Menggunakan ruang laman dengan cara yang bermanfaat boleh juga dilakukan dengan menanam pokok jagung.
Memandangkan menanam jagung bukanlah suatu kerja yang sukar, ini sebagaimana perkongsian En Azuan Abdullah.Menurutnya anaknya yang berusia 5 tahun juga boleh lakukannya.
Untuk yang baru ingin mencuba, jom baca perkongsian ini.
“12 Steps Paling Mudah Tanam Jagung Tepi Rumah”
Minggu lepas saya kutip jagung yang ditanam oleh Muhammad Aqeel. Aqeel anak kedua saya, usia baru 5 tahun.
Aqeel tanam tak banyak, hanya 4 point sahaja. 1 point 2 biji benih. Tanam biji terus di dalam petak tanaman.
Hanya 5 pokok yang hidup. Walaupun 5 pokok, hasilnya sangat ohsem. Dapat 8 tongkol. Ada 3 pokok yang hasilkan 2 tongkol buah jagung. Yang paling bestnya, semua 8 tongkol tu gred A dan isi ketat – ketat.
Aqeel tukang tanam je ya. Bila dah tumbuh, abahnya yang tolong jaga.
Ads
Baik ini tipsnya.
1. Tanam dalam petak tanaman guna tanah campuran. Nisbahnya 2 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian organik.
2. Tanam biji jagung secara terus. 2 biji benih untuk 1 point. Caranya tekankan biji benih hingga tenggelam lebih kurang 1 inci. Siram dengan sedikit air untuk lembabkan media. Aqeel tanam 4 point.
3. Semua benih (8 pokok) mula bercambah selepas 3 – 5 hari lepas tanam. Hanya 5 pokok sahaja yang nampak sihat, yang bakinya saya cabut. Ini salah satu kekurangan bila tanam secara terus.
4. Bila anak benih dah tumbuh, siram dengan air kosong setiap hari. Anggaran kuantitinya antara 200 – 500 ml setiap point.
Ads
5. Umur 10 hari dah boleh start siram air baja. Saya guna kaedah siraman. Guna larutan baja subur NPK Larut Air 18.18.18 + Mikro dengan kepekatan 2.0 mS. Siram lebih kurang 500 ml satu point.
6. Ulang langkah no 5 dua kali seminggu hingga pokok berusia 20 hari. Hari yang tak siram baja, perlu siram dengan air kosong paling kurang 1 kali sehari.
7. Kawalan serangga dan kulat juga perlu dibuat bermula umur pokok 10 hari. Saya guna racun organik buatan sendiri (bio pesticid + cuka kayu). Eloknya sembur pada awal pagi.
8. Ulang langkah no 7 dua kali seminggu hingga hasil boleh tuai. Kadang – kadang tu, seminggu sekali pun ada saya sembur.
9. Bila pokok umur 21 hari, siram 2 kali seminggu dengan air baja subur. 1 liter 1 point pada kepekatan 2.0 mS. Siram air kosong pada hari yang kita tidak siram air baja.
Ads
10. Ulang langkah no 9 hingga pokok berumur 30 hari.
11. Bila pokok berusia 31 hari, siram dengan baja strong @ NPK larut air 12.12.36 + mikro dua kali seminggu. 1 – 2 liter 1 point pada kepekatan 2.5 mS.
12. Ulang langkah no 11 hingga pokok dah boleh tuai. Biasanya antara 63 – 70 hari lepas tanam.
Kaedah ini saya telah uji tanam berkali – kali. Ada yang ditanam dalam pasu, tanam dalam tong cat dan ada juga tanam dalam tayar. Alhamdulillah hasilnya saya sangat puas hati, buah semua gred A dan isi pun penuh.
Paling seronok dan puas bila dapat makan hasil fresh yang kita tanam sendiri. Bukan setakat segar, malah cantik dan tiada serangan perosak serta 100% bebas racun kimia.
sumber : Azuan Abdullah Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum mengetahui Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah seorang yang sangat gemar memasak dan ‘beraksi’ di dapur istana. Malah, baginda kerap memuat naik perkongsian menu masakan di laman Instagramnya.
Jika anda mengikutinya di laman Instagram @airtangan_tunkuazizah yang mempunyai hampir 1 juta pengikut (followers) itu, pasti skrin telefon anda akan ‘disajikan’ dengan pelbagai menu masakan yang dimasak oleh Seri Paduka Baginda Tunku sendiri.
Menariknya, baru-baru ini Tunku Raja Permaisuri ada berkongsi sebuah buku resipi hasil nukilannya, namun yang lebih menjadi perhatian adalah semua isi kandungannya ditulis dengan tulisan tangannya sendiri.
Dikatakan segalanya terinspirasi daripada buku resipi yang dimiliki atas nama Duli Yang Maha Mulia Allahyarhamah Tengku Ampuan Rahimah, iaitu Tengku Ampuan Selangor.
Menurut baginda lagi, buku resipi hasil tulisan tangannya itu dibuat kerana mahu memastikan ia menjadi warisan keluarga.
“Kenapa saya menulis resipi (dengan tulisan tangan) dan bukan dengan menaip di komputer adalah kerana saya mahu mewariskan resipi ini sebagai legasi saya; tulisan tangan.
“Seperti yang Almarhumah Tengku Ampuan Rahimah Selangor pernah buat dulu..Betapa cantiknya tulisan tangannya dan betapa hebatnya juga Baginda memasak! Al-Fatihah!” katanya dalam perkongsian tersebut.
