Nor Farhatul Dilantik Sebagai Ikon YADIM Termuda, Tarik Minat Anak Remaja Cinta Al-Quran!

Share

Bila melihat anak muda yang berjaya dan dapat mencipta nama, kita sebagai ibu bapa turut  terinpirasi untuk mendorong anak-anak kita juga agar dapat mencipta kejayaan buat diri mereka suatu hari nanti.

Seperti apa yang dibuktikan oleh Juara Qariah Tilawah peringkat antarabangsa, Nor Farhatul Fairuzah Panut dan juga merupakan penuntut jurusan al-Quran dan Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini.

Baru sahaja berusia 21 tahun dan menjadi antara sembilan individu yang dilantik sebagai Ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 2021-2022 sekali gus menjadikan dirinya ikon paling muda!

Melalui perlantikan ini, Nor Farhatul Fairuzah atau mesra membahasakan dirinya Farha menyifatkan sebagai satu amanah dan menerimanya dengan hati terbuka.

Berkongsi momen menerima watikah tersebut, Farha berkongsi beberapa keping gambar di akaun instagram miliknya serta mohon didoakan agar menjadi orang yang lebih baik dan dapat berkongsi manfaat dan kebaikan buat semua.

 

Alhamdulillah selesai program pagi tadi, atas lantikan ikon YaYasan Dakwah Islam Malaysia , rasa tak layak diri ini sebab ramai lagi yg lebih hebat dan layak utk menyandang perlantikan ini🤲🏻 doakan farha smoga menjadi orang yg lebih baik.. dan dapat berkongsi manfaat dan kebaikan buat semua💕
.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah di atas lantikan tersebut dan tumpang berasa bangga dengan pencapaiannya.

Sumber : Instagram @farhatulfairuzah

 

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA

dan join keluargagader club

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN