Tentunya ada dikalangan kita yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini. Pun begitu, jika anda di dalam golongan B40, M40,T20 dan usahawan Perniagaan Mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), anda boleh membuat permohonan moratorium secara automatik melalui bank-bank yang telah memberikan pinjaman kepada anda mulai 1 Jun yang lalu.
Namun jika masih ada yang belum berbuat demikian, di sini dikongsikan info untuk anda dapat semak kategori yang layak mendapatkan bantuan moratorium tersebut.
KATEGORI LAYAK MORATORIUM AUTOMATIK PKP 3.0
Terdapat 3 kategori iaitu :-
Ads
Kehilangan pekerjaan (b40,M40 dan T20)
B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Pengurangan pendapatan (semua peminjam) termasuk gaji, elaun, komisyen dan pendapatan isi rumah.
Walaupun moratorium adalah secara automatik bagi mereka yang layak, pun begitu anda masih boleh menghubungi pihak bank masing-masing untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.
Ads
Dan di sini disenaraikan antara 10 bank & link untuk permohonan Moratorium Automatik PKP 3.0 untuk memudahkan anda.
Melihat kemesraan pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari, ramai yang menganggap rumah tangga mereka sentiasa indah tanpa sebarang cabaran. Namun hakikatnya, seperti pasangan suami isteri lain, perjalanan perkahwinan mereka juga ada pasang surutnya.
Bagi Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Mahadzir, pengalaman melayari alam rumah tangga selama 14 tahun banyak mengajarnya tentang erti saling memahami, menerima kekurangan dan terus menyesuaikan diri dengan perubahan pasangan.
Menurut Scha, jika dahulu dia percaya komunikasi adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah, kini pandangannya sedikit berubah. Bukan komunikasi itu tidak penting, tetapi selepas bertahun-tahun bersama Awal, dia mula sedar bahawa memahami keperluan emosi pasangan juga sama penting.
“Kalau dulu orang tanya macam mana saya dan Awal selesaikan masalah, saya akan cakap komunikasi.
“Dulu saya akan terus berdepan dan ajak berbincang. Tapi bila sudah lama bersama Awal, saya faham itu bukan cara yang dia perlukan.
“Dia lebih suka menyendiri dahulu untuk tenangkan diri.
“Jadi saya belajar untuk tunggu dan beri ruang kepada dia. Kadang-kadang saya sendiri pelik macam mana saya boleh ubah pendirian,” katanya.
Scha Alyahya berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis eksklusif memperkenalkan karya arahan Syed Fariz berjudul 5 Bomoh di Hemisfera Luxury Sky Hall, Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, pelakon drama Awan Dania itu berkata, dalam rumah tangga, komunikasi sahaja tidak mencukupi sekiranya suami isteri tidak benar-benar memahami apa yang diperlukan oleh pasangan masing-masing.
“Saya jenis suka bercakap supaya tidak simpan benda yang bukan-bukan. Tapi bila sudah lama bersama, saya sedar ia bukan soal komunikasi semata-mata, sebaliknya pemahaman.
“Kalau kita berkomunikasi tetapi tidak faham apa pasangan perlukan, ia tetap tidak membantu. Jadi lebih penting untuk kita memahami kehendak dan emosi pasangan,” ujarnya.
Bagi Scha, tempoh perkahwinan yang panjang bukan bermakna seseorang itu sudah mengenali pasangan sepenuhnya. Sebaliknya, suami isteri tetap perlu terus belajar kerana manusia boleh berubah mengikut masa, keadaan dan fasa kehidupan.
“Itu sebab saya tulis kami masih ‘fighting’. Tidak ada rumah tangga yang sentiasa indah, pasti ada turun naiknya.
“Kadang-kadang kita rasa sudah kenal pasangan sepenuhnya, tapi sebenarnya tidak kerana manusia berubah setiap hari dan setiap tahun.
“Jadi kita kena belajar menyesuaikan diri dengan perubahan itu. Kalau tidak faham, kena bertanya dan jangan pendam,” katanya lagi.
Perkongsian Scha Alyahya ini cukup dekat dengan realiti kehidupan berumah tangga. Ada pasangan yang lebih selesa menyelesaikan masalah dengan berbincang segera, namun ada juga yang memerlukan masa untuk bertenang sebelum mampu bercakap dengan lebih baik.
