Nur Nadia mengakui tempoh tiga bulan selepas kehilangan suami tercinta merupakan detik paling sukar dalam hidupnya apabila kerinduan terhadap Allahyarham Amirul Hafiz Omar semakin mendalam dari hari ke hari.
Allahyarham Amirul Hafiz, 33, meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar seorang pemandu yang didakwa berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat pada 29 Mac lalu.
Nur Nadia Akui Tiga Bulan Paling Sukar
“Tempoh tiga bulan ini adalah saat paling sengsara kerana saya terlalu merindui arwah.”
Demikian luahan pilu Nur Nadia Abdul Majid, 32, yang sehingga kini masih bergelut menerima hakikat pemergian insan yang menjadi tulang belakang keluarganya.
Menurut Nur Nadia, pada peringkat awal selepas tragedi itu berlaku, dia seolah-olah masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa suaminya telah pergi buat selama-lamanya.
Katanya, dia masih menganggap Allahyarham hanya keluar bekerja seperti kebiasaan. Namun selepas tiga bulan berlalu, rasa kehilangan itu semakin kuat sehingga membuatkan dirinya mudah mengalirkan air mata.
“Selepas tiga bulan, hati saya mula terasa sayu dan merindui suami sehingga terlalu mudah berlinangan air mata berbanding sebelum ini,” katanya sebak.
Gambar kenangan Allahyarham Amirul Hafiz dan keluarganya menyambut Aidilfitri baru-baru ini.
Nur Nadia Sebak Kenang Rutin Hantar Anak Ke Sekolah
Antara detik yang paling menyentuh hati Nur Nadia ialah apabila menghantar anak-anak ke sekolah dengan menaiki motosikal.
Ads
Rutin tersebut sebelum ini dilakukan oleh Allahyarham Amirul Hafiz hampir setiap hari, namun kini tanggungjawab itu perlu dipikul sendiri oleh Nur Nadia.
“Kehilangan arwah lebih dirasai ketika saya menghantar anak ke sekolah dengan motosikal kerana rutin itu dilakukan arwah setiap hari,” luahnya.
Sebagai suri rumah dan ibu kepada tiga cahaya mata, setiap sudut kehidupan masih mengingatkannya kepada suami yang telah bersama mengharungi suka dan duka selama lebih sedekad.
“Saya telah hidup bersama arwah selama 10 tahun 10 hari dan berasa jiwa ini kuat, namun amat merinduinya,” katanya.
Nur Nadia Terus Cekal Demi Anak-Anak
Walaupun masih diselubungi kesedihan, Nur Nadia sedar dia perlu bangkit demi memastikan masa depan tiga anak mereka terus terpelihara.
Selepas kehilangan suami, beliau kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selain memastikan segala keperluan anak-anak dipenuhi.
Ads
“Namun, saya kini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan perlu terus cekal meneruskan kehidupan,” ujarnya.
Menurut Nur Nadia, keadaan ketiga-tiga anaknya kini semakin baik dan sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu. Pada masa sama, beliau masih mempertimbangkan sama ada mahu kembali menetap di Shah Alam atau memilih lokasi lain untuk membesarkan anak-anak.
Nur Nadia Harap Keadilan Buat Arwah Suami
Dalam masa sama, Nur Nadia berharap agar keadilan dapat ditegakkan atas pemergian Allahyarham Amirul Hafiz yang menjadi tulang belakang keluarga selama ini.
“Saya kini cuma berharap mendapat keadilan dan pembelaan atas pemergian arwah yang menjadi tulang belakang kami selama ini.
“Wang sememangnya tidak dapat mengembalikan nyawa suami, namun boleh menjamin masa depan anak kami,” katanya.
Ads
Sementara itu, peguam keluarga, Nur Iffah Hizwani Omar memaklumkan pihaknya dijangka memfailkan tuntutan pampasan melebihi RM1 juta terhadap pemandu terbabit seawal bulan hadapan.
Pihak keluarga kini masih menunggu perintah mahkamah berkaitan pendapatan sampingan Allahyarham yang dijangka diketahui pada 28 Julai sebelum proses tuntutan pampasan diteruskan.
Kes Yang Meraih Perhatian Ramai
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 11.47 pagi pada 29 Mac lalu, Allahyarham Amirul Hafiz maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta. Impak pelanggaran menyebabkan tubuh mangsa melambung sebelum tercampak di atas sebuah kenderaan lain.
Sungguhpun malang itu tidak berbau, pun begitu perkongsian kisah ini jadikan peringatan dan pengajaran bersama.
Memetik laporan berita di Sinar Harian mengenai seorang bayi perempuan berusia 10 bulan ditemui maut dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Bangkahulu, Gemas.
Kejadian malang yang berlaku pada jam 11.38 pagi itu, adik Siti Nur Aini Zulimi ditemui meninggal dunia dengan keadaan melecur 30 peratus dalam buaian elektrik di ruang tamu rumah keluarganya.
Ketua Balai Bomba Gemas, Mohd Farid Abu Bakar berkata, ketika kejadian, bayi berkenaan tinggal berseorangan di rumah berkenaan selepas ibunya pergi ke pekan Gemas.
