Di Instagram, penyanyi Siti Nordiana berkongsi khabar duka bapanya, Alias Ahmad meninggal dunia pagi ini.
Menurut pengurus Siti Nordiana iaitu Anas Osman, arwah menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarga di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Tambah Anas, kakak ipar Siti Nordiana mendapati arwah sudah tidak sedarkan diri sekitar jam 10 pagi tadi.
“Allahyarham sudah lama uzur, tetapi masih mampu berjalan menggunakan tongkat. Nana baru sahaja bertemu arwah pada Rabu. Keadaannya baik-baik sahaja ketika itu. Cuma, arwah ada menghidap penyakit kencing manis dan beberapa penyakit lain.
Ads
“Keluarga menghubungi hospital dan pegawai perubatan yang datang melakukan mengesahkan arwah sudah meninggal dunia.” katanya.
Sekadar info, Siti Nordiana membolosi dua pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH35) tahun ini bagi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Kolabrasi/Duo/Kumpulan Popular.
Ads
Terdahulu, pada majlis Pra Kemuncak ABPBH 35, selain Nana, sembilan artis lain diumum mendahului undian ketika itu, iaitu Aina Abdul, Amir Masdi, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Anna Jobling.
Malam kemuncak ABPBH 35 dibawakan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam ini. Peminat boleh menyaksikan menerusi siaran TV3 bermula jam 9 malam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dr Say Shazril berkongsi pengalamanmenguruskan anak-anak sendirian memandangkan isterinya bekerja.
Akuinya bukan satu perkara yang mudah kerana sebelum ini dia hanya menjaga waktu malam. Jadi lebih senang memandangkan anak-anaknya jenis yang tidur awal.“Arini untuk julung kalinya sy berpeluang jaga 2 anak sy dari 8am – 4pm sebab bini kerja. Sebelum ni sy biasa jaga diorang masa bini kerja malam yakni 4pm – 12am.
“Jaga waktu malam semestinya senang sebab Sef jenis tido awal, 10pm lelap dah so mengadap Ace sampai bini balik takde hal. Tapi bila jaga depa siang2 ni, mak aiii terasa nak jadi Puan Nurul kejap sebab siang2 tenaga & clingy-ness budak2 ni lain macammm. Literally tak boleh buat apa2.
Ujarnya lagi, anak-anaknya tidak boleh berenggang waima nak beredar ke dapur untuk membuat susu pun anaknya sudah melalak.
“Pergi dapur jap nak amik makanan, si adik melalak macam kena dera. Nak bancuh susu untuk depa, si adik melalak macam kena dera. Senang kata kalau takde dalam pandangannya, si adik melalak macam kena dera.“Asyik mintak dukung ja, dia taktau yg muscle daddy dia ni untuk tayangan bukannya ada kegunaan. 8jam jaga depa untuk kali pertama ni buat sy terfikir akan ibu2 di luar sana.
“Tak pernah ke ibu2 terfikir “kalau suami aku boleh gi kerja takyah mengadap anak 24jam, kenapa aku tak boleh pergi kerja jugak?”. Tak pernah ke ibu2 terasa ini semua terlalu rutin?
“Lagi2 kalau anak tak pergi sekolah, basically 24jam lah dengan anak tu. Tak ke ibu2 rasa nak sembang dengan orang2 yg sebaya instead of just dengan anak2?
Jika ibu-ibu lain puas melihat anak-anak membesar di depan mata, namun bagi Dr Say agak sukar untuknya berbuat demikian.
“Sy tau mesti ada ibu2 yg akan cakap “tengok anak2 membesar depan mata itu satu kepuasan” tapi bukannya kalau tinggal anak tu sehari depa terus jadi dewasa terus ahaha & bukannya sy nak cakap sy tak sayang anak tapi maybe im not made for this.
Harap ampa paham la eh? Jadi persoalan sy, ampa yg SAHM/ SAHD memang decide jadi gitu atas kerelaan diri.
“Yakni ampa memang suka duduk rumah jaga anak 24jam atau ampa tiada pilihan yakni pasangan tak bagi kerja/ kalau ampa kerja pun pendapatan tak dapat cover kos hantar anak2 pergi sekolah?
Open discussion please sy betul2 curious dengan ketahanan mental ampa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lumrah sebagai pemain bolasepak, pasti akan ada pasang surutnya lebih-lebih lagi melibatkan kecederaan yang serius.
Baru-baru ini, suami kepada pelakon Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan, akur apabila terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL).
