinya di angkasa lepas dan Aiman baru berusia tiga tahun.
Sejak dari itu, beliau menggalas tanggungjawab untuk menjaga Aiman seiring dengan permintaan arwah adiknya. Sebagai penjaga yang sah, Sheikh Muszaphar bersyukur dapat melihat setiap kejayaan yang diraih oleh Aiman.
Tambah Sheikh Muszaphar yang berkongsi kisah di laman Instagramnya, Aiman seorang pelajar yang pintar dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, Aiman telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.
Namun, anak saudaranya itu memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang. Walau apa jua keputusan yang dibuat, Sheikh Muszaphar berkata dia sentiasa berdoa dan memberi sokongan buat Aiman.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian buat Dr Sheikh Muszaphar kerana berjaya mendidik dan menjaga Aiman dengan baik. Tambah warganet, kasih sayang yang diberikan oleh Sheikh Muszaphar kepada Aiman sama seperti kasih sayang yang diberikan kepada anak-anaknya sendiri.
Tular kisah remaja yang mencuri tabung masjid dan dimandikan ala jenazah, rupanya tindakan itu mendapat sokongan daripada datuk remaja berkenaan iaitu Rosli Sidek, 65.
Sebagaiama laporan daripada malaysiagazette.com, dia tidak menyalahkan pihak masjid dan berharap memberi pengajaran kepada cucunya, Daniel Iskandar Mohd Nasir, 19, supaya menjadi orang berguna pada masa depan.
“Daniel Iskandar merupakan remaja yang bermasalah dan saya tidak sanggup menjaganya kerana tindakan yang tidak boleh dikawal lagi dan agresif.
“Kemungkinan besar dan dikhuatiri dia ada ambil benda terlarang dan baru terjebak jadi penagih kerana sering melakukan tindakan luar dugaan.
“Contohnya dia pernah mencuri wang dan motosikal saya, wang simpanan umrah arwah neneknya, telefon bimbit saudaranya, pernah hendak ugut mencederakan arwah neneknya dan sering pulang lewat malam,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette di sini hari ini.
Mohon jalan salahkan pihak masjid
Terdahulu, menerusi video yang viral, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak masjid.
Namun, sebaliknya Rosli memohon kepada netizen di media sosial agar tidak menyalahkan AJK masjid yang membawa kes curi cucunya itu kepada pihak berkuasa.
Malah dia juga mendedahkan yang menyarankan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah Kuang supaya membuat laporan polis ke atas cucunya itu.
Tidak ambil hati
Lebih mengejutkan datuk kepada remaja berkenaan, tidak ambil hati cucunya menjadi viral kerana dimandikan seperti jenazah.
“Saya tidak ambil hati pun malah bersyukur dia diberi pendidikan kerana mencuri.
“Nasib baik hanya dijirus air biasa kalau air panas macam mana,” katanya yang tidak menyesal tidak mempertahankan cucunya itu agar kes curi itu diselesai cara baik.
Masa depan cucu
Sambil mengalirkan air mata, dia yang sayangi cucunya inginkan masa depan cerah buat cucunya.
Katanya, apabila cucunya dapat dibebaskan, beliau mahu ada pihak dapat memasukkannya ke rumah perlindungan atau pusat kemahiran.
Selain itu beliau juga mahu jaminan polis agar dirinya tidak lagi diganggu oleh menantunya yang juga bapa Daniel Iskandar.
“Pada masa sama, saya tidak pernah suruh dia beli ubat sehingga mencuri. Saya pun ada terima bantuan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM400 sebulan.
“Malah pihak AJK masjid selalu bertanya khabar dan memberi barang keperluan asas seperti beras setiap bulan,” katanya yang tidak berniat mendedah aib cucunya namun perlu bersikap jujur.
Semalam, , Daniel Iskandar dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Bagi pelakon Puteri Aisyah, menjaga bentuk badan bukan lagi focus utamanya kini sebaliknya dia berusaha untuk membekalkan susu badan buat putera kesayangannya, Muhammad Faliq.
Pun begitu, selepas melahirkan anak ternyata penampilan Puteri Aisyah tetap kekal cantik seperti anak dara.
Akui Puteri Aisyah lagi ketika menjawab pertanyaan pengikutnya di Instagram, dia tidak terkecuali mengalami perubahan bentuk fizikal selepas melahirkan anak namun reda kerana fokusnya kini adalah kepada anaknya.
Bahkan kata Puteri Aisyah lagi, ia bersifat sementara dan yakin setiap wanita mampu mengembalikan bentuk tubuh mereka jika dijaga dengan baik.
“Siapa kata saya maintain? Saya pun ada baju tak muat dan terpaksa beli pakaian baru.
“Jangan risau ibu-ibu semua, sekejap sahaja kita berisi nanti lagi setahun dua kita kurus balik okay.
“Sekarang ni kita enjoy sahaja dengan badan berisi sebelum kurus..hehe. Anak-anak dan suami pun suka peluk, best apa?,” katanya berkongsi.
Tak diet demi susukan anak
Bahkan kata Puteri Aisyah lagi, dia tidak lagi berdiet untuk cantik sebaliknya makan secara sederhana namun yang penting makan makanan berkhasiat untuk menyusukan bayinya.
“Saya tak diet. Saya makan secara sederhana. Saya jogging juga cuma tak selalu. Saya pakai pakaian warna hitam. Jadi mungkinlah nampak kurus.
“Sejujurnya ini bukan bentuk badan saya yang terbaik. Saya sedang menyusukan anak, tak jaga sangat diet tetapi saya makan secara sederhana.
“Saya makan untuk susu yang banyak, bila susu banyak Faliq pun kenyang dan gembira. Bila dia gembira, mommy pun gembira juga,” ceritanya lagi.
Terdahulu, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Muhammad Firdaus pada November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Faliq.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemesraan pasangan warga emas yang menyambut ulang tahun perkahwinan ke-54 mencuri perhatian ramai apabila video romantis mereka tular di TikTok dan menjadi inspirasi kepada masyarakat.