Dalam hal ini, sikap memberi ruang bukan bermaksud menjauhkan diri, tetapi satu bentuk kasih sayang apabila seseorang itu cuba memahami cara pasangan menguruskan emosi.
Bagi suami isteri, setiap konflik tidak seharusnya dilihat sebagai tanda hubungan semakin renggang. Sebaliknya, ia boleh menjadi peluang untuk lebih mengenali pasangan, memperbaiki komunikasi dan menguatkan lagi ikatan yang dibina.
Tidak dinafikan, rumah tangga yang bahagia bukan terbina hanya dengan cinta semata-mata. Ia memerlukan kesabaran, tolak ansur, rasa hormat dan keinginan untuk terus memilih pasangan yang sama setiap hari.
Apa yang dikongsikan Scha menjadi peringatan bahawa perkahwinan adalah satu proses pembelajaran yang tidak pernah berhenti. Walaupun sudah bertahun-tahun bersama, tetap ada perkara baharu tentang pasangan yang perlu difahami.
Terdahulu, Scha dan Awal meraikan ulang tahun perkahwinan ke-14 selepas mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Lara Alana dan Lila Amina.
Semoga perkongsian Scha Alyahya ini menjadi inspirasi buat pasangan suami isteri di luar sana. Tiada rumah tangga yang sempurna sepanjang masa, namun selagi ada usaha untuk memahami, bertolak ansur dan tidak mudah berputus asa, insya-Allah hubungan yang dibina akan terus kuat menempuh pasang surut kehidupan.
Buat kita yang biasa menanam pokok di dalam pasu mesti sudah biasa dengan campuran tanah yang perlu digunakan untuk pastikan pokok dapat hidup dengan subur. Maklumlah jika tanah yang digunakan tidak sesuai dan kurang berkualiti, hasilnya tanaman juga tidak menjadi elok.
Salah satu yang biasa dan kerap digunakan dalam campuran tanah adalah cocopeat atau sabut kelapa. Ia kerap digunakan kerana ada beberapa ciri yang menjadikannya istimewa antaranya kos yang rendah, bebas dari penyakit tanah dan yang penting sifat cocopeat ini mampu memegang air dengan baik.
Meskipun cocopeat ini mudah didapati di nursery tapi tahukah anda sebenarnya anda juga boleh hasilkan sendiri ini seperti mana yang dikongsikan oleh Razak Adom di group facebook Berkebun D Rumah.
Buat Sendiri Cocopeat
Sesiapa yang ingin buat cocopeat ini sesuai untuk yang berani, sukakan cabaran dan DIY. Tidak sesuai kepada yang penakut dan mudah melatah.
Bagi sahabat-sahabat yang banyak kelapa atau sabut di rumah, boleh lah cuba. Daripada sabut tu dibakar, lebih baik dimanfaatkan. Memang cocopeat tak mahal sangat pun, saya cuma berkongsi idea untuk manfaatkan sember yang ada.
Langkah 1 : Rendam sabut dalam 10-20 minit, supaya sabut dalam keadaan sedikit basah. Tujuannya supaya leraian sabut nanti lebih berat dan kurang beterbangan.
Langkah 2 : Potong sabut bersaiz 3-4 jari
Langkah 3 : Potong-potong melintang dengan grinder mata pemotong besi, hingga ke kulit keras. Tujuannya untuk memotong sabut kasar supaya tidak bergumpal nanti. Dan memudahkan kerja memesin.
Langkah 4 : Pegang sabut dengan kemas. Tarahlah sabut dengan mesin kukur kelapa. (Jangan gunakan mata baru, kerana matanya masih kasar, sabut mudah terpelanting)
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bulan Mac yang lalu, pasangan selebriti Syamsul Yusoff dan Puteri Sarah telah menimang cahaya mata kedua mereka.
Bayi perempuan yang diberi nama yang cukup indah dan sedap maknanya iaitu Sumayyah binti Mohd Syamsul. Sebelum ini, pasangan tersebut telah mempunyai seorang anak lelaki bernama Syaikhul Islam.
Baru-baru ini, Syamsul Yusoff menerusi laman instagramnya ada memuat naik gambar terbaru anak-anaknya. Perkongsian tersebut mendapat maklum balas daripada netizen, rata-rata memuji wajah comel dan segak anak pasangan tersebut.
Malah ramai mengakui anak kedua pasangan ini mirip Syamsul Yusoff. Tak kurang juga yang mengatakan Sumayyah adalah kombinasi wajah Puteri Sarah dan juga Yusoff.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.