Ini merupakan kali kelima Zaquan Adha berdepan dengan situasi tersebut.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar mendoakan agar proses pembedahan berjalan lancar selain berlapang dada dengan ketentuan yang ditetapkan kepada suaminya.
Apa yang memilukan apabila membaca titipan Ayu di laman Instagramnya yang memberikan sokongan pada suami tercinta.
Jika kamu rasa ujianmu sebesar kapal, ketahuilah bahawa rahmat Allah itu seluas lautan. Yang penting sabar. @zaqone_08 adalah orang yang paling tabah dan cekal yang pernah saya kenal.
Sangat positif, determination, dan seorang pemimpin yang baik. Saya tahu awak cukup kuat yang terpilih untuk melalui nikmat pengalaman menjalani operation ACL untuk kali yang ke-5 ni.
Saya doakan semoga Allah permudahkan segala-galanya untuk awak. Berlapang dada dan reda dengan ketentuan yang Allah takdirkan untuk awak sayang.
Sesungguhnya Dialah yang Maha Perancang dan Sebaik Baik Perancang.
Melihat ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut mendoakan agar Zaquan dipermudahkan urusan selain kembali pulih dengan cepat.
“Setiap hari ketika dalam tahanan saya berdoa agar segera dikembalikan kepada keluarga dan Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan,” kata Rosnazirah Mohd Naim.
Setelah beberapa minggu jauh dari pangkuan keluarga akibat diculik, semalam Rosnazirah atau lebih dikenali sebagai Azi selamat diserahkan kepada keluarganya.
Ejen jualan kosmetik itu berkata, dia tidak mengingati secara jelas kronologi penculikannya, namun tahu ditempatkan di sebuah rumah seakan inap desa di sebuah perkampungan di Laos selepas menempuh perjalanan panjang dari Sungai Golok di Pengkalan Kubor, Tumpat.
“Ketika tiba di tebing Sungai Golok pada hari kejadian (diculik) untuk menaiki bot, ada beberapa saksi di sekitar tapi mungkin mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku atau tidak ingin masuk campur kerana takut.
“Sebaik menyeberangi Sungai Golok, saya dibawa menaiki kereta dan terus menuju ke destinasi yang tidak diketahui, tapi menempuh perjalanan yang lama sehinggalah tiba di sebuah rumah di Laos.
“Sepanjang ditahan, setiap hari saya menangis dan bertanya bila akan dikembalikan kerana saya difahamkan mereka tidak meminta wang tebusan, malah tidak tahu apa motifnya,” katanya.
Rosnazirah berkata demikian ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi untuk bertanya khabar wanita itu, hari ini.
Menurutnya, sepanjang perjalanan dari Thailand untuk memasuki Laos, mereka menempuh banyak sekatan jalan raya dan hatinya berdoa agar ditahan di mana-mana lokasi tetapi tidak berlaku sehinggalah mereka tiba di destinasi.
Sepanjang ditahan, Rosnazirah berkata, dia menerima layanan baik daripada kumpulan individu yang menculiknya termasuk menjaga makan minumnya, namun dalam masa yang sama berasa bimbang jika diapa-apakan.
“Dalam hati, saya ada juga ingin menjerit meminta tolong, tapi mengenangkan ia mungkin sia-sia kerana kawasan sekitar adalah sawah padi dan tiada yang faham, saya hanya mampu berdoa sahaja,” katanya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, setiap kali ditanya bila akan dihantar pulang, lelaki itu memberi jaminan akan berbuat demikian sambil memintanya bersabar selain memberi tempoh antara tiga minggu hingga sebulan kerana keadaan masih ‘panas’ disebabkan berita mengenai penculikannya tersebar luas.
Sehinggalah pada satu hari, seorang daripada penculik itu memberitahunya ‘you back home’ dan Rosnazirah bertanya ‘when?’ sebelum dijawab ‘today’ oleh lelaki berkenaan.
“Kami menaiki kereta menuju ke Bangkok dan ditahan oleh pihak imigresen (Thailand) sebelum anggotanya perasan wajah saya yang tersebar berhubung kes penculikan menyebabkan kami semua ditahan dan saya dibawa ke depot tahanan imigresen.
“Tidak lama kemudian saya dibawa ke Kedutaan Malaysia di Thailand dan selepas itu saya dapat berhubung dengan keluarga dan proses membawa pulang ke negara ini segera dibuat,” katanya.
Dalam masa yang sama, wanita itu mengakui masih berasa trauma dan meminta diberi masa secukupnya untuk bertenang sebelum dapat memberi penjelasan penuh mengenai kejadian pahit yang dialaminya itu.
Sumber : Hmetro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.