Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.
Menurut Nora, ini adalah kali pertama dia menyertai sesi tadarus secara berkumpulan dan bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk melakukannya.
“Ini adalah kali pertama saya menyertai tadarus, yang mana kami berjaya khatam dalam tempoh 10 hari.
“Setiap hari, kami membaca lebih daripada 50 muka surat al-Quran. Saya kira ini adalah pencapaian yang sangat berharga dalam hidup saya, sekali gus menjadi hadiah ulang tahun kelahiran saya tahun ini,” ujarnya.
Ads
Pengalaman luar biasa
Tambah Nora lagi, ia adalah pengalaman cukup luar biasa dalam hidupnya sepanjang bergelar anak seni malah dia bersyukur kerana Allah membuka hatinya.
Ads
Menurut perkongsian Nora lagi, dia dan rakan tadarusnya membawa sebanyak 50 muka surat sehari bagi menyudahkan bacaan 30 juzuk mereka.
“Kami memulakan bacaan pada hari pertama Ramadan bersama seorang ustaz hafiz dan kira-kira 30 orang sahabat lain. Ia benar-benar satu pengalaman yang luar biasa buat saya.
Ads
“Walaupun usia sudah menjengah 40-an, namun belum terlambat untuk kita memaksa diri melakukan kebaikan, termasuk membaca al-Quran.
“Dalam kes saya, saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya sebelum saya meninggalkan dunia ini. Betul, memang belum terlambat untuk kita berusaha menjadi insan yang lebih baik.
“Saya sendiri mengaku, dahulu saya jahil, tetapi saya tetap berusaha untuk menjadi lebih baik. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Baik. Jangan sesekali rasa sudah terlambat atau berputus asa.
“Seeloknya kita segera bertaubat kerana pengakhiran kita itu yang lebih penting,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Motivasi amat penting untuk kecemerlangan diri termasuk untuk anak, pasangan dan juga pekerja. Dengan memberi pujian dan dorongan, akan memberikan aura untuk berjaya.
Sebagaimana perkongsian ini bukti menunjukkan bahawa pujian itu penting bukannya herdikan atau kemarahan.
Jadi buat ibu bapa yang inginkan anak berjaya dalam pelajaran, jadikan perkongsian ini sebagai iktibar.
Ikuti perkongsian ini.
Tiada siapa sempurna..
Rupanya pada tahun 1921, sudah pun ada manusia dibayar gaji sebanyak satu juta dolar setahun. Iaitu bersamaan 3 ribu dolar sehari.
Untuk rekod, pada zaman tu, income tax masih belum wujud. Maksudnya berapa gaji yang diberi, banyak itulah yang boleh dijoli. Dan rata-rata orang yang bergaji 2000usd sebulan, sudahpun kaya nak mampus.
Lelaki ini bernama Charles Schwab. Dia dilantik menjadi CEO sebuah syarikat besi di Amerika pada usia 38 tahun. Power kan?
Bila ditanya kepada founder syarikat tu,
“Kenapa kau sanggup bayar Schwab sebanyak tu? Adakah Schwab ni seorang genius? Atau dia ni terer sangat buat besi?“
Jawabnya,
“Dua-dua bukan. Schwab adalah manusia yang paling pandai berurusan dengan manusia.”
Fuyoo. Cenggitu je?
Orang pun kajilah, apa benda semua ni? Terer tara mana Schwab ni, sampai orang sanggup bayar mahal gitu.
Akhirnya, Schwab sendiri buka mulut. Dia cerita,
“Aku ada kelebihan yang orang lain takde. Di bawah aku, semua orang jadi lebih semangat untuk bekerja.”
Huh? Berlagaknya.
Sabar sat. Dengar dulu apa Schwab nak kabo ni.
“Sebenarnya, senjata paling berbisa yang aku gunakan hanya dua. Iaitu
Kau tahu? Takde benda yang boleh membunuh cita-cita seseorang melainkan kritikan daripada boss dia sendiri (terpakai juga untuk pasangan ataupun ibu bapa).”
I see. Nampaknya Schwab ni ada kemahiran luar biasa untuk memenangi hati manusia. Bukan takat bagi pickup line tu. Schwab juga akui,
“Aku tak pernah kritik sesiapa, sama ada di depan publik mahupun secara personal. Kerja aku, mencari sekecil-kecil kebaikan dan aku takkan cari kelemahan sesiapa.”
Jadi, bila ada sekecil apa pun kerja seseorang, aku akan lambung setinggi-tingginya. Malah, aku sampai jadi gian nak puji orang.
Dan hasilnya, keuntungan berlipat kali ganda untuk syarikat yang aku terajui!”
Untuk rekod, selepas dari syarikat besi ni, Schwab diberi tanggungjawab menaikkan semula sebuah syarikat lain. Syarikat tu hampir pupus ditelan kerugian, tapi berjaya menjadi “most profitable company” di Amerika.
Sebenarnya memang dah ada kajian solid beratus tahun dulu, mengenai
1- kenapa isteri/suami lari dari rumah? 2- kenapa prestasi anak buah merudum? 3- kenapa anak-anak tak dengar cakap? 4- kenapa student lemau dalam kelas?
Dapatan hanya menghala ke satu arah,
“Tidak mendapat pujian yang sepatutnya, malah herdikan yang tidak henti.”
Semoga kisah ini memberi inspirasi dan motivasi diri kepada kita semua supaya menjadi insan yang lebih bermakna dalam kehidupan insan lain terutama dalam keluarga sendiri.
Siapa sahaja yang tidak gembira atau teruja bila mendapat hadiah daripada insan tersayang sempena sambutan ulang tahun kelahiran.
Apatah lagi anak-anak yang masih kecil. Seakan ternanti-nanti, apakah hadiah yang bakal dimiliki pada sambutan hari lahir mereka daripada keluarga. Maklumlah, biasanya ibu ayah akan berikan hadiah yang istimewa.
Umpamanya seperti perkongsian daripada seorang bapa ini di facebook, Zaim Zainudin Zakaria yang menghadiahkan anaknya sebuah kolam renang. Bukan biasa-biasa hadiah yang diberikan, ia adalah hasil kegigihannya berpanas di bawah matahari berbulan lamanya.
Meski pun asalnya ia adalah projek yang tergendala ketika musim PKP yang lalu, namun baru sahaja siap sepenuhnya dan sempena sambutan hari lahir anak lelakinya, terus dijadikan hadiah istimewa buat si anak.
Difahamkan juga kolam renang di tepi rumah ini, hanya bermodalkan sebanyak RM3K dan ianya jauh lebih jimat berbanding jika dibuat oleh pakar hingga boleh mencecah RM40K.
Jadi jom kita baca perkongsian pengalaman daripadanya untuk info bersama.
Kolam Renang Sebagai Hadiah Hari Jadi Anak
Alhamdulillah. Akhirnya siap juga kolam impian di halaman rumah. 100% buat seorang diri. Modal 3k je. Pernah tanya tukang rumah, dia nak 30k, kalau specialist kolam nak 40k. Jadi ambil keputusan buat sendiri la sambil keluar peluh petang-petang.
Projek pkp 2021 ni tapi tergendala sebab pkp tamat awal dan cuaca tak mengizinkan.
Amaran. Kalau jiwa tak kental jangan cuba-cuba buat ye…Nanti siap separuh jalan..Sebab diri sendiri pun berkali-kali putus asa…Tapi kuatkan semangat jugak sebab nak tengok hasil tangan sendri.
Sempena birthday Zharif, Daddy hadiahkan kolam renang. Zharif cakap dah tak payah pergi hotel. Rania muka tak puas hati kolam abang punya.
Proses Pembuatan Kolam Renang
Tanah sekangkang kera tepi rumah. Projek bermula dengan mengalihkan paip air buang pada Ogos 2021.
Proses galian bermula.
Banyak pulak paip bawah tanah ni. Terpaksa la buat kolam berbentuk sikit, sebab lari dari paip kumbahan.
Alhamdulillah. Berbekalkan cangkul dan sikul maka siap la gali. Plan nak gali 5 kaki tapi gali-gali dah keluar mata air, jadi kedalaman 4 kaki saja. Sebulan proses menggali.
Bila order barang sampai. Fuhhh! ini jangan cerita, boleh patah pinggang dibuatnya seperti gambar kanan.
Proses buat kotak konkrit. Pakai gergaji saja, mesin tak ada.
Ini pun kita pakai gunting je. Potong besi 12mm kalau tak silap.
Proses memampatkan tanah, pijak-pijak saja.
Ini konkrit lapisan pertama sebab elakkan tanah runtuh musim-musim hujan ni.
Kita gaul sendiri saja. Jiran-jiran suruh order lori siput, tak apa la kita buat slow-slow macam siput.
Meratakan konkrit buatan sendiri.
Fuhhh menggali lagi, ruang pump pulak. Dan lagi…
Bila hujan turun kita termenung saja tengok air bertakung. Ambil kesempatan air hujan tengah penuh kolam, kita buat marking. Tak payah guna laser atau penimbang air. Marking bertujuan untuk pastikan level air n ktggian kolam cun.
Ternyata bukan kerja mudah yang dilakukan oleh ayah ini untuk menghasilkan kolam renang untuk menggembirakan hati anak-anaknya. Pelbagai proses dilakukan sendiri dengan sabar.
Akhirnya ini lah hasilnya.
Alhamdulillah setelah 5 bulan siap jugak! Bata depan tu next projek tempat BBQ. Dan inilah orangnya yang buat kolam, boleh jadi sado tak payah pergi gym.
Ternyata hebat sungguh usaha yang dilakukan oleh seorang ayah ini. Untuk anda yang ingin lihat lebih detail langkah demi langkah yang dilakukan olehnya bolehlah klik di sini.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Apabila anak-anak tak sihat, mak dan ayah orang yang paling tak senang duduk. Rengekan si kecil menahan kesakitan membuatkan hati terasa sedih.
Di tambah pula waktu menerima rawatan, pelbagai cara dilakukan supaya si anak tidak meragam.
Demikian dengan anak penyampai radio Hotfm, Haziq Husni apabila kedua-dua anaknya dimasukkan ke wad akibat radang paru-paru.
Menurut Haziq, anak-anaknya Muhammad Heidy Nufael, 21 bulan dan Chayra Aulia, empat bulan disahkan terkena penyakit berkenaan selepas doktor melakukan ujian X-ray.
Sebelum ini dia sering membawa anak-anaknya ke klinik tetapi doktor hanya menyatakan ia batuk biasa.
“Lebih tiga bulan kedua-dua anak saya mengalami batuk berterusan sehingga memaksa saya membawa mereka ke hospital.
“Heidy sebelum ini hanya mengalami batuk biasa malah dia sangat aktif, tetapi ia menjadi teruk apabila dia mula mengeluarkan batuk berkahak sehingga muntah.
“Manakala Chayra pula batuk setiap hari dan tidak sangka ia adalah punca radang paru-paru,” katanya.
Katanya, kedua-dua paru-paru Heidy mengalami masalah dan Chayra hanya sebelah saja.
Tambah Haziq lagi, kemungkinan anak-anaknya akan ditahan selama seminggu di hospital untuk memudahkan doktor melakukan pemantauan dan pemeriksaan lanjut.
“Sebagai seorang bapa pastinya saya bimbang melihat keadaan mereka apatah lagi Chayra sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital dalam tempoh yang lama akibat penyakit Pertussis (batuk kokol).
“Sekarang penyakit lain pula yang dia hidapi. Saya mohon doa semua semoga anak-anak saya segera sembuh kalau boleh saya tidak mahu mereka lama-lama di hospital,” katanya.
Dalam pada itu, Haziq turut memuat naik satu video yang menunjukkan dia sedang memujuk anaknya mendapatkan rawatan neb.
Menariknya, Haziq menggunakan pendekatan menyanyi bagi membolehkan anaknya senyap dan tidak meronta-ronta ketika rawatan tersebut.
“Ni cara daddy bagi Heidy senyap time neb. Kesian memang kesian. Tapi nak sihat kan? Kena juga neb. Dengar bunyi neb tu je dia dah start tak tentu arah. Meronta gila-gila. Macam kena rasuk. Dah bedung pun hancur bedung tu.
“Tak senang ya guys. Kena depakan tangan dia ketepi. Kunci pakai tangan kita. Tapi kunci lembut-lembut je. Kemudian, kaki dia kunci dengan kaki kita. Kepala dia pun tak boleh duduk diam juga.
“Jadi, tangan kiri kita kena letak bawah dagu kasi dia tak boleh gerak. Last, nak bagi suasana ceria daddy nyanyi lagu Apa Khabar,” Tulis Haziq di kapsyennya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.