Hal penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita secara tradisionalnya memang pelbagai dan lazim didengar dan diamalkan di kalangan kita hingga hari ini. Selain petua ini mudah untuk dipraktikkan, tidak dinafikan kos penyediaan bahannya juga cukup murah dan berbaloi dengan kesan atau manfaat yang dirasai oleh si pengamal tersebut.
Sebagaimana maklum, penggunaan bahan-bahan makanan seperti halia, kunyit, halba, madu dan sebagainya itu menjadi antara ramuan popular yang sering digunakan di dalam penjagaan kecantikan dan kesihatan. Bertepatan dengan khasiat yang luar biasa daripada makanan-makanan tersebut memberikan tindak balas positif pada tubuh sama ada bab kesihatan mahu pun kecantikan.
Diakui dengan mengamalkan petua-petua ini ada kebaikannya jika serasi. Ini sebagaimana yang diamalkan oleh Kak Esah Lah untuk penjagaan kecantikan dalaman dan luarannya iaitu dengan minum air herba buatannya sendiri.
Menurutnya, “ Nak cantik, nak sihat dalaman tak perlu belanja mahal-mahal. Yang penting kena rajin. Ni la yang Kak Esah dok amal tiap kali lepas period untuk pulihkan kembali sistem-sistem dalaman kita orang perempuan ni. Tak susah pun, guna ja apa yang ada kat dapur tu.
“Halia,kunyit,halba,asam keping n madu ja. Kalau ada manjakani boleh masuk sekali..Ni Kak Esah tak masuk sebab stok manjakani kat umah dah habis. Masuk air penuh periuk,rebus sampai tinggal setengah.
“Simpan dalam peti ais amal minum tiap-tiap malam sampai habis. Perut pun boleh kempis!”
Ads
Bahan-bahan:
Halia
Ads
Kunyit
Halba
Asam keping
Ads
Madu
Cara buat :
Masukkan air seperiuk, dan rebus sehingga menjadi setengah periuk.
Sedia untuk diminum setelah suam.
Selebihnya simpan di dalam peti sejuk. Minum setiap hari sehingga habis.
Sumber : Kak Esah Lah Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buah labu yang sering dijadikan bahan dalam kuah lemak dan juga kuih muih ini mempunyai khasiat yang cukup baik terutama bagi ibu hamil.
Jika anda kini sedang hamil, jadikan buah labu antara buah kesukaan anda sepanjang hamil. Ia mengandungi asid folik yang baik dimakan semasa hamil bagi mencegah kecacatan bayi sejak lahir.
Maka, tidak hairan juga labu kuning sering digunakan sebagai makanan pelengkap bagi ibu yang menyusukan anak. Mari lihat khasiat labu kuning yang lain supaya boleh dimanfaatkan.
1. Banyak kandungan nutrisi
Memetik dari Food Data Central U.S. Department of Agriculture (USDA), dalam 100 gram kandungan nutrisi labu kuning terdiri daripada:
Selain khasiat di atas, terdapat beberapa vitamin dan mineral lain yang terkandung dalam labu. Berkat kandungan labu kuning, sayur ini dapat memenuhi keperluan nutrisi harian.
2. Mencegah kecacatan tiub neural
Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terbelah), adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural.
Labu kuning mengandungi asid folik yang baik untuk dimakan semasa hamil. Folat adalah nutrien yang terlibat dalam pembahagian sel dan sintesis DNA. Ini boleh membantu mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi yang baru lahir. Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengambil labu untuk wanita hamil.
3. Menurunkan risiko kanser
Apabila anda makan labu kuning, beta-karoten atau fitokimia dalam buah tersebut akan diubah menjadi vitamin A. Kandungan ini boleh membantu mencegah perkembangan beberapa jenis kanser. Dipetik daripada Maturitas, makanan yang kaya dengan fitokimia telah dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser, termasuk kanser payudara dan prostat.
4. Menyihatkan mata
Tubuh memerlukan vitamin A untuk menyokong kesihatan mata. Mengambil labu kuning yang kaya dengan vitamin A, adalah pilihan terbaik bagi seseorang yang berisiko mengalami degenerasi makula yang berkaitan dengan usia.
Malah, labu kuning juga kaya dengan vitamin C. Apabila seseorang mendapat vitamin C daripada makanan, ini boleh mengurangkan risiko terkena katarak.
5. Mencegah GERD
Khasiat labu kuning untuk perut juga boleh membantu mencegah refluks asid atau GERD kerana mengandungi serat. Serat yang tidak larut dalam labu boleh mempercepatkan kadar makanan dari perut ke usus dan sekali gus, mengurangkan kejadian GERD.
6. Indeks glisemik rendah
Khasiat labu sangat bagus untuk penghidap diabetes. Hal ini kerana, labu kuning mempunyai kalori dan indeks glikemik yang rendah, jadi membantu mengekalkan paras gula dalam darah daripada melonjak.
7. Meningkatkan kesihatan kulit
Kandungan antioksidan seperti beta-karoten dan lutein dalam labu kuning juga terbukti bermanfaat untuk kesihatan kulit. Ini kerana antioksidan berperanan dalam mencegah pengoksidaan dan keradangan sel kulit.
Ia sudah tentu boleh melindungi kulit daripada kerosakan, tanda-tanda penuaan dan pertumbuhan kanser kulit.
8. Menurunkan berat badan
Biarpun kalori labu cenderung rendah, makanan ini kaya dengan nutrien. Oleh itu, ramai orang manfaatkan labu kuning untuk menurunkan berat badan. Kandungan serat dalam buah-buahan ini boleh membuatkan berasa kenyang lebih lama, seterusnya menghalang peningkatan selera makan.
9. Sumber vitamin C
Pengambilan vitamin C yang mencukupi terbukti dapat meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Ia boleh membantu sel-sel imun berfungsi dengan lebih berkesan. Di mana, labu kuning mengandungi banyak vitamin C, yang membantu mengekalkan imuniti dan kesihatan badan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Dulu, pantang anak-anak sakit demam mulalah resah si ibu menjaga permata hati tidak kira siang dan malam. Bila anak dah meningkat dewasa, jadi tugas anak pula menjaga orang tua seperti mana mereka menjaga waktu kecil dulu.
Bagi yang mengenali dan mengikuti chef selebriti, Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail pasti tahu individu yang lebih dikenali sebagai Chef Wan ini tinggal bersama ibunya, Noraini Abdullah yang juga kini mengalami dementia serta disahkan menghidap kanser payudara.
Tidak dinafikan bukan mudah untuk menjaga orang tua terutama apabila menguruskan bab yang berkaitan dengan kesihatan. Pujian harus diberikan pada Chef Wan kerana beliau sabar dan sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan baik menjaga ibunya yang kini sudah berusia 90 tahun dan lebih mesra dipanggil Cik Ani.
Baru-baru ini, Chef Wan mendedahkan beliau telah menerima tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program televisyen berkaitan kulinari dan travelog di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Chef Wan berpendapat program bagi rancangan-rancangan tersebut memerlukan komitmen dan waktu yang agak panjang untuk tempoh penggambaran.
“Pihak pengarah sebuah stesen tv berbayar mahukan saya mengacarakan program 22 episod dan disiarkan pada bulan Ramadan. Mereka memerlukan waktu saya selama enam minggu, Januari hingga Februari untuk menjelajah dalam satu negeri sahaja. Pihak penaja mahukan saya juga sebab sudah hampir tiga tahun saya tidak menjadi hos untuk program hari raya.
“Beberapa hari kemudian, datang pula satu lagi tawaran. Mereka mahukan saya muncul di sebuah program komedi travelog di Jepun. Mereka perlukan dua minggu waktu saya untuk lapan episod. Ketika itu saya tidak berikan sebarang jawapan sebab saya masih perlu menyemak jadual,” tulisnya di bahagian kapsyen perkongsian tersebut.
Bagaimanapun, Chef Wan berat hati untuk menerima tawaran tersebut selepas mengetahui perkembangan terkini mengenai penyakit kanser payudara ibu yang semakin merebak, beliau keberatan untuk berjauhan lama dengan ibunya.
“Saya asyik terfikir macam manalah hendak menjelajah ke tengah Asia. Untuk merakamkan program ini sahaja memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat minggu. Dua hari lepas, saya baru diberitahu yang penyakit kanser ibu saya sudah semakin merebak. Saya terpaksa membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran-tawaran tersebut,” jelasnya lagi.
Dalam masa sama, Chef Wan memuji sikap pihak penerbit kerana bersetuju untuk menangguhkan penggambaran program pada bulan yang lain.
“Bayangkan kalau saya ke luar negara dan ibu saya jatuh sakit, macam manalah saya boleh senang hati hendak bekerja bukan? Jika lokasi dekat, satu jam atau dua jam penerbangan, bolehlah balik. Jadi, saya fikir, keputusan yang terbaik adalah untuk tidak mengacarakan program tersebut demi menjaga ibu saya.
“Saya juga minta pihak stesen tv tersebut untuk menangguhkan siri jelajah saya ke bulan Mei atau Jun. Mereka bersetuju. Alhamdulillah.” tambahnya.
“Ibu kita ni la satu2nya…Duit bila2 boleh cari jika rajin dan berkemampuan tetapi my time and precious moment with my mom can never be bought again.😔😔”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan yang dilakukan oleh Chef Wan dalam keikhlasan beliau menjaga ibunya.
Bulan puasa ini, selain bau mulut ada lagi satu masalah iaitu bibir kering akibat kekurangan air. Mungkin ramai yang tidak tahu kegunaan berus gigi selain membersihkan gigi. Memetik laman Lifehacker, cara paling mudah dan efisien untuk skrub bibir anda adalah menggunakan berus gigi! Ya cara ini dikatakan sangat berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada bibir.
Jadi, takkan ada lagi masalah bibir kering, tapi pastikan anda memberus dengan lembut supaya tidak menyebabkan bibir anda terluka. Jom semak bagaimana caranya.
Caranya:
1. Sapukan lip balm atau Vaseline pada berus gigi.
2. Gosok pada bibir anda dengan lembut.
3. Bilas dengan air suam dan lapkan dengan tuala.
4. Lakukan 2 kali seminggu agar bibir tampil lebih lembut, cerah dan juga mungil.
5. Selain Vaseline, anda boleh menggunakan campuran gula dan juga madu untuk memberus bibir anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di