“Orang nak RM100,000 kita tak jual, jual tak ada untung simpan tak ada rugi,” luah penjual pokok keladi hiasan di dalam video yang dikongsikan di aplikasi TikTok milik @pemburujanda8339.
Video berdurasi 32 saat itu telah menarik perhatian warganet berkenaan harga pokok keladi tersebut.
Menurut penjual, dia ditawarkan oleh seorang pembeli yang ingin membeli pokok keladi miliknya jenis Guine 916 Gold dengan harga kira-kira RM100,000.
Bagaimanapun katanya, dia tidak akan menjual keladi kesayangannya itu kerana ingin membiakkan bakanya. Jadi bolehlah peminat keladi membeli anak-anak keladi yang ada dan ini difikirkan lebih menguntungkan baginya.
“Kita simpan untuk jual anak (benih), benih ini sahaja pun RM3,000 hingga RM4,000,” jelas penjual itu.
Menyedari harganya yang begitu bernilai, peniaga ini juga dilihat terpaksa merantai setiap pokok keladi yang ada kerana bimbang dicuri orang.
Susulan perkongsian video daripada lekaki ini, rata-rata netizen terkejut dengan harga keladi terbabit yang hampir menyamai harga sebuah Proton X70.
Ads
“Harga dia (keladi) dah boleh beli Proton X70 baharu dengan spesifikasi tinggi. Tetapi hobi orang berlainan, ada yang sanggup beli demi hobi,” kata Hajar Abdullah.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Guzs’s, ujarnya, “Dekat Selangor pun dah ramai bela keladi, ramai dah main. Ribu-ribu deap jual.”
Setelah seminggu beraya dan masing-masing sudah pulang ke kediaman masing-masing, rata-rata tidak lepaskan peluang untuk laksanakan ganti puasa puasa ramadan dan puasa enam.
Bila dah puasa ni, masuk pula pejabat, mula lah meriah kawan-kawan bawa makanan itu ini setelah seminggu bercuti. Kita pula yang jadi serba salah bila dijamu makanan tapi tak boleh makan sebab puasa ganti tersebut. Tapi… Sebenarnya, boleh ke kalau kita nak sesaja batalkan puasa tersebut ye? Hmm kalau nak tahu, jom semak jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan ini!
Soalan
Assalamualaikum, saya ada satu persoalan berkenaan dengan puasa ganti yang saya tinggalkan pada bulan Ramadan. Waktu saya ganti puasa tersebut, rakan saya menjemput saya untuk makan persoalannya, adakah boleh saya membatalkan puasa saya untuk memenuhi jemputan rakan saya itu. Sekian terima kasih.
Ringkasan Jawapan
Puasa ganti Ramadan adalah fardhu ain dan wajib ditunaikan. Oleh itu, tidak boleh memutuskannya atau membatalkan secara sengaja malah berdosa besar sekiranya melakukannya. Di samping itu, wajib menyelesaikannya sehingga sempurna melainkan dalam keadaan uzur yang disyariatkan seperti sakit, haid, atau bermusafir.
Huraian Jawapan
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Puasa Ramadan merupakan puasa yang wajib dikerjakan apabila tiba pada waktu yang ditetapkan. Ia telah ditetapkan oleh syarak ke atas setiap umat Islam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Surah al-Baqarah, 183)
Namun, sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk berpuasa atas sebab keuzuran seperti sakit, musafir, haid dan sebagainya maka wajib ke atasnya untuk menggantikan semula pada hari yang lain. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain
(Surah al-Baqarah, 184)
Berbalik kepada persoalan yang diajukan, hukum menggantikan puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadan adalah wajib. Oleh itu, tidak boleh untuk membatalkannya dengan sengaja tanpa uzur yang disyariatkan oleh syarak. Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ RA, katanya:
Maksudnya: Wahai Rasullullah, sesungguhnya aku telah berbuka sedangkan aku berpuasa”. Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Adakah kamu sedang mengqadhakan sesuatu (puasa)”. Beliau berkata: “Tidak”. Sabda Rasulullah SAW: “Maka tidak memudaratkan kamu (tidak berdosa) sekiranya ia puasa sunat
Rwayat Abu Daud (2456)
Dalam hadis ini Rasulullah meminta penjelasan dari Ummu Hani’ samada beliau berpuasa qadha tertentu dan setelah dijelaskan ianya adalah berpuasa sunat maka Rasulullah SAW menjawab bahawa tidak berdosa untuk sengaja berbuka bagi puasa sunat. Ini bererti jika puasa qadha maka adalah tidak dibenarkan untuk berbuka dengan sengaja .
Imam Taqiyuddin al-Hisni menyebut di dalam karyanya kifayah al-Akhyar:
Maksudnya: Sesiapa yang mengerjakan puasa ganti, sekiranya puasa yang perlu digantikan segera (seperti puasa yang sengaja dibatalkan tanpa uzur) begitu juga, sekiranya puasa boleh dilewatkan ganti (puasa yang batal kerana uzur tertentu seperti musafir dan sakit), menurut pandangan yang sahih dan nas daripada Imam al-Syafi’e di dalam al-Umm bahawa tidak boleh membatalkannya kerana telah melakukan perkara yang wajib dan tidak ada keuzuran. Oleh itu, dia wajib menyempurnakannya sepertimana seseorang yang menunaikan solat pada awal waktu maka tidak boleh membatalkannya.
(Rujuk Kifayah al-Akhyar, 1/207)
Puasa ganti Ramadan merupakan fardu ain yang diwajibkan ke atas mereka yang meninggalkannya. Oleh itu memutuskannya atau membatalkannya dengan sengaja adalah haram bahkan ia menyebabkan dosa yang besar. Syeikh Jamal menyebut di dalam hasyiahnya bahawa:
Maksudnya: (Menurut Imam Zakarian al-Ansari: haram membatalkan fardhu ain) sebahagian dari dosa besar sepertimana yang disebut oleh para ulama usul fiqh.
(Rujuk, Hasyiah Jamal ala Syarh al-Minhaj, 2/353)
Berbalik kepada persoalan yang diajukan serta penjelasan yang diberikan dapat disimpulkan bahawa puasa ganti Ramadan adalah fardu ain dan wajib ditteruskan. Oleh itu, tidak boleh memutuskannya atau membatalkan secara sengaja malah berdosa besar. Di samping itu, wajib menyelesaikannya sehingga sempurna melainkan dalam keadaan uzur yang disyariatkan seperti sakit, haid, atau bermusafir.
Pastinya buat ahli keluarga yang ada mengalami masalah kandungan paras gula yang tinggi dalam darah atau juga dikenali dengan penyakit kencing manis, berdepan dengan kesukaran untuk mengawal dan apatah lagi untuk menurunkan bacaan paras gula dalam darah.
Selain perlu mengambil ubat mengikut saranan doktor, perlu juga melakukan beberapa Perkara yang disarankan oleh doktor ini.
Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat memberi pencerahan buat kita semua memantau tahap kesihatan ahli keluarga agar kekal sihat.
TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH
1. Melakukan senaman
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
2. Kawal pengambilan karbohidrat
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
3. Meningkatkan pengambilan serat
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
4. Minum banyak air dan kekal hidrasi
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing. Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
5. Kawal pengambilan makanan
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
6. Pilih makanan yang kurang Glycemic Index
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. Kawal stress dan dapatkan tidur yang mencukupi
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
8. Pantau tahap gula dalam darah
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
9. Mengamalkan makanan yang kaya magnesium dan kromium
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.
10. Turunkan berat badan
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
a) Makanan yang perlu dielakkan pesakit diabetes
• Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
b) Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan
• Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.
c) Makanan yang boleh diambil secara bebas
• Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kentang goreng ialah kudapan yang digemarni oleh kanak-kanak. Rasanya yang rangup memang best.
Ramai orang menyukai kentang goreng. Tambahan pula jika membeli di restoran makanan segera yang terkenal.
Namun asyik beli aje, apa kata buat sendiri. Tapi bila buat sendiri selalu tak menjadi. Mesti lembik lepas goreng. Dah sejuk lagilah.
Nak buat tentu ada tipnya. Ini rahsianya nak jadikan kentang goreng jadi rangup.
Resepi Kentang Goreng Rangup.
Kentang goreng simple rangup diluar, lembut di dalam ~ macam kentang McD
Kali kedua buat kentang goreng homemade untuk difrozenkan… Anak saya suka sangat. Buat banyak-banyak setiap kali dia nak senang sebab dh ada dalam peti ais, tinggal goreng je balik. Yang penting berbaloi buat sendiri fries untuk anak dan nak bagi anak makan tanpa was-was dan sedap
Resepi cara saya Kentang potong jejari dan rendam dalam air + cuka – ikut suka nak rendam berapa lama, agak2 jer. Cuka pun agak-agak jer…
Option satu : Toskan dan gaul ngan tepung bestari yang original, nak pedas guna yang pedas, sampai semua kentang bersalut dengan tepung. Anak saya tak suka pedas…
Option dua : Kalau tak nak guna tepung bestari boleh guna tepung gandum campur tepung beras macam kita nak buat bancuhan goreng pisang. Jangan lupa letak juga garam sikit dan lada sulah… jangan bayak sangat, nnt pedas
Bila semua dh bersalut tepung, bolehla mula menggoreng
Kalau nak buat frozen, goreng sekejap jer lepas tu angkat dan tos minyak dia. Biarkan sejuk dulu…
Dah sejuk boleh masukkan dalam beg zip lock dan simpan dalam peti ais.
Bila anak nak makan boleh keluarkan kejap, pastu goreng sampai kekuningan.
Gerenti sedap! Mama goreng sikit, anak suh goreng lagi sebab tak cukup.