Daun bawang adalah merupakan sejenis sayuran dari kelompok bawang yang banyak digunakan dalam masakan. Sering juga dijadikan bahan tabur di dalam menyediakan masakan sup, mertabak dan sebagainya.
Pun begitu, perasan tak biasanya bila kita menyediakan hidangan sup untuk satu famili, kuantiti daun sup yang diperlukan tidaklah banyak mana pun. Namun dipasaran, umumnya daun bawang dijual dalam kuantiti yang banyak untuk satu ikat.
Ads
Pastinya, setiap antara kita akan mengalami lebihan daun bawang setiap kali membeli untuk digunakan di dalam masakan harian. Bila lebihan tersebut disimpan di dalam peti sejuk, lama kelamaan layu dan kering pula jadinya, betul bukan?
Jadi apa cara yang boleh dilakukan untuk tidak lagi melakukan pembaziran tersebut?
Ads
Ini petuanya yang boleh anda semua lakukan selepas ini, sharing bermanfaat daripada Naziati Abdullah.
“Biasa takdan habis guna, daun bawang dah kecut & x elok nak guna dah. Jadi hujung minggu haritu ibu cuba tips daun bawang tahan lama yg rakan fb kongsikan. Tapi ibu inovasikan ckit sbb xde bekas kecik2 & utk jimatkan ruang esbok. Alhamdulillah daun bawang kekal segar bila nak guna tu.”-Naziati Abdullah
Untuk itu, turut dikongsikan cara untuk melakukan petua ini untuk makluman semua.
Daun bawang yang ada dihiris
Kemudian masukkan dalam bekas untuk buat kiub ais
Isikan air dan bekukan di dalam peti sejuk.
Bila sudah beku, boleh simpan kiub-kiub tersebut di dalam satu bekas untuk digunakan di masa akan datang. Bila nak guna, senang sahaja ambil kiub-kiub tersebut dan masukkan ke dalan masakan. Insha Allah daun bawang masih kekal segar.Selamat mencuba dan pastinya selepas ini tiada lagi berlakunya pembaziran.
sumber : Naziati Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Impiannya cukup murni, ingin membawa kedua orang tuanya mengerjakan umrah Januari tahun depan. Lebih memilukan, arwah sanggup menyimpan wang kemenangannya demi memenuhi impian tersebut.
Namun, kita hanya mampu merangcang, namun yang menentukan adalah Sang Pencipta. Semalam, pelumba CP150, Mohd Hafiz Nor Azman yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.
Menurutnya bapanya, Nor Azman Mad Darus, 54, berkata, arwah bersungguh menyatakan hasrat untuk membawa dia dan isteri, Rohana Hamzah, 52, serta anak sulung, Nor Shaziela, 30, mengerjakan ibadah itu, Januari depan.
“Saya cakap biarlah dia pergi dulu, kalau ada rezeki saya boleh pergi kemudian tetapi dia nak juga bawa saya, maknya dan kakaknya ikut sama.
“Dia simpan duit kemenangan yang ada.. itu yang buat saya terkilan sangat, dia anak yang baik,” katanya lagi.
Pelumba berusia 22 tahun dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Penawar, Johor.
Nor Azman berkata, ketika insiden berlaku, dia berada di kawasan hadapan litar dan tidak sempat melihat keadaan Allahyarham yang telah dibawa ambulans.
“Waktu itu sudah ada yang maklumkan pada saya arwah dah 50-50, saya pun terus bergegas ke hospital,” katanya.
Katanya, ini kali kedua Mohd Hafiz berlumba di litar yang sama sejak menyertai kejuaran berprestij pada 2010.
Katanya, sejak mula berlumba hinggalah kepada insiden yang berlaku semalam, dia dan isterinya, Rohana Hamzah, 52, sentiasa menemani dan memberikan sokongan kepadanya.
“Hafiz sangat rapat dengan maknya, bahkan pada malam sebelum perlumbaan dia tidur bersama maknya.
“Sehingga hari ini maknya masih lagi bersedih dengan insiden yang menimpa Hafiz,” katanya yang ditemui di kediamannya di Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai di Ipoh hari ini.
“Ini last race aku”. Itu ungkapan yang berulang kali disebut pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman, 22, kepada rakan-rakannya sebelum menyertai perlumbaan tersebut.
Menurut Nurhan Md. Nayan, 22, Mohd. Hafiz yang ditemuinya semasa menghadiri majlis kenduri minggu lalu berulang kali menyebut perlumbaan yang disertainya hari ini adalah perlumbaannya yang terakhir.
Katanya, Mohd. Hafiz juga ada memberitahu yang dia akan melakukan yang terbaik pada perlumbaan itu untuk mendapatkan kedudukan ketiga keseluruhan CP150.
“Banyak kali dia sebut yang ini last race dia. Dia nak buat yang terbaik dan tidak sangka yang ini betul-betul perlumbaan terakhir dia. Kami terkejut sangat dan tidak sangka dia dah tiada,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga Mohd. Hafiz.
Allahyarham Hafiz, meninggal dunia selepas terbabit kemalangan ketika pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 di Dataran Bandar Penawar, Johor kira-kira jam 4 petang semalam.
Sumber: Metro & Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa peminat kuih tradisional pasti cukup kenal dengan kuih ini. Mungkin ada yang dah biasa dengan resipi kaswi gula melaka, jom hari ini kita buat resipi kaswi pandan yang sama sedap.
Cara mudah untuk menyediakan sajian kuih tradisional ini dan yang pasti sangat sedap dan cukup lemak manis.
Jom admin kongsikan resipi dari air tangan Mas Cotek KASWI PANDAN LEMAK MANIS.. dia punya gedik tu tak boleh bwk bincang dah….. tak caye tgk hat opah kilaih tu.. pagi td punya cerita ni… udoh nak ptg baru nak bagitau kome… KASWI PANDAN LEMAK MANIS
BAHAN²
2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi
1 1/2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan dr 6 helai pandan
4 cwn air
1 1/4 cwn gula
1 sdt air kapur
1/2 sdt pewarna hijau star brand CARANYA
~sediakan loyang 10×10 sapu sedikit minyak
~panaskan kukus
~satukan kesemua bahan
~tapis jika perlu (opah blend je)
~tuang ke dalam loyang dan kukus selama 40min
~buka penutup kukus dan biar kan 10 min lagi
**tujuan nak bg air pada permukaan kaswi kering/boleh tap² tisu dapur jika permukaan masih berair
~tutup api /keluarkan kuih
~biar betul² sejuk kemudian potong
~hidang bersama kelapa parut putih + garam
~siap
SELAMAT MENCUBA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menanam kunyit di laman rumah atau di dalam pasu adalah salah satu aktiviti yang praktikal untuk dilakukan. Ini memandangkan kunyit banyak digunakan di dalam masakan harian. Lantaran itu jika ada sepokok dua di tanamn pun sudah memadai.
Pun begitu, jika sekadar tanam dan pokok tidak subur kadang kala membuatkan kita rasa tidak puas hati. Kalau boleh tanaman kunyit biarlah berdaun segar, lebar dan menghijau. Barulah seronok dipetik untuk digunakan di dalam masakan.
Jadi untuk itu, ketahui serba sedikit cara tanam kunyit yang betul seperti mana yang dikongsikan oleh Siti Rokiah Che Hat di group Belajar Berkebun Di Rumah (untuk beginner)
CARA TANAM KUNYIT
1. Syarat tumbuh.
Ia tumbuh dengan baik di tanah laterit(Tanah merah), aluvial(Jenis tanah liat halus) dan regosol, ketinggian 240 – 1200 m di atas permukaan laut (dpl), dengan hujan 2000 – 4000 ml / tahun. Kunyit juga dapat tumbuh di bawah batang pohon kayu seperti pokok jati muda sekitar usia 3 – 4 tahun, dengan tahap teduhan tidak lebih dari 30%.
2. Pembenihan.
Untuk benih kunyit, anda boleh menggunakan rizom utama atau rizom anak. Rizom utama berbentuk bulat telur, atau rizom paling besar.
