Anak bukan syarat utama bahagia selepas nikah dan bagi pasangan ini mereka merasakan untuk bahagia selepas bernikah tidak perlukan sebarang syarat.
Ikuti perkongsian NZ Nor Firdaus, seorang suami yang berhati mulