Ni Resipi Masak Cencaru Sumbat & Ada Rahsia Rupanya Nak Bersihkan Minyak Gorengan!
Jika beli ikan cencaru, rasa-rasanya menu apa yang enak dimasak ye? Mungkin ada yang kata ikan cencaru sedap dimasak goreng berlada, atau tidak pun buat masak kicap, paling mudah, goreng begitu sahaja.
Namun tidak kurang juga tentu ramai yang suka jika ikan cencaru dimasak Cencaru Sumbat Sambal Portugis. Jadi apa kata hari ini kita layan selera dengan menikmati cencaru sumbat seperti yang dikongsikan oleh Una Husna.
Resepi Cencaru sumbat Sambal Portugis cara MamaUna
Ikan cencaru. Belah belakang bersih dan toskan.
Gaul garam kunyit dan ketepikan dulu.
Bahan-bahan sambal
Daun kesum-diracik-racik
Bunga kantan- hiris nipis
15biji Limau kasturi/cuit(perah amil air)
Gula
Garam
Ads
Secukup rasa
Aji (ikot masing-masing)
*1biji bawang besar
* 3 biji bawang kecil
*3 biji bawang putih
*Sedikit belacan
*1biji Tomato
*15 tangkai Cili kering direbus
Ads
*3 cili besar hijau
*10 cili api
Cara masak
1.Kisar semua bahan bertanda*
2.Tumis semua bahan diblend tadi dengan minyak sehingga naik bau dan pecah minyak.
3.Bila sambal sudah masak, masukkan air asam limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum.
4.Kacau sebati kemudian masukkan garam, gula, secukup rasa kalau nak letak aji boleh jugak.
Ads
5.Kacau-kacau lagi dan rasakan.
6.Bila sudah pekat tuutp api.
7.Dan masukkan dalam cencaru tadi belah belakang sumbat sambal tadi.
8.Goreng dengan garing.
9.Angkat dan boleh letak lagi sambal tadi dan tuangkan minyak ikan goreng tadi.
Siap untuk dimakan.
Buat anda yang biasa menyediakan menu ini tentu anda perasan bahawa ketika menggoreng ikan, minyak mudah bertukar warna gelap.
Kadang-kadang untuk goreng ikan seterusnya kita terpaksa pula tukar minyak baru.
Pun begitu sebenarnya ada petua untuk jimatkan minyak dan tak payah tukar minyak baru. Ini seperti yang dikongsikan oleh Ariza Kak Chik.
Caranya mudah iaitu dengan menggunakan 3-4 sudu besar tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kemudian tuang air tepung jagung tersebut ke dalam minyak yang hitam tadi. Nanti minyak akan jernih semula dan dapatlah goreng ikan yang seterusnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebut sahaja ayam percik, tentu ada yang sudah dapat membayangkan betapa enaknya rasa ayam bersama kuah percik yang dibakar dengan arang. Keaslian rasanya cukup istimewa dan tidak dinafikan ayam percik yang dibakar bukan sahaja berbeza rasanya malah aroma ketika dibakar sudah cukup membuatkan sesiapa yang ada di sekitar kawasan membakar ayam berasa tidak sabar untuk menikmati hidangan yang cukup menyelerakan itu.
Namun apa yang menjadi kesukaran bila teringin hendak sediakan ayam percik dengan rasa yang enak dan beraroma namun tiada pula ruang untuk membakar, Puan Nor ‘Aini Muhaimin ada cara untuk selesaikannya.
Menurutnya, ada cara untuk membakar menggunakan dapur gas namun menggunakan arang. Menarik bunyinya bukan? Jadi jom kita lihat perkongsiannya dan bolehlah diguna pakai untuk yang teringin sangat menikmati ayam percik yang dibakar dengan arang.
Ini perkongsiannya;
“Ayam percik kelantan harini. Ini cara saya bakar ayam atas dapur gas tapi guna arang. Dapur tidak kotor dan ayam pun bau arang.”
Bahan-bahan yang diperlukan ketika membakar
Kuali lama
Arang
“Saya guna kuali yang sudah lama dan tidak digunakan. Bara arang tu saya buat dahulu.. bila arang dah jadi bara, saya masukkan dalam kuali. Api gas tu tujuannya untuk memanaskan lagi arang yang belum jadi bara dan untuk memaksimumkan kepanasan bara.
Bila semua arang sudah jadi bara, boleh la tutup api gas tu. Abu bara tu tak bersepah-sepah sebab ianya berkumpul dalam kuali tu je.
Resepi kuah percik:
Bawang besar 3 biji*
Bawang putih 5 ulas*
Lada kering*
Sedikit belacan*
Halia*
Ketumbar 2 sudu*
Asam keping sekeping
Santan KARA 2 kotak
Cara penyediaan :
1. Blender semua bahan bertanda * dan kemudian masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan santan, garam gula dan asam keping.
3. Sentiasa kacau supaya tak berketul-ketul. Bila sudah pekat, tutup api.
Apabila menyentuh mengenai menu seisi keluarga, tentu pening kepala dibuatnya. Mana taknya perlu memikirkan menu yang membuatkan suami dan anak-anak berselera menjamu hidangan. Selain masakan jenis berkuah dan kukus, menu yang ringkas seperti ikan atau telur masin pastinya menjadi menu penambah selera.
Namun, jika sering menjadi hidangan keluarga, ia sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan keluarga. Ikuti sebagaimana perkongsian Saintis MARDI, Dr Suri Roowi yang menjelaskan sebabnya.
PENGGEMAR IKAN MASIN, TELUR MASIN, SAYUR JERUK – AWAS !
Kajian menunjukkan seseorang akan terdedah kepada risiko kanser perut dan esofagus jika kerap memakan sayur-sayuran jeruk dan makanan masin seperti ikan masin, telur masin, sayur masin dan daging masin dan menggambilnya pada kadar tinggi
Kajian oleh Saintis Korea ke atas lebih daripada 2 juta orang pula mendapati diet tinggi garam meningkatkan risiko kanser perut sebanyak 10 peratus
Pada tahun 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyatakan pengambilan makanan tinggi garam pada kuantiti yang tinggi mungkin tingkatkan risiko kanser perut
Kanser perut disebabkan oleh jangkitan bakteria Helicobacter pylori, banyak makan makanan tinggi garam, nitrit, merokok, alkohol, obesiti, radiasi dan faktor genetik.
Budu juga tinggi kandungan garam. Walaubagaimanapun, terdapat kajian menunjukkan budu boleh bertindak sebagai anti kanser. Tetapi, tidak boleh diambil berlebihan
Pengambilan garam berlebihan juga mengundang risiko darah tinggi
Makan ikut kadarnya dan banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar !
Rujukan a. World J Gastroenterol 2009 May 14; 15(18): 2204-2213 b. British Journal of Cancer (2009) 101, 1641 – 1647 c. Howard Wolinsky & American Journal of Clinical Nutrition, online March 10, 2010 d. Acad Sci. 1010: 399–404. doi:10.1196/annals.1299.073
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rasa jeruk cili yang pedas-pedas manis, masam dan menyengat serta ditambah keranggupan rasa ketika mengunyah cili jeruk menjadikan ianya cukup sempurna.
Selain cili padi, ada juga antara kita gemarkan jeruk cili hijau untuk dimakan bersama bihun goreng, Char Kue Tiaw mahu pun Mi Goreng. Tak lengkap kalau tak ada cili jeruk kan?
Admin kongsikan cara buat nya, mudah tapi sedap. Inilah cara yang dikongsikan oleh saudara Lebai Kudin.
Jeruk Cili Rangup Sedap Tahan Lama:
1. Petik cili kat tepi rumah, cuci dan keringkan.
2. Guna botol kaca 250ml atau 300ml.
3. Isikan 1/4 cuka makan, 1/4 air panas mendidih, 3 sudu makan gula dan 1 sudu teh garam.
4. Kacau dan biarkan sejuk dalam suhu bilik.
5. Penuhkan botol dengan cili.
6. Simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga 6 bulan.
7. Guna untuk masak tumis, buat sambal belacan dan sebagai ulam.
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.