Gaya Hidup

Ombak KLCC Kini Dibuka! Hub Gaya Hidup Baharu Paling Menarik Untuk Keluarga

Share

Setiap kali tiba hujung minggu atau cuti sekolah, perkara paling mencabar bagi ibu bapa pastinya ialah memikirkan lokasi riadah yang sesuai untuk seisi keluarga.

Mana tidaknya, si ayah mahukan tempat kopi yang tenang, si ibu mahu mencuci mata, manakala anak-anak pula memerlukan ruang yang luas dan menyeronokkan untuk bermain.

Berita baik untuk semua! Ibu kota kini berwajah baharu dengan pembukaan rasmi Ombak Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang mula beroperasi sepenuhnya pada 21 Ogos 2026, hari ini.

Membawa seni bina unik berkonsepkan ombak yang tersergam indah bersebelahan dengan Taman KLCC, hub gaya hidup setinggi 7 tingkat ini dibina khas untuk memenuhi keperluan setiap ahli keluarga anda.

Dari taman di atas bumbung (rooftop sky garden) yang menghijau sehinggalah kemudahan mesra kereta sorong bayi (stroller), jom kita terokai barisan kedai makan menarik dan acara hebat yang menanti anda di sini!

Bukan sekadar tempat makan dan membeli-belah, Ombak KLCC turut memeriahkan suasana dengan pelbagai acara menarik sepanjang tahun 2026 ini. Ibu bapa boleh mula menanda kalendar untuk aktiviti-ativiti hebat berikut:

  1. Offset by Kuala Lumpur Illustration Fair (KLIF) (28 Ogos – 1 Oktober 2026)
    Sesuai untuk peminat seni, ilustrasi dan kreativiti. Hayati keindahan seni visual kreatif menerusi pameran eksklusif Kuala Lumpur Illustration Fair yang menampilkan pelbagai hasil yang karya unik.

Kehadiran ke pameran ini mampu mencambah kreativiti dan membuka minda anak-anak terhadap dunia seni digital serta ilustrasi moden.

2. Pasar Seloka Market: Benang + Ombak (28 Ogos – 31 Ogos 2026)
Sesuai untuk ibu-ibu dan pencinta kraf. Luangkan masa hujung minggu dengan mencuci mata di pasar komuniti mini yang menghimpunkan pelbagai jualan kraf tangan kreatif, tekstil berkualiti dan produk tempatan yang aesthetic.

Destinasi terbaik buat si ibu yang sedang mencari inspirasi hiasan rumah atau cenderamata unik.

3. Galeri Petronas: First Glimpse (28 Ogos 2026 – 31 Mac 2027)
Sesuai untuk seisi keluarga (Pendidikan dan Seni). Pameran jangka masa panjang ini memberi peluang keemasan kepada seisi keluarga untuk menghayati hasil seni visual yang penuh dengan nilai estetika dan sejarah.

Suasana galeri yang tenang amat selesa bagi mendidik anak-anak menghargai karya seni warisan tempatan.

4. Pesta Kopi Merdeka (29 Ogos – 31 Ogos 2026)
Sesuai untuk ibu bapa dan peminat kopi. Sempena sambutan Hari Kebangsaan, ibu bapa boleh berehat seketika sambil menikmati keunikan aroma kopi tempatan yang memikat selera.

Sambil menghirup kopi hangat, ambillah peluang ini untuk mengimbau memori dan menyemarakkan semangat patriotisme bersama Keluarga.

5. Matcha Walk (16 September – 20 September 2026)
Sesuai untuk anak muda dan peminat tegar Matcha. Sambil meraikan Hari Malaysia, ajak anak-anak remaja anda menyertai aktiviti berjalan santai yang bertemakan minuman teh hijau kegemaran ramai ini.

Ia bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah memberi peluang untuk mereka merakam memori indah mengikut trend semasa.

Ombak KLCC bukan sekadar sebuah pusat beli-belah biasa, malah ia merupakan sebuah hub gaya hidup serba moden yang dibina khas bagi memahami keperluan rekreasi seisi keluarga.

Gabungan fasiliti yang mesra kereta sorong bayi (stroller), pilihan premis hidangan yang premium, serta kalendar acara yang padat sehingga hujung tahun menjanjikan pengalaman percutian hujung minggu yang serba lengkap dan mendamaikan.

Jadi, tunggu apa lagi? Manfaatkan masa terluang bersama yang tersayang, rancang perjalanan anda dengan kemudahan MRT, dan jadilah antara yang terawal mengukir memori indah di tengah-tengah keunikan Ombak KLCC!

BACA LAGI: Aktiviti Hari Merdeka: 5 Idea Menarik & Meriah Untuk Seisi Keluarga

Sumber: Ombak KLCC