“Orang Nak RM100,000 Kita Tak Jual…” Penjual Pokok Keladi Hiasan Ni Sayang Keladi Jenis Guine 916 Gold

Share

“Orang nak RM100,000 kita tak jual, jual tak ada untung simpan tak ada rugi,” luah penjual pokok keladi hiasan di dalam video yang dikongsikan di aplikasi TikTok milik @pemburujanda8339.

Video berdurasi 32 saat itu telah menarik perhatian warganet berkenaan harga pokok keladi tersebut.

Menurut penjual, dia ditawarkan oleh seorang pembeli yang ingin membeli pokok keladi miliknya jenis Guine 916 Gold dengan harga kira-kira RM100,000.

Bagaimanapun katanya, dia tidak akan menjual keladi kesayangannya itu kerana ingin membiakkan bakanya. Jadi bolehlah peminat keladi membeli anak-anak keladi yang ada dan ini difikirkan  lebih menguntungkan baginya.

“Kita simpan untuk jual anak (benih), benih ini sahaja pun RM3,000 hingga RM4,000,” jelas penjual itu.

Menyedari harganya yang begitu bernilai, peniaga ini juga dilihat terpaksa merantai setiap pokok keladi yang ada kerana bimbang dicuri orang.

Susulan perkongsian video daripada lekaki ini, rata-rata netizen terkejut dengan harga keladi terbabit yang hampir menyamai harga sebuah Proton X70.

“Harga dia (keladi) dah boleh beli Proton X70 baharu dengan spesifikasi tinggi. Tetapi hobi orang berlainan, ada yang sanggup beli demi hobi,” kata Hajar Abdullah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Guzs’s, ujarnya, “Dekat Selangor pun dah ramai bela keladi, ramai dah main. Ribu-ribu deap jual.”

Sumber : Tiktok @pemburujanda8339

 

 

 

 

IKLAN