Semua orang sedia maklum, pengurusan masa yang baik pastinya akan menjadikan kehidupan seseorang itu lebih bermakna dan bermanfaat. Tidak keterlaluan jika dikatakan tanpa adanya perancangan dan jadual dalam kehidupan, pengisian masa seseorang itu akan berlalu begitu sahaja. Begitu juga halnya dalam menunuaikan ibadah, jika ada jadualnya tentu sahaja ibadah lebih mudah dibuat.
Berikut untuk mencapai matlamat untuk lebih konsisten dalam melakukan ibadah, apa kata ikuti jadual harian yang disediakan oleh ustaz Ismail Kamus ini yang dikongsikan di akaun fb Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Jom semak jadual ini.
JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS
1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
– Mandi dan ambil wuduk
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).
Lazimnya apabila kita membaca atau mendengar kisah hidup seseorang yang dahulunya susah, kemudian berjaya hidup mewah membuatkan kita rasa teruja dan terinspirasi. Begitu juga halnya, bila ada mengatakan rezeki seseorang semakin bertambah bila telah berkahwin.
Jika kita hayati kitaran hidup ini ramai antaranya akan pernah melalui kepayahan hidup, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah dan mencukupkan keperluannya.
Begitu juga ujian hidup yang pernah dilalui oleh Hairul Azreen. Pernah hidup susah dan kesenangan yang dikecapi hari ini bukan datang bergolek, penuh dengan usaha dan penat jerih.
Baru-baru ini melalui perkongsian Hairul Azreen menarik perhatian ramai apabila memuat naik video kenangan ketika dinobatkan sebagai juara Fear Factor Selebriti Malaysia.
Menurutnya ketika itu kereta Iswara miliknya hampir kena tarik kerana sudah 3 bulan tidak berbayar.
Perkongsian Hairul ini mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang mengatakan program tersebut menjadi titik tolak kehidupan pelakon itu berubah. Bahkan ramai yang berasa bangga dengan pencapain yang dikecapi oleh Hairul.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Tragedi Sungai Korok, keluarga teruskan perniagaan roti canai. “Kami akan teruskan perniagaan roti canai di Tanah Merah, Pendang yang baru diusahakan arwah dan suaminya sejak sebulan lalu sebab mereka susah payah cari tapak niaga,” Roswati Zainol, 52.
Tragedi meragut nyawa sepasang suami isteri selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam terusan di Sungai Korok, Jitra baru-baru ini meninggalkan luka mendalam buat ahli keluarga, khususnya ibu kepada arwah wanita berkenaan.
Roswati, ibu kepada Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, yang maut bersama suaminya, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, menyifatkan kehilangan mereka sebagai satu tamparan hebat buat seluruh keluarga.
Menurut Roswati, pasangan tersebut pernah menjalankan perniagaan roti canai berhampiran Hospital Lama Alor Setar namun terpaksa menukar lokasi berniaga disebabkan sambutan yang kurang memberangsangkan.
“Kebiasaannya, menantu saya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan akan singgah ke gerai sejurus selesai syif malam. Selepas itu barulah dia pulang, menukar pakaian dan uruskan anak-anak termasuk mengambil mereka dari sekolah,” katanya ketika ditemui.
Sebelum kejadian malang itu, tular satu video di media sosial memaparkan pasangan berkenaan yang gigih menjalankan perniagaan kecil demi menyara kehidupan. Video tersebut, dimuat naik di TikTok sekitar April tahun lalu, menyentuh hati netizen apabila tragedi menyayat hati itu berlaku.
Roswati berkata, anak sulungnya itu terkenal sebagai seorang yang rajin, ringan tulang dan sangat mengambil berat terhadap adik-beradiknya.
“Arwah selalu bantu adik-adik bila mereka susah. Bila dia pergi, memang terasa kehilangan sangat besar sampai kami semua rasa hilang semangat,” ujarnya sebak.
Tambahnya lagi, kereta Proton Iswara yang digunakan pasangan itu bukan sahaja untuk kegunaan harian, malah menjadi kenderaan utama dalam membantu mereka mencari rezeki.
“KAMI SEKELUARGA CUMA ADA MOTOSIKAL SAJA, JADI KERETA ITULAH YANG DIGUNAKAN UNTUK BERNIAGA. TAPI KERETA ITU TENGGELAM BERSAMA MEREKA DALAM TERUSAN… DAN KINI, SEMUANYA HANYA TINGGAL KENANGAN,” KATANYA PILU.
Menurut Roswati, sejak Nurul Hidayah mengandungkan anak kembar pada tahun lalu, mereka sekeluarga berpindah ke rumahnya bagi memudahkan urusan harian. Sepanjang itu juga, dia membantu menjaga cucu-cucunya termasuk menghantar empat daripada mereka ke sekolah setiap hari.
“Saya sempat jaga Tuah Haydar sejak lahir sampai umur enam bulan saja. Kembar dia, Jebat Haydar, dah meninggal dunia Februari lalu sebab masalah kesihatan.
“Sekarang ni Putri Qisya, cucu sulung saya yang berumur 12 tahun, masih belajar di tahun enam di SK Seberang Perak dan belum ada keputusan untuk pindah sekolah lagi,” katanya.
Roswati turut berkongsi bahawa Nurul Hidayah tidak pernah mengecewakan dirinya sepanjang hayatnya.
“Apa yang saya minta, walaupun lambat, dia tetap usahakan. Hari Jumaat sebelum kejadian mereka tak berniaga sebab kuah roti canai tak menjadi dan masa tu dia nampak murung. Saya pun kurang sihat hari tu… mungkin mereka terlalu penat dan mengantuk,” jelasnya lagi.
Ditanya mengenai penjagaan cucunya selepas ini, Roswati berkata keputusan sepenuhnya diserahkan kepada cucunya sendiri.
“Saya tak akan paksa. Kalau dia rasa selesa tinggal dengan saya, alhamdulillah. Tapi kalau dia nak bersama ibu saudaranya pun saya izinkan. Yang penting, biar dia buat keputusan dari hati, bukan sebab nak jaga hati orang lain,” katanya dengan nada tenang namun penuh kesayuan.
Kisah ini menjadi peringatan tentang kasih sayang yang tidak pernah pudar walau jasad sudah tiada. Semangat kental pasangan suami isteri ini dalam mencari rezeki dan kasih sayang seorang ibu yang terus kuat demi cucu-cucunya, benar-benar meruntun jiwa.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.