“Ibu bayi itu ada urusan di bandar dan meninggalkan pesan kepada jirannya untuk membantu melihat anaknya jika menangis.
Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba Gemas dan Gemencheh berserta 16 anggota ke lokasi untuk memadam kebakaran.
Manakala menurut laporan Harian Metro, Ibu mangsa, Fatimah Mohamed,33, sebaik pulang daripada berurusan di Pejabat Pos Gemas, dia nampak asap dari luar kediaman dan terus terbayangkan anaknya.
“Sebaik sampai, saya terus masuk ke dalam rumah menerusi pintu depan dan pada mulanya, mengharapkan bayi selamat.
Menurutnya, bayinya itu adalah anak bongsu daripada enam beradik membabitkan empat
lelaki dan dua perempuan berusia antara 10 bulan hingga 12 tahun.
Ibu ini tidak menyalahkan sesiapa dalam kejadian itu dan reda dengan ketentuan Ilahi.
Kelengkapan dan barangan kucing sememangnya kita wajib ada bagi memastikan segala perkara dapat dilakukan dengan mudah. Bekas air, bekas makanan, bekas pasir dan pencedok najis kucing antara perkakasan asas yang wajib ada.
Semua ini bagi memastikan kucing kita selesa malah kita yang menjaganya juga tambah selesa hendak menguruskan si comel kita. Pun begitu harga semua barangan yang semakin meningkat membuatkan kita semakin memilih untuk berjimat.
Kreatif dalam segala hal. Itu yang kita mahukan. Tak perlukan modal besar, DIY bekas pencedok najis sendiri daripada bahan-bahan tak terjangka antara yang kita wajib lakukan.
Perkongsian dari Mohd Azrin Roselan yang menghasilkan pencedok najis daripada bekas botol pencuci ini memang win. Kreatif. Jom cuba. Nampak praktikal dan paling penting jimat!
Tak susah nak buat sudip dan bekas takung pembersih najis kucing ini.
Ada botol terpakai pencuci baju atau pelembut fabrik boleh potong seperti di dalam gambar. Kebetulan ada botol pencuci baju terpakai. Saya potong untuk dijadikan scoop najis kucing.
1. Botol pencuci baju terpakai dipotong jadi scoop najis kucing.
2. Scoop dihasilkan dibentuk dengan memotong pemegang botol pencuci baju.
3. Tapak botol pencuci baju dipotong jadi bekas takung.
4. Demo cara penggunaan scoop najis kucing.
Selamat mencuba!
Kredit: Mohd Azrin Roselan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak bongsu selalu dilabelkan anak paling manja dalam adik beradik, mereka juga selalu dikenali sebagai anak yang paling kurang berdikari dan kurang rasa tanggungjawab. Maklumlah sejak kecil semua kerja diuruskan kepada kakak dan abang mereka.
Namun tidak semua anak bongsu begitu malah hakikatnya bila sampai waktunya anak bongsu ini lah yang lebih prihatin dan sanggup berkorban demi menjaga ibu ayahnya yang uzur di kampung.
Realiti kehidupan ini turut dikongsikan oleh pemilik aplikasi TikTok @Ct Dalwani yang mendapat perhatian ramai apabila berkongsi rutin hariannya sebagai anak bongsu.
Dalam video tersebut, gadis ini sedang menuju ke hospital untuk menemani orang tuanya membuat pemeriksaan doktor dan membantu mengambil ubat.
Menurutnya anak bongsu kena duduk kampung jaga mak dan ayah. Kerja dekat dengan rumah
Manakala kakak dan abangnya semua sudah berkahwin dan telah pun mempunyai keluarga sendiri dan menetap di bandar. Keadaan ini menyebabkan anak bongsu sepertinya perlu tinggal di kampung dan keadaan ini juga menyebabkan dirinya sering dibanding-bandingkan dengan adik beradik yang lain yang orang lain anggap nampak lebih berjaya.
Sedangkan sebelum ini dia juga pernah mendapat tawaran kerja yang bagus tetapi terpaksa lepaskan sebab fikirkan ibu dan ayah.
“Siapa nak bawa pergi hospital setiap bulan, siapa nak siapkan ubat jantung abah, bukan 1 jenis tapi banyak. Siapa bnak kemas rumah dan bersihkan rumah bila banjir, dan lain-lain lagi,” ujarnya.
Pun begitu, gadis ini percaya bahawa rezeki Allah itu luas.
“Percayalah rezeki kita ada dekat tempat lain kalau bukan sekarang. Allah ambil apa yang kita mahu dan menggantikannya dengan apa yang kita perlu. Dengan izinNya, keindahan pasti datang,”jelasnya di dalam video ini.
Video ini menarik perhatian warganet dan rata-ratanya memuji apa yang dilakukan olehnya yang sanggup mendahulukan orang tuanya berbanding yang lain.
Semoga kita juga dapat menabur bakti kepada orang tua kita hingga akhir hayat mereka hendaknya.