Di bawah ini adalah beberapa halaman muka surat yang mengandungi resipi masakan dalam buku resipi warisan tersebut.
Terdapat banyak nama resipi yang unik dan menghiburkan hati, antaranya Melting Moments (nombor 37), Mee Hasnah (60) dan Ikan Bilis Maziah (92).
Beberapa hari kebelakangan ini Baginda Tunku Azizah sering berkongsi halaman resipi-resipi dalam buku tersebut ke Instagramnya.
Bagaimanapun, ada satu jenis resipi yang menjadi perhatian warganet iaitu menu ‘Ayam Masak Yahudi’ hingga menimbulkan pelbagai persoalan daripada warganet.
Resipi Ayam Masak Yahudi itu berada pada nombor menu yang ke-104 di buku tersebut.
Disebabkan ramai yang bertanyakan resipi tersebut, Baginda Tunku Azizah kemudiannya memuat naik perkongsian apa sebenarnya resipi Ayam Masak Yahudi.
Ramai yang menanya ayam masak yahudi ! sebenar nya rencah nya sama dengan masak arab , cuma tidak masukan tomato dan susu cair, di gantikan dengan kicap …. jadi kita semua gelarkan masakan tersebut masak yahudi …. memang nakal!
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyaklah ragamnya. Itulah kelazimannya, dapat digambarkan berkenaan pelbagai ragam manusia yang kita temui dalam kehidupan ini. Kadang-kadang ada yang menyenangkan dan tidak kurang juga yang sebaliknya.
Meskipun begitu, jangan hanya melihat ragam orang yang pada pandangan mata kita ada sahaja yang tidak kena. Namun sekali sekala cuba ‘cermin diri’ untuk melihat ragam sendiri. Agar diri kita tidak pula melakukan perkara sama yang pada logik fikiran semua orang tidak suka akan perbuatan tersebut.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Tuan Ameer Hamzah di akuan facebooknya bolehlah dijadikan panduan dan peringatan bersama.
Pengetahuan Am
1.Jangan call seseorang berturut-turut. Kalau tak berjawab, maknanya mereka sedang buat sesuatu yang penting. Mesej selepas itu dan tanya bila masa sesuai untuk call.
2.Pulangkan duit yang kita pinjam sebelum diminta. Tak kisah lah RM 1 atau RM 100. Hutang tetap hutang. Hormati integriti diri sendiri.
3.Jangan sesekali order menu yang mahal bila ada orang belanja. Lebih molek, minta orang yang belanja pilihkan menu. Sensitif terhadap orang yang belanja.
4.Jangan lah bertanya soalan janggal seperti, “Oh, belum kahwin ya? Umur dah berapa ni?”, atau “Belum ada anak ya? Kan dah lama kahwin?”, “Kenapa belum beli rumah?”. Itu hal peribadi. Tak perlu ditanya. Bukan hal kita.
5.Selalu buka dan pegangkan pintu untuk orang dibelakang kita. Ini terutamanya warga tua atau ibu sedang dukung anak. Tak rugi bantu mudahkan orang lain.
6.Berhati-hati dalam bergurau. Tak semua orang boleh terima cara kita. Kalau orang tak suka, hentikan. Jangan diulang lagi.
7.Bila terima mesej, balas walaupun terlambat atau sedang sibuk. Ingat, bukan kita sahaja sibuk. Bila dah lapang, tetap balas dan mohon maaf atas kelewatan.
8.Beri pujian di khalayak, tetapi beri kritikan secara peribadi dan tersendiri. Niat untuk menambah baik, bukan mengaibkan.
9. Jangan buat perancangan di depan mereka yang tidak terlibat atau tidak dijemput sekali. Kalau dah terbagi tahu, eloklah jemput terus.
10.Hormati seseorang pada nilainya, bukan jawatan atau posisi. Seorang tukang cuci layak dilayan sama seperti seorang CEO. Mereka sama-sama manusia. Layanan kita yang penuh adab adalah cerminan nilai dalam diri kita.
Sumber : Tuan Ameer Hamzah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memikirkan cara bagaimana untuk menambah sumber pendapatan jika anda seorang yang kreatif menggubah dan menghasilkan pelbagai jenis bunga hiasan, apa kata pelbagaikan lagi kemahiran anda dengan mengetahui cara untuk membuat adunan bunga sabun.
Diakui bunga sabun bukan sahaja nampak cantik malah berbau wangi dan bila diletakan sebagai penyeri ruang, turut berfungsi sebagai pewangi udara. Pasti ramai menyukainya!
Untuk itu, di sini dikongsikan resipi untuk hasilkan adunan bunga sabun daripada Hamidah Uda Ahmad. Selamat mencuba!
cexdah nak share resepi doh sabun yang cexdah baru cuba petang tadi.. sesiapa yang teringin nak cuba buat bunga sabun boleh ambik resepi cexdah ni.. cexdah halalkan..
Tak sangka resepi ni simple aje tapi best sangat, doh nya lembut senang nak bentukkan kelopak , tak melekat.. memang best tau..
cexdah Google jer resepi ni kat youtube.. korang jangan susah-susah lagi nak cari resepi kat tempat lain, cexdah kesian kat kawan-kawan yang tak ada duit nak beli resepi.. ada yang jual agak mahal juga, so ambik jer resepi cexdah: