Dapat bercuti bersama keluarga, itu akan menjadi momen yang cukup menyeronokkan.
Apatah lagi jika percutian tersebut kita dapat dengan tawaran harga yang murah. Pasti puas hati dibuatnya.
Tapi ada ke tawaran istimewa seperti itu ketika ini?
Jawapannya, mestilah ada dan ianya khusus untuk mereka yang berkerja sebagai penjawat awam.
Gambar hiasan
Ini sebagaimana apa yang diwar-warkan oleh Tourism Malaysia.
PELANCARAN PAKEJ ISTIMEWA PENJAWAT AWAM ANJURAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA LPPM DAN CUEPACS
Ads
KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER 2020 – Tourism Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM) dan kolaborasi bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah melancarkan pakej istimewa sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk penjawat awam.
Pelancaran pakej ini merupakan inisiatif jangka masa pendek untuk meningkatkan usaha promosi pelancongan domestik di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.
“Kempen ini juga berperanan sebagai salah satu ‘teaser’ yang diusahakan oleh MOTAC melalui Tourism Malaysia dalam usaha mempergiatkan lagi promosi yang dijalankan untuk menarik seberapa ramai penjawat awam melancong dalam negara. Adalah diharapkan agar ahli-ahli CUEPACS menjadi duta kecil pelancongan yang berperanan untuk menyakinkan rakyat bahawa Malaysia adalah destinasi selamat untuk dilawati dengan mengamalkan norma baharu seperti yang di tetapkan oleh kerajaan,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran yang berlangsung di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) hari ini.
Ads
Pakej yang dibangunkan oleh Tourism Malaysia dan menyasarkan penjawat awam ini dilancarkan bagi menghargai usaha dan perkhidmatan penjawat awam di seluruh Malaysia dengan memberikan tawaran istimewa dan diskaun terbaik eksklusif buat penjawat awam dan keluarga. Selain itu, penjawat awam juga adalah golongan yang paling kurang terkesan dari pelaksanaan PKP dan mempunyai pendapatan boleh belanja (disposable income) yang lebih tinggi berbanding golongan lain. Kempen ini mampu menggalakkan penjawat awam melancong dalam negara serta mendukung hasrat kerajaan untuk melonjakkan semula ekonomi negara.
Kerjasama dengan CUEPACS ini dilihat sebagai platform yang terbaik untuk mendekati kumpulan sasaran memandangkan kongres ini merupakan gabungan kesatuan yang mewakili penjawat awam di Malaysia dengan keahlian seramai 1.2 juta penjawat awam daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam yang merangkumi pelbagai agensi dan sektor kerajaan.
Gambar hiasan
#PakejCutiPenjawatAwam ini dibangunkan bersama agensi pelancongan, hotel serta operator pelancongan yang memberi tumpuan kepada produk-produk pelancongan sekitar ibu kota. Sebanyak 11 agensi pelancongan yang mengambil bahagian mempromosikan pakej percutian 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam yang melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Hinglands dengan menawarkan harga pakej serendah RM120 seorang.
Ads
Di samping tawaran penginapan, penjawat awam dapat menikmati pakej yang menampilkan produk-produk pelancongan yang menarik untukpengunjung harian (walk in tourist) dengan tawaran diskaun harga tiket sehingga 30 peratus. Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah; Putrajaya tour, Bangi Wonderland, I-City Shah Alam, Farm In The City, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Farm Tour UPM Serdang, Sunway Lagoon, Wet World Shah Alam, Aquaria KLCC, Muzium Kesenian Islam, MAEPS dan banyak lagi.
Gambar hiasan
Pembeli turut ditawarkan nilai tambahan termasuk 5,000 tiket lawatan bandaraya KL dengan menaiki bas Hop On Hop Off secara percuma, penginapan di hotel serta bayaran masuk produk pelancongan yang ditawarkan pada harga diskaun antara 20 sehingga 60 peratus. Tempoh tempahan pakej ialah sehingga 30 September 2020 manakala tempoh sah lawatan ialah sehingga 31 Disember 2020.
Pakej permulaan yang ditawarkan merangkumi produk-produk pelancongan di sekitar Lembah Klang dan ianya akan diperluaskan ke negeri-negeri lain untuk fasa yang akan datang.
Penjawat awam digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk memanfaatkan pakej-pakej yang ditawarkan kerana terdapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga 31 Disember 2021 susulan pengumuman pakej rangsangan PENJANA.
Penjawat awam boleh mendapatkan pakej-pakej ini dengan hanya menggunakan pas pekerja penjawat awam di agensi-agensi pelancongan yang terpilih. Pakej istimewa ini boleh dilayari di laman sesawang Tourism Malaysia www.malaysia.travel
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai selebriti, segala tindak tanduk akan menjadi perhatian dan mendapat komen dari netizen. Ada yang baik tak kurang yang mencemuh. Justeru, atas nasihat daripada suami, Datuk Seri Siti Nurhaliza mahu kurangkan perkongsian gambar anaknya Siti Aafiyah di laman instagramnya.
Sekat komen negatif
“Apabila menjadi ibu selebriti, pasti anak akan kena tempias. Demkian juga suami. Tetapi kalau boleh biarlah saya seorang sahaja ke depan.
“Soal menerima komen orang lain, pada saya bagus juga orang bagi pandangan dan saranan kerana ada sesetengah perkara kita kurang arif. Jadi, kalau ada yang tegur, apa yang baik dan bagus saya akan ambil kira. Tetapi kalau ada yang sengaja dan berniat tak baik, senangnya saya akan sekat orang macam tu.
“Dengan kata lain, saya sekat orang yang bawa aura negatif. Kita tahu dia bukan nak bagi saranan. Sebaliknya ada niat lain. Jadi lebih baik sekat, Hati pun tenang.
Pasarkan produk sendiri
Ditemui dalam majlis Pelancaran Kosmetik Gold Edition serta mearikan ulang tahun ke 8 Simplysiti, akui penyanyi nombor satu Negara ini, dia hampir give up pada awal-awal menceburi bisnes tersebut. Namun sokongan dan dorongan suami membuatkan dia kembali bersemangat.
“Dulu rasa baik fokus pada nyanyian sahaja, sebab dalam bisnes kena ambil serius dalam semua benda. Tetapi suami cakap saya boleh buat tapi kena ada plan. Alhamdulillah, lama-kelamaan saya dapat hadapi semua masalah dengan baik. Sekarang saya dah boleh pasarkan sendiri melalui butik serta jual melalui online selain pasarkan di Watson.
“Walaupun modal untuk mengeluarkan produk banyak kerana banyak tahap yang perlu dilalui termasuklah buat kajian dan sebagainya, namun sambutan di pasaran cukup baik membuatkan saya menjadi lebih teruja dan semangat.
Produk penjagaan kesihatan
Melihat pada bentuk badannya yang kini kembali langsing, begitu pun Datuk Seri Siti tidak terfikir untuk mengeluarkan produk yang pelangsingan.
“Soal mengeluarkan produk pelangsingan badan, pada saya sudah terlalu banyak pilihan. Masyarakat di luar akan lihat apa yang kita ambil dan mereka mahukan keberkesanan. Jika saya ada amalkan satu produk nanti, saya akan kongsikan dengan orang ramai. Tetapi buat masa sekarang, lebih baik fokus pada kosmetik, skincare dan wangian.
“Cuma nanti saya akan keluarkan losen badan dan juga makanan kesihatan untuk dalaman. Produk ini sangat ‘peribadi’ untuk saya. Suami juga suka bab-bab pengambilan vitamin dan juga makanan kesihatan kerana dia amat mementingkan penjagaan kesihatan. Jadi, kami akan kongsikan apakah produk yang diambil.
“Malah, kami juga tidak menggunakan gimik kosong sebaliknya lebih kepada sesuatu yang bertanggung jawab untuk melariskan produk berkenaan. Apa yang penting kami beri ilmu kepada pengguna memandangkan produk Simplysiti boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat bermula dari usia sekolah menengah sehingga ke 40 tahun ke atas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat kes harian Covid-19 yang semakin melonjak dan kini jumlahnya mencapai angka lebih 20 ribu, timbul perasaan bimbang dan menyebabkan kita semua lebih berhati-hati.
Selain memastikan setiap kali keluar rumah akan memakai pelitup muka dan kerap menggunakan hand sanitizer. Bahkan tidak dinafikan kita juga akan kerap menggunakan kit ujian lebih meluas untuk memastikan diri dan keluarga benar-benar sihat untuk langkah berjaga-jaga.
Viral Kid Ujian Covid-19 Guna Air Paip Keputusannya Positif
Pun begitu, kesahihan keputusan kit saringan kendiri atau juga dikenali sebagai Rapid Antigen Test menggunakan sample air liur mula dipersoalkan apabila viralnya satu video yang dimuat naik oleh pengguna aplikasi TikTok.
Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat, terlihat seorang lelaki membuat ujian kit tersebut dengan menggunakan air paip.
Apa yang mengejutkan keputusan ujian tersebut menunjukkan positif, terlihat jelas dua garisan pada kid tersebut.
Beli Yang Original & Lulus KKM
Ekoran daripada video tersebut Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19 yang disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan keputusan tepat.
Ujarnya hanya kit ujian kendiri Covid-19 ‘asli’ dapat bertindak balas dengan air liur dan antibodi dalam sampel air liur yang diambil.
Jika palsu melakukan ujian terhadap air longkang sekalipun, kemungkinan keputusannya juga adalah positif.
Beliau berkata, tidak dinafikan ada kit ujian kendiri Covid-19 menunjukkan keputusan tidak jitu, sebab itu KKM menyarankan penggunaan kit ujian yang diluluskan sahaja.
“Pengguna perlu membeli kit ujian kendiri Covid-19 disarankan kerajaan dan di farmasi, ada banyak kit ujian itu yang murah dan palsu di pasaran sekarang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau memberi reaksi itu bagi mengulas berhubung video tular memaparkan keputusan kit ujian kendiri Covid-19 yang positif hanya dengan menggunakan air paip.
Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi warganet sehingga ada yang mempersoalkan berhubung keputusan kit ujian kendiri Covid-19 terbabit.
Dr Hanafiah berkata, penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak sesuai akan menyebabkan keputusan tidak jitu terhasil.
“Jika menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 palsu dan melakukan ujian terhadap air longkang sekalipun, kemungkinan keputusannya juga adalah positif.
“Harga kit ujian kendiri Covid-19 kini sudah murah, hanya RM6.90. Pengguna disarankan untuk mendapatkan kit ujian kendiri yang disarankan KKM,” katanya.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Menggayakan bahagian dinding dengan kemasan kaca akan memberi impak ruang lebih nampak luas, dan dalam masa yang samas terlihat begitu mewah bila disusun berbentuk diamond.
Pun begitu, bagi lebih menjimatkan kos, gaya dekorasi dinding ini boleh dibuat sendiri.
Nak tahu bagaimana, ikuti perkongsian daripada Amy Sharina Kaneshero ini. Jom semak.
Sekadar perkongsian hasil diy diamond mirror ‘bajet’ saya menggunakan cermin ikea LOTS.
Saiz cermin 8ft x 5ft
Total cermin 30pcs (8box) – 1box rm29.90 (4pcs) = rm239.20
Frame kayu 26ft = rm49.40
Pisau potong cermin = rm2.10
Pisau kene letak minyak tanah..saya tak dapat minyak tanah..so pakai minyak kapal terbang pun boleh.. kerosine jugak namanya kan
Sumber : Amy Sharina Kaneshero via Kelab Kaki Deko
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di