Kadang kala, selain posting memaparkan kehidupan hakiki di laman sosial, kita perlu juga muat naik perkongsian untuk peringatan dan muhasabah diri.
Sebagaimana perkongsian pelakon berkarakter, Noorkhiriah Ahmad Shafie yang terkenal dengan lakonan drama Nur, suatu masa dulu, telah memberi peringatan agar kehidupan perlu sentiasa mengingati Maha Pencipta.
Ikuti perkongsiannya.
“Jomlah kita cuba.Akak ni pendosa nak ke syurga manatau kot2 berjaya..Tak selama idup nak bsukaria atas dunia.
Ads
“Nak kejar sgt reta tkleh bawak kemana..kalu kaya,diam2 sudah..klu reta tu leh share menarik gak dah2lah nak beramuk,sakitati dgn ssapa..kot kiok dlm tido..1 habuk pn xdak..yg penting sentiasa ingat dimana kita bpijak,menumpang di bumi Allah.
“Oklah..niat jom moga dpermudahkan..mana yg dh berubah mendapat hidayah Allah jangan buka aib sendiri..sb Allah dah tutup aib kita..cite yg best2..manatau itu asbab utk orglain berubah..no turning back..oll is sin,sblm tido kasi baca Al Mulk 1 kali..Allah yg suruh bukan akak..untuk kita gak bila dlm kubo nt..jom..jommmmmmm
Dalam pada itu, para netizen melahirkan rasa keinsafan dan berterima kasih dengan peringatan yang diberi dalam posting pelakon itu. Moga kita muhabasah diri untuk menjadi hambaNYA yang beriman.
Di Instagram, penyanyi Siti Nordiana berkongsi khabar duka bapanya, Alias Ahmad meninggal dunia pagi ini.
Menurut pengurus Siti Nordiana iaitu Anas Osman, arwah menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarga di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Tambah Anas, kakak ipar Siti Nordiana mendapati arwah sudah tidak sedarkan diri sekitar jam 10 pagi tadi.
“Allahyarham sudah lama uzur, tetapi masih mampu berjalan menggunakan tongkat. Nana baru sahaja bertemu arwah pada Rabu. Keadaannya baik-baik sahaja ketika itu. Cuma, arwah ada menghidap penyakit kencing manis dan beberapa penyakit lain.
“Keluarga menghubungi hospital dan pegawai perubatan yang datang melakukan mengesahkan arwah sudah meninggal dunia.” katanya.
Sekadar info, Siti Nordiana membolosi dua pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH35) tahun ini bagi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Kolabrasi/Duo/Kumpulan Popular.
Terdahulu, pada majlis Pra Kemuncak ABPBH 35, selain Nana, sembilan artis lain diumum mendahului undian ketika itu, iaitu Aina Abdul, Amir Masdi, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Anna Jobling.
Malam kemuncak ABPBH 35 dibawakan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam ini. Peminat boleh menyaksikan menerusi siaran TV3 bermula jam 9 malam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berita gembira yang sekian ditunggu oleh seluruh peminat Neelofa akhirnya terjawab hari ini apabila sah Neelofa dirisik PU Riz.
Rata-rata warganet melahirkan rasa syukur dan teruja dengan khabar gembira ini.
Menerusi laman Instagram peribadinya, Noor Kartini berkongsi catatan yang menyentuh hati mengenai bagaimana bersykurnya beliau kerana aturan Allah pada kehidupan Neelofa sungguh indah sekali.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.. aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.. Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much.
Difahamkan selebriti dan usahawan ternama, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz pada Ahad.
Merujuk laporan Astro AWANI difahamkan, kunjungan itu adalah bagi menyempurnakan acara merisik. Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.
Malah menerusi laman Instagram lofa.page memaparkan gambar-gambar yang jelas mengenai berita gembira ini.
Berita baik buat pengguna lebuh raya di seluruh negara! Selama dua hari penguna bakal menikmati pengecualian tol pada 23 dan 24 Disember ini bersempena sambutan Hari Krismas.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tol percuma ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam Isnin (23 Disember) sehingga 11.59 malam Selasa (24 Disember).
Namun begitu, pengecualian ini hanya diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol kecuali di plaza tol sempadan negara, iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Johor Darul Takzim.
Menurut beliau, pemberian tol percuma ini adalah sebahagian daripada aspirasi “Madani di Hati, Rakyat Disantuni” yang dibawa oleh Kerajaan Madani sempena perayaan Hari Krismas 2024.
“Implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan bagi membayar balik kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM38 juta,” katanya.
Sehubungan dengan itu, Nanta berharap pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan pengecualian tol itu dengan sebaik-baiknya dan merancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa musim cuti.
Beliau menyarankan agar pengguna mematuhi jadual waktu perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) yang dicadangkan bagi memastikan keselamatan pemanduan terjamin. Langkah ini penting untuk memastikan semua pengguna lebuh raya dapat tiba di destinasi masing-masing dengan selamat, sekaligus menjadikan sambutan perayaan kali ini lebih bermakna.
“Pengguna juga dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan kesegaran tubuh badan bagi pengalaman pemanduan yang selamat, memastikan kondisi kenderaan dan tayar kenderaan sentiasa baik serta baki kad Touch ‘n Go serta eWallet yang mencukupi.
“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan papan tanda dan maklumat yang dipaparkan di Variable Message System (VMS). Penunggang motosikal juga dinasihatkan untuk berhati-hati terutama semasa trafik tinggi di lebuh raya,” katanya.
Nanta turut menyarankan pengguna lebuh raya untuk menyemak status trafik semasa atau sebarang insiden di lebuh raya yang dikemas kini melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook (Lembaga Lebuhraya Malaysia), aplikasi X (@LLMtrafik) serta TikTok (@llmtrafik).
Beliau turut memaklumkan bahawa pengguna lebuh raya boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai trafik atau sebarang bantuan yang diperlukan.
“Selain itu, pengguna juga boleh mengakses paparan CCTV di semua lebuh raya melalui laman sesawang LLM di https://www.llm.gov.my untuk mengetahui keadaan trafik semasa. Maklumat trafik terkini juga boleh diperoleh melalui WhatsApp Channel LLM Info Trafik,” tambahnya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.