Bila pasangan saling cinta dan kasih sayang mendalam, apa jua permintaan pasti diikuti. Walaupun sudah lama berkahwin, manis cintanya kekal segar dalam hubungan suami isteri.
Baru- baru ini perkongsian oleh pelawak terkenal, Ajak Shiro telah mendapat perhatian netizen apabila berkongsi gambar baju tidur pemberian isteri tersayangnya.
Kapsyennya dan gelagatnya telah mencuit hati netizen. Ikuti perkongsiannya.
“Aku tak paham lah bini aku ni.. Yang aku tahu arnab terkeluar gigi. Asal aku pakai terkeluar perut. Beli online katanya. Cutting gegurl plak tu. @afifahamin . #belionline”
Jarang kita dapat lihat silaturahim yang harmoni di kalangan anak-anak yang bermadu. Biasanya kita hanya fokus kepada hubungan antara isteri-isteri sahaja.
Berbeza dengan keluarga besar Datuk Dr Zulkefli Mohamad yang cukup bahagia dan harmoni. Malah, ada keakraban antara anak-anak menyebabkan ada orang luar beranggapan mereka adalah kembar.
Namun, didikan yang baik oleh Datuk Dr Zulkifli serta isteri- isterinya membolehkan anak-anak sepakat dan sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain.
Malah, mereka yang menjadikan bapa sebagai pakar rujuk turut mencipta kejayaan dalam pelajaran. Tidak hairanlah tunjuk ajar dan bimbingan si ayah antara kunci kejayaan kepada empat adik beradik daripada empat emak berbeza pada Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kali ke-89 baru-baru ini.
Lebih manis apabila keempat-empat mereka iaitu, Juliana Aziera Zulkepli, 21, serta adik-adiknya, Ayu Shaheera, Zul Azril dan Zul Azrul merekodkan kejayaan yang cemerlang dengan menerima anugerah naib canselor dan diploma kelas pertama.
Juliana Aziera berkata, sekalipun tidak tinggal sebumbung namun mereka mempunyai hubungan yang rapat sama seperti adik beradik yang lain malah sering disalahanggap sebagai kembar kerana mereka seusia.
Katanya, sejak kecil, selain belajar di sekolah, mereka juga belajar di rumah bersama-sama dengan tunjuk ajar bapa mereka, Datuk Dr Zulkepli Mohamad.
“Kami berempat macam belangkas sejak kecil, belajar bersama-sama dan banyak menghabiskan masa bersama memandangkan kami sebaya dan banyak benda boleh dikongsi.
“Selain guru, papa yang banyak membantu kami dalam pelajaran. Dia yang jadi guru dan bantu kami di rumah malah sanggup pergi kelas semata-mata untuk bantu kami mengulangkaji pelajaran.
“Keadaan itu tetap sama sehinggalah kami menamatkan diploma perakaunan ini,” katanya.
Juliana Aziera dan Ayu Shaheera memilih untuk berehat seketika sambil bekerja di firma akauntan milik bapa mereka manakala Zul Azril dan Zul Azrul menyambung pengajian di peringkat ijazah.
Sementara itu, Zulkepli, 54 yang pernah menjadi tukang karut dikir barat dan dikenali sebagai Zul Wisma berkata, kejayaan anak-anaknya itu cukup bermakna buat keluarga besarnya dan berharap mereka akan menjadi contoh kepada adik beradik yang lain.
Menurut Pengerusi Eksekutif Zulkepli & Co. itu, selain hasil didikan guru di sekolah, kecemerlangan anak-anaknya turut didorong oleh kebahagiaan yang dipupuk dalam rumah tangga beliau.
Katanya, empat isterinya, Datin Hasnah Mat Ya, 59; Rafizah Senawi, 51; Nurida Razali, 51, serta Norreha Abdul Rahman, 48, amat rapat dan memahami antara satu sama lain.
Tambahnya, keakraban isteri-isterinya itu membolehkan kesemua 11 anak mereka turut membesar sebagai satu keluarga dalam suasana harmoni.
“Selain ilmu dunia, saya juga menekankan ilmu akhirat kepada anak-anak dan seluruh keluarga agar mereka berjaya dalam kedua-dua bidang dan sentiasa dekat dengan ALLAH.
“Sekalipun sibuk dengan tugas harian, saya akan pastikan anak-anak sentiasa dekat dengan saya.
“Anak-anak tidak pernah hadiri kelas tambahan di luar sebaliknya saya berusaha ajar mereka sendiri di rumah.
“Ia bukan sahaja membantu mereka cemerlang dalam pelajaran tetapi lebih penting mengeratkan hubungan antara kami semua,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang kata kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nak ajar anak kena bermula sejak mereka kecil lagi. Kalau dah besar agak sukar untuk berbuat demikian. Persekitaran dan gaya hidup masa kini banyak mempengaruhi anak-anak terutama dalam penggunaan gajet.
Selain itu, cara membesarkan anak lelaki dan perempuan tak sama. Ada pendekatan masing-masing. Saudara Taufiq berkongsi pandangan tentang aspek yang perlu ibu bapa ajar pada anak lelaki sebelum mereka menjadi remaja. Take note ye!
.
Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ni Secepatnya Sebelum Dia Menjadi Remaja
1. Ajar anak lelaki untuk jadi Respectful pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri – contohnya ajar anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, jaga nada suara terhadap adik beradiknya & berbuat baik dan lemah lembut pada semua wanita 2. Ajar anak lelaki untuk ada Sense Of Responsibility – ajar anak lelaki untuk simbah & cuci bila dah lepas hajat di tandas awam, cuci pinggan dan lap tumpahan air di meja makan, kutip sampah yang dia sengaja buang pun adalah salah satu latihan untuk bentuk Sense of Responsibility dalam diri anak
.
3. Ajar anak lelaki tentang Personal Hygiene & Cleanliness – banyak anak lelaki bertukar menjadi pengotor bila berjauhan dengan mak ayah contohnya di asrama. Rupanya kerana kita lupa nak ajar anak lelaki kita tentang disiplin menjaga personal hygiene & cleanliness – personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara berinstibra’ & berinstinjak. Antara ilmu istibra’ yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem & urut kemaluannya sebelum membasuh kencing
.
4. Ajar anak lelaki Coping Skills – coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke – Sebab kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, anak kita akan mudah terjebak dengan Coping Skills yang negatif. Coping Skills negatif ni contohnya adalah ambil dadah dan juga minum arak 5. Ajar anak lelaki tentang Empathy – bila tengok pasangan kita penat, cuba suruh anak kita tengok dan fahami kepenatan pasangan kita tu – amalkan dialog ni pada kita untuk asah Empathy anak kita “Adik, cuba tengok Mama tu. Penat kan dia lipat baju kita berdua kan? Nampak tak muka Mama dah redup dah tu jaga kita berdua tiap hari. Jom kita gi tolong Mama lipat baju nak? “ – bila anak kita dah mampu faham & rasakan emosi orang di sekelilingnya, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak kita. InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligencenya. Inilah yang kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi Tolong sangat ajar ilmu ni pada pasangan dan anak kita sendiri. Kongsi ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye sebab saya rasa masih ramai lagi mak ayah di luar sana belum tahu tentang ilmu ni
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menurut laporan dari KKM angka kematian telah mencecah kepada lapan orang setelah penambahan empat kes yang direkodkan pada petang lalu.
Sudah tentu ahli keluarga sedang berduka kala kehilangan ahli keluarga tersayang. Lebih lagi menyedihkan apabila mereka tidak dapat menatap wajah insan tersayang buat kali terakhir sebelum jasad dikebumikan.
Begitulah yang dirasakan oleh seorang salah seorang anak seorang jenazah antara kes kematian COVID-19.
Syira yang kehilangan bapa tersayang akibat meluahkan rasa hati dilaman sosialnya.
Sebak baca perkongsiannya.
“Doktor kata ayah pergi dalam keadaan tenang.”
“Kami tidak dapat menguruskan jenazah ayah.”
Seperti yang dimaklumkan , kami tidak dapat menguruskan jenazah ayah. Saya dan kakak tidak dibenarkan keluar hospital. Hanya doa di kejauhan. Adik akan berada di Bahagian Forensik Hospital
Lega bila tahu ayah pergi dalam keadaan yang tenang sangat. Alhamdulillah Ya Allah.
Rehatlah ayah. No one can replace you. Terima kasih sebab jadi ayah yang baik dan suami yg baik untuk umi. A hand i first time held, would be my last time to hold.Ayah in a better place now.
We love you Ayah, but Allah loves you more
Takziah kepada ahli keluarga.
Kami difahamkan melalui perkongsian sekawanbunga, gadis ini didakwa turut dijangkiti wabak ini.
Kepada adik Syira semoga terus diberikan kesihatan dan disisihkan segera dari jangkitan wabak ini. Amin.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.