Rizom anak pula terletak di sisi dan berbentuk seperti jari. Panjang rizom yang digunakan adalah 2 – 10 cm, diameternya 1 – 2 cm.
Rizom utama boleh digunakan sebagai benih yang dibahagikan kepada empat (satu rizom induk terbahagi kepada empat bahagian membujur), sementara satu rizom anak boleh digunakan sebagai satu benih kunyit.
Sebelum bercucuk tanam, rizom ditanam terlebih dahulu dalam kotak berisi tanah sehingga tunas tumbuh dengan ketinggian tunas 0.5 – 1 cm. Selepas itu kunyit boleh dipindah ke tanah.
Jika hendak tanam di dalam pasu boleh biarkan sahaja dan jika ingin tanam di tanah perlu tunggu sehingga keluar dua atau tiga helai daun baru boleh pindahkan ke tanah.
3. Penyediaan tanah.
Tanah dibajak sehingga menjadi gembur. Ini kerana ia memerlukan penyaliran yang baik dan air tidak boleh bertakung di atas. Oleh itu, perlu dibuat parit yang memisahkan batas tanah. Ukuran batas tanah kunyit adalah dengan kelebaran 1m dan panjang disesuaikan dengan keadaan di lapangan.
4. Jarak tanam.
Jarak tanaman kunyit ialah 50 cm x 40 cm dalam sistem monokultur. Sekiranya tanaman itu hendak ditanam dengan sistem tanaman campuran dengan kacang tanah atau cili, maka jaraknya 75 cm x 50 cm.
5. Sistem tanam campuran.
Dalam sistem tanam campuran, tanaman kunyit boleh dicampur dengan tanaman kacang tanah dengan menggunakan jarak yang lebih luas 75 cm x 50 cm. Kacang tanah boleh ditanam di antara kunyit dengan jarak 75 cm. Tanaman kacang tanah perlu ditanam pada masa yang sama dengan menanam kunyit.
Namun, selepas 3 bulan kacang tanah sudah boleh dituai. Selepas itu, kacang tanah boleh ditanam lagi atau jenis tanaman lain yang mengambil masa yang pendek. Tanaman yang bersilang dengan kacang tanah adalah baik untuk kesuburan tanah kerana ia meningkatkan unsur Nitrogen dalam tanah.
6. Pembajaan.
Baja organik 0.5 kg/tanaman diberikan sebelum penanaman. Baja NPK, dengan dos 5 gram / tanaman untuk sistem monokultur, dan 10 gram / tanaman untuk sistem tanam campuran diberikan semasa penanaman. Baja urea diberikan lagi pada usia 1 dan 3 bulan selepas ditanam dengan dos 5 gram / tanaman.
7. Penyelenggaraan.
Penyelenggaraan tanaman merangkumi pembersihan rumpai dan penimbunan. Pembersihan rumpai berguna untuk mengelakkan persaingan pengambilan nutrien dengan rumpai. Penimbunan berguna untuk menjaga kelembapan, suhu dan kelembapan tanah. Penimbunan juga dilakukan untuk memperbaharui parit yang memisahkan batas tanah, tanah dinaikkan ke batas tanah penanaman selepas pembersihan rumpai.
Tanaman kunyit jarang diserang perosak atau penyakit. Terdapat beberapa langkah yang digunakan untuk mencegah berlakunya penyakit rizom mereput yang disebabkan oleh Ralstonia solanacearum. Ia adalah:
-Memilih benih rizom yang sihat.
-Mengelakkan luka pada benih rizom.
-Membersihkan sisa tanaman sebelum itu dan rumpai.
-Membuat saluran pengairan supaya tidak ada air yang bertakung.
8. Tuaian.
Penuaian yang sesuai berdasarkan usia tanaman perlu dilakukan untuk mendapatkan penghasilan yang tinggi, iaitu pada tanaman yang berumur 10-12 bulan selepas penanaman, biasanya daunnya mula gugur atau kering. Penuaian dilakukan dengan menggali dan mengangkat seluruh rizom.
Selepas dituai, rizom kunyit dibasuh dan dibersihkan dari tanah lalu dikeringkan di bawah terik matahari.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.