Melihat wajah seseorang wanita yang mulus dan bersih berseri tentu sahaja membuatkan kita tertanya-tanya bagaimanakah cara penjagaan wajah yang diamalkannya. Andai dapat dicungkil rahsianya, bolehlah kita pula amalkan bagi tujuan merawat wajah agar cantik seperti mereka.

Atas sebab itu, ayuh kita ikuti apa yang diamalkan oleh tiga wanita ini yang menggunakan tomato untuk penjagaan kulit wajah mereka.

Dikatakan buah tomato kaya dengan vitamin A dan C yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Bukan itu sahaja, tomato juga mempunyai likopena iaitu antioksidan yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas akibat asap kenderaan, asap rokok dan bahan berbahaya yang masuk ke dalam tubuh.

Manakala dari sudut kecantikan pula, buah tomato dapat menyejukkan kulit di samping menyerap lebihan minyak pada wajah yang sekali gus menyebabkan jerawat mengecut dan kulit menjadi licin dan berseri.

Ini adalah perkongsian daripada Ria Asfarina Aco Asri, jom semak apa katanya.

Ni petua untuk cerahkan kulit uolls guna bahan dapur ja . Senang kan?

Tiga Wanita Ni Guna Tomato Beku. Tu Rahsia Kulit Wajah Mereka Jadi Cantik, Putih & Bersih!

Bahan : Tomato

1. Sebiji tomato dibelah dua

Tiga Wanita Ni Guna Tomato Beku. Tu Rahsia Kulit Wajah Mereka Jadi Cantik, Putih & Bersih!
2. Kemudian masukkan tomato yang sudah dibelah dua tadi dipeti sejuk letakkan tomato di bahagian freezer(sejuk beku) dan biarkan semalaman .

 

Tiga Wanita Ni Guna Tomato Beku. Tu Rahsia Kulit Wajah Mereka Jadi Cantik, Putih & Bersih!

3. Kemudian, sapu tomato yang sudah semalaman di freezer dibahagian muka

IKLAN

4. Biarkan dalam 30-40 minit

5. Bilas muka dengan air bersih

Apa manfaatnya? Okay baca di bawah ni

1. Kecutkan jerawat
2. Mencerahkan kulit muka
3. Pudarkan parut perlahan lahan
4. Jadikan kulit lebih lembut , licin dan glowing
5. Menyerap lebihan minyak
6. Menyejukkan kulit

Begitu juga dengan perkongsian daripada Puan Nurul Balqis di akaun fbnya yang cukup berpuas hati melihat perubahan kulit wajahnya selepas mengamalkan tomato beku ini. Ibu yang cantik manis ini juga ada berkongsi tip dan pengalaman setelah amalkan petua kecantikan menggunakan tomato ini, jom semak untuk manfaat bersama.

Tiga Wanita Ni Guna Tomato Beku. Tu Rahsia Kulit Wajah Mereka Jadi Cantik, Putih & Bersih!

Tips semulajadi dengan ais kiub tomato. Banyak kebaikan ais kiub tomato ni, antaranya:
1. Jerawat dekat muka qis satu hari je dah kecut
2. Gelap bawah mata pon dah berkurang
3. Kulit qis still glowing walau tanpa makeup
4.Bukan sahaja glowing, malah kulit muka jadi tegang. (Ais kiub dapat cegah kedutan)
5. Kulit jadi licin dan dapat mencerahkan kulit secara semula jdi tanpa bahan merkuri. Lagi selamat.
6. Rawatan kiub ais ni memang diakui boleh menambahkan keserian wajah.

Cara-cara nak buat qis ada terangkan pada setiap gambar-gambar di bawah ni. Selamat mencuba.

Tiga Wanita Ni Guna Tomato Beku. Tu Rahsia Kulit Wajah Mereka Jadi Cantik, Putih & Bersih!

IKLAN

Langkah 1 : Sediakan beberapa biji tomato dan potong menjadi saiz kecil-kecil.

 

Tiga Wanita Ni Guna Tomato Beku. Tu Rahsia Kulit Wajah Mereka Jadi Cantik, Putih & Bersih!

Langkah 2 : Seterusnya tomato yang dipotong kecil tadi dimasukkan di dalam blender. Tak payah tambah air, sebab tomato akan keluarkan jusnya yang mempunyai seribu kebaikan untuk kulit.

 

Tiga Wanita Ni Guna Tomato Beku. Tu Rahsia Kulit Wajah Mereka Jadi Cantik, Putih & Bersih!

Langkah 3 : Kisar sampai hancur dan halus macam ni.

 

IKLAN

Tiga Wanita Ni Guna Tomato Beku. Tu Rahsia Kulit Wajah Mereka Jadi Cantik, Putih & Bersih!

Langkah 4 : Tomato yang dikisar tadi kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas ais kiub dan bekukan.

 

Tiga Wanita Ni Guna Tomato Beku. Tu Rahsia Kulit Wajah Mereka Jadi Cantik, Putih & Bersih! Tiga Wanita Ni Guna Tomato Beku. Tu Rahsia Kulit Wajah Mereka Jadi Cantik, Putih & Bersih!

Langkah 5 : Inilah hasil tomato yg dibekukan tu dan kemudian skin icing tomato (gosok) tadi pada seluruh muka, biarkan sebentar sampai ia kering. Kemudian bilas dengan air biasa dan lap muka. Rasakan keajaibannya. Selamat mencuba kawan-kawan.

Dan, ini satu lagi perkongsian berkaitan pengalaman merawat wajah menggunakan tomato ais yang telah diamalkan oleh Asha Zakaria dalam masa lapan bulan. Dahulunya kulit Asha berjerawat, namun setelah amalkan secara konsisten,  terus menjadi berseri-seri dan ‘glowing‘.

Tiga Wanita Ni Guna Tomato Beku. Tu Rahsia Kulit Wajah Mereka Jadi Cantik, Putih & Bersih! Tiga Wanita Ni Guna Tomato Beku. Tu Rahsia Kulit Wajah Mereka Jadi Cantik, Putih & Bersih!

TIPS UNTUK HILANGKAN JERAWAT DAN PARUT DEGIL!+ boleh glowingkan kulit wajah.

Bahan :
1 biji buah tomato

Cara Buat :

Tiga Wanita Ni Guna Tomato Beku. Tu Rahsia Kulit Wajah Mereka Jadi Cantik, Putih & Bersih!

  1. Cuci dan simpan dalam peti ais(tempat beku)
  2. Biarkan 1 hari, ambik dan potong dua. Gunakan sebelah sahaja.
  3. Ambil dan gosokkan pada kulit muka selama 15 minit. Biarkan 1 jam kemudian cuci muka seperti biasa.

Ekstra tip : Buat setiap hari (seelokknya pagi). Kalau malas boleh buat 2 kali seminggu.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI