Kalau pergi kedai makan siam, tak sah kalau tak minta sambal belacan kan? Dah jadi satu pelengkap pula nak ada rasa pedas masam setiap suapan. gitu!
Haa yang mana rasa nak cuba sendiri masak di rumah sambal belacan macam tu, meh tengok resipi di bawah. Senang je rupanya! 5 minit pun tak sampai tau nak buat. acerrrr jom cuba!
Nampak sambal belacan kedai Siam cikgu lalu tak ni? Kalau nampak silalah komen.
Pertama kali cikgu post resepi sebelum tidur kat sini. Aha. Macam dah tak boleh tunggu pagi esok. Mata tak mengantuk sebab gembira siang tadi boleh buat sambal belacan macam makan dekat kedai Siam tu. Cikgu suka makan sambalnya sebab ngamm kalau oder nasi goreng atau set panas mesti mintak sambal belacan lebih cicah timun. Serius memang jadi.
Nah resepinya. Simpan baik-baik. Esok bangun pagi-pagi terus buat okay😆
Sambal Belacan Kedai Siam
Bahan & cara nak buat :-
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang merah (saiz besar)
– 1/4 nisse kecil/ sedikit gula melaka
– 1 labu kecil bawang putih jeruk
– 2 inci belacan
Ads
* kali ini bawang dan belacan cikgu tak bakar untuk mencipta kelainan rasa seperti makan di kedai Siam
Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 2 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 1/2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wonton ni asalnya snek yang dijual tepi jalan tapi sekarang dah jadi menu masakan di restoran. Wonton ni boleh makan macam tu je dengan sup atau dengan mee. Mee tu tak kira lah mee tarik ke mee kuning ke mee suhun ke.
Kalau wonton asli masakan China, inti wonton tu daging khinzir. Tapi orang Melayu kita pon kreatif, tukar inti tu dengan ayam atau udang. Wonton ni boleh digoreng jugak tau. Tesktur rangup dia tu sesuai jadikan snek atau hidangan sampingan dengan menu utama.
Sama ada sup atau goreng, wonton ni jadi penambah rasa dalam hidangan tau. Nak buat dia senang je walaupun bentuk dia macam susah je nak buat. Jom cuba buat sendiri di rumah!
1.Mula-Mula campur bahan inti kecuali kulit dumpling
2.Sedia kan kulit dan letak inti..sapu sedikit air keliling kulit dan bungkus ikut selera
3.Rebus sehingga ayam masak dan toskan..
4.Untuk kuah Tumis bawang putih..bila dah naik bau masukkan air..bila dah mendidih perasakan garam dan lada sulah
5.Sedia kan mangkuk letak dumpling dan tuang kuah sup..
6.Nak lagi sedap tabur sedikit emping cili..sedia untuk Di nikmati
Ketupat adalah hidangan yang wajib ada semasa hari raya. Ketupat adalah sejenis hidangan daripada beras atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk. Biasanya ketupat terdapat dua jenis menggunakan pulut atau nasi yang dibungkus dengan daun kelapa. Manakala ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas untuk membungkusnya.
Bukan mudah nak buat nak buat ketupat dengan mengunakan daun palas. Kini, dipasaran ketupat yang dibungkus dalam plastik dan dikukus dalam periuk biasa maupun periuk elektrik. Ketupat ketupat segera atau nasi himpit segera ini banyak dijual dipasaran. Namun, kita pastinya inginkan ketupat tradisional yang memberi aroma bau yang sungguh sedap bila menjamahnya.
Tidak dinafikan ketupat palas memang superb rasanya, tetapi sukar untuk membungkusnya membuatkan ramai yang kecewa. Menerusi facebook Hairul Hamid, tampil dengan ketupat yang dibungkus dengan daun pisang. Cara nak bungkus memang mudah. Malah beliau juga berkongsi cara memasak ketupat pulut dengan menggunakan daun pisang hanya mengunakan sukatan cawan.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
BAHAN-BAHAN:
Ketupat cara saya
Beras pulut – 4 cawan Santan – 2 biji kelapa Daun pandan – 1 helai Daun pisang – 1 Garam – Secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
– Rendam beras pulut 2 jam
– Kukus kan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan.
– Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.
– Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.
– Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.
– Ok siap dah.
– Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu
Selamat mencuba.
Kredit Resepi : Hairul Hamid
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak buat sambal tumis ni memang kena ilmu yang cukup cara penyediannya. Jika salah skill memang buat hilang selera. Sambal tumis ini kena sedap terutama sambal nasi lemak supaya rasanya wow!
Menarik perkongsian puan Rafiza Idayu mengenai cara memasak sambal tumis supaya menjadi lebih sedap. Malah resipi ini telah mendapat lebih 87K share.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Terdapat banyak versi resipi sambal tumis. Tetapi teknik memasak yang membezakan rasa dan tekstur sambal tersebut. Resipi ini diperolehi daripada seseorang yang berniaga nasi lemak di kampung. Hasil jualannya dapat membiayai anak anaknya hingga universiti.
BAHAN KISAR
1. 1 genggam lada kering direbus dan ditos 2. 3 ulas bawang putih 3. 1 inci halia
Kesemua bahan ini dikisar.
Dahulu saya kisar sekali dengan bawang besar tetapi menurut makcik tersebut untuk lebih sedap bawang besar perlu digoreng hingga naik bau.
BAWANG BESAR
2 biji bawang besar. (Sebiji saya hiris nipis dan sebiji saya hiris kasar)
Ini bawang besar yang diasingkan daripada bahan kisar.
MINYAK
Panaskan minyak masak.
Anggaran minyak masak lebih kurang setengah cawan. Memang masak sambal tumis minyaknya agak banyak.
Dulu saya suka masak guna minyak sedikit sahaja (konon konon nak jaga kolesterol). Sekali tengok assistant chef memasak di dapur sendiri guna minyak masak banyak… oh begitu ya…. untuk pastikan lada tersebut betul betul masak katanya.
TUMIS BAWANG
Apabila minyak betul betul panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi.
Tumis bawang besar hingga naik bau.
Nota :
Dulu saya tak tahu rupanya kena masak sampai naik bau sahaja. Yang saya masak sampai dah kuning macam nak garing.
Rupanya untuk melayukan sahaja. Nanti selepas dah siap, bawang merah itu akan hancur semasa proses menumis.
Kalau macam garing dia macam ‘tak jadi’ sebab dia akan keras dan macam meliat. Jadi bawang tersebut tidak akan hancur dan jadi macam bertali.
TIP TUMIS NAIK BAU
Macamana nak tahu bawang yang ditumis dah naik bau ?
Letak tangan atas kuali dan bawa angin yang terbebas semasa proses menumis rapat ke arah hidung kita.
Belajar belajar la bau bawang wangi digoreng bagaimana.
Ini pun belajar dengan assistant chef yang menguruskan salah sebuah restoran melayu di timur tengah.
Tips salah : Jangan bawa hidung ke gigi kuali, kalau terpercik minyak di muka..akak tak bertanggungjawap.
Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tadi.
BELACAN BAKAR
Wah, ini yang legend! Masukkan belacan bakar. Yang ini optional. Nak masuk boleh, tak masuk pun boleh.
TUMIS JADI LEBIH PEKAT
Kita teruskan proses menumis. Minyak tadi hampir kering diserap bahan kisar. Sebab itu kuantiti minyak perlu dilebihkan.
Tumisan bahan kisar akan menjadi lebih kental dan pekat. Kalau rasa macam kurang minyak, boleh tambahkan sedikit.
Saya masak guna api sederhana.
Proses menumis sambal tumis memang agak mengambil masa supaya ‘terbit minyak’ agar bahan kisar kita ditumis dengan betul betul masak.
TUMIS PECAH MINYAK
Proses terbit minyak aka pecah minyak.
Ini salah satu teknik yang penting. Memang kena masak sampai terbit minyak untuk menjadikan sambal tumis kita tahan lama dan sedap.
Apabila terbit minyak bermakna bahan kisar telah dimasak dengan betul.
GULA
Masukkan gula.
Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula.
Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai.
Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil). Stok habis, guna apa yang ada. Gula putih atau gula melaka pun boleh.
Tumis sebentar. Gula akan ‘caramelised’. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.
Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini.
Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air.
*air yang digunakan adalah air biasa. Saya goncangkan dalam blender sebab itu warnanya keruh
Masukkan ikan bilis. Ini pun banyak versi. Ada orang goreng dahulu. Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar. Ada orang goreng separa masak. Ada orang tak goreng.
Ok Ini saya cuba tak goreng sebab ada orang kongsi tips kata kalau ikan bilis berkualiti tinggi tak payah goreng supaya rasa ikan bilis tersebut enhance ke dalam sambal tumis.
AIR ASAM JAWA
Masukkan 3 sudu air asam jawa.
Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping.
Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph!
Masukkan garam secukupnya.
Biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra. Niatkan bahawa sedapkan masakan aku untuk keluargaku. Perkuatkan kasih sayang kami. Doa dalam bahasa masing masing lebih mudah. Insya allah, tuhan mendengar doa kita
Alhamdulillah. Cantik kejadian sambal tumis kita.
Sambal tumis ikan bilis.
*Tahukah anda, selepas seharian sambal tumis kita akan menjadi lebih sedap kerana bahan bahan lebih mesra.
Kebanyakan peniaga nasi lemak memang memasak sambal tumis sehari sebelum.
Siap stok seminggu. Lepas ini tinggal panaskan sahaja kalau nak masak. Boleh disimpan chill.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...