Biasanya kalau nak makan sardin mesti beli yang segera di dalam tin kan? Tapi tahukah anda makanan segera seperti sardin yang dijual di kedai tidak boleh dimakan selalu kerana mempunyai bahan pengawet.
Jadi, bagi penggemar sardin, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Raja Malasiah Raja Abdullah.
“Yang bestnya bila buat sendiri kita tak perlu was-was, bersih, cuci lagi halal. Orang gout pun boleh makan sardin ni,” kongsinya.
Sardin Homemade
Bahan-Bahan:
Sekilo ikan sardin segar (bersihkan buang kepala dan ekor ikan kembung/selar/selayang/tongkol)
1 kg tomato masak ranum
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 tin kecik tomato puree
1 botol kecik sos tomato
2 cawan air
4 keping asam gelugor
Garam, gula & ajinomoto secukupnya
Cara-Cara:
Ads
– Kisar/tumbuk bawang besar dan bawang putih.
– Kisar tomato tak perlu letak air.
– Tumis bahan kisar.
– Masukan tomato yang dah dikisar.
– Masukan tomato sos dan tomato puree.
Ads
– Masukan garam, gula, ajinomoto dan asam gelugor.
– Masukan air biar tenggelam ikan tu. Masukkan ikan.
– Masak dengan api perlahan, kena kacau selalu takut hangus tapi kacau perlahan-lahan.
Ads
– Masak dalam 3 jam bergantung pada kuantiti ikan (reneh).
– Dah siap masak biarkan betul-betul sejuk lepastu masukan kedalam bekas dan simpan dalam peti ais. Boleh tahan sebulan.
– Boleh juga terus dimakan atau masak macam sardin yang biasa terpulang nak pedas atau nak campur dengan kegemaran anda.
Kita masih lagi dalam bulan Syawal, hujung minggu ni tentu antara kita ada teringin nak masak ketupat.
Ketupat palas adalah antara hidangan yang popular untuk menu open house.
Bagi yang nak buat jom ikuti resipi ni.
Resepi ketupat palas Kelantan sebab ramai yg bertanya resepinya ..ini cara saya yg saya belajar dari arwah mak saya dari umur belasan tahun LG (arwah mak saya adalah peniaga ketupat palas )mungkin berbeza dgn resepi orang lain , resepi ni saya guna untuk berniaga kecil2 an untuk musim raya ..kadang2 tempahan sampai 300kg ketupat palas ..Alhmdulillah syukur ramai yg repeat oder ..
# 1 kg beras pulut di rendam 5/6 jam
# 1/2 kg santan pekat yg fresh x di campur dgn air
# 1 sudu garam saiz sudu makan
#2 sudu gula pasir saiz sudu yg sama
Ini untuk ketupat lemak
# 200gm gula
Ini untuk ketupat lemak manis
Cara2
# Kukus beras pulut sehingga masak ,lapik pengukus dgn jaring2 hijau KLU guna pengukus yg lubangnya besar2 Sep saya .
# Masakan santan sehingga mendidih ,masuk garam dan gula
Kacau sehingga gula dan garam hancur ,tutup api
# Masuk pulut TD , saya guna kuali, Arong(bahasa Kelantan ) Kacau hingga sebati sampai kental x berderai ..petuanya ialah sampai pulut tu berminyak x melekat pd sudip / bekas yg kita guna proses ni lama dan kena sado sikit masa ni ( saya selalu buat untuk 3 kg sekali Arong dalam kuali )
# Dah siap terus balut jgn tunggu sejuk nanti keras susah nk masuk bucu plak .
# Nk mula balut tu ambik sedikit pulut penuhkan bucu dulu baru tambah KLU x nanti ketupat x jd bucu cantik
# Dah siap KLU nk Frozen terus jer masuk peti .. Semoga boleh guna pakai resepi keturunan keluarga saya
ni ..saya halalkan ..
#Ketupat palas saya ni ikut tradisinya saya rebus untuk lebih tahan lama ..InsyaAllah 3 hari KT luar x basi
Tip buat kerisik supaya tahan lama, bahan ‘rahsia’ kena letak waktu kisar. Kerisik adalah antara bahan penting dalam masakan tradisional Melayu, terutama dalam hidangan berasaskan santan dan rempah. Ia diperbuat daripada kelapa parut yang disangai sehingga keperangan dan kemudian ditumbuk halus sehingga menghasilkan tekstur berminyak.
Kerisik bukan sahaja menambah aroma yang harum, tetapi juga memperkayakan rasa makanan dengan unsur lemak semula jadi daripada kelapa. Kerisik memang boleh saja dibeli tapi ada juga terkena kerisik berbau tengik, memang spoil rendang dibuatnya.
Supaya puas hati dan menyenangkan kerja memasak di hari raya nanti boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh supaya kerja menyediakan kerisik lebih mudah dan tahan lama.
1. Goreng kelapa parut bersama ketumbar. Kalau rajin boleh jemur dahulu kelapa parut.
2. Bila kelapa dah garing, sejukkan sekejap.
3. Kemudian masukkan kelapa goreng ke dalam mesin pengisar basah dan masukkan sekali minyak masak.
4. Kisar kelapa parut sehingga halus.
5. Simpan dalam botol, Insya-Allah tahan lama kerana kerisik sudah berminyak elok.
Kerisik adalah bahan tradisional yang sering menjadi rahsia keenakan dalam masakan Melayu. Walaupun proses penyediaannya memerlukan sedikit usaha, hasilnya sangat berbaloi kerana ia memberikan aroma yang memikat dan rasa yang kaya.
Oleh itu, kerisik wajar digunakan sebagai bahan asas dalam masakan untuk mengekalkan keaslian dan keunikan cita rasa tradisional.
Berkebun memang seronok kan, tambah lagi jika tanaman kita hidup subur. Tak sabar rasanya nak menuai hasil titrik peluh sendiri. Bagi yang memiliki kawasan yang terhad, biasanya pasu menjadi pilihan utama.
Begitu pun, kena ambil tahu juga apakah jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di dalam pasu. Selain itu, penggunaan tanah juga penting.
Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya kita boleh buat sendiri campuran tanah ini?
Saya akan terangkan tiga formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam menanam tanaman mereka dalam pasu.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu bahan-bahan asas yang perlu ada dalam campuran tanah ini.
Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti.
Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam kaya dengan bahan organik.
Jika tiada, gunakan tanah merah.
Jika tiada juga, boleh guna tanah campuran yang dijual di nurseri.
Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.
Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda), kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.
Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Seterusnya dapat menyerap oksigen dengan baik.
Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu?
Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.
Alternatif lain, kita boleh ganti pasir dengan perlit, vermikulit ataupun zeolit. Ketiga-tiga bahan ini sesuai untuk menjaga struktur tanah campuran.
Setelah kita tahu tiga asas dalam campuran tanah, barulah kita masuk ke dalam formulasi campuran tanah ini.
Selain daripada tiga bahan asas yang saya nyatakan di atas, kita boleh menambah sabut kelapa halus, sekam padi, dan sekam bakar sebagai bahan tambahan. Bahan tambahan ini membantu perkembangan bibit dalam pasu.
Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.
Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.
Setelah kita campurkan semua bahan-bahan di atas, kita perlu gaulkan sehingga semua bahan menjadi sebati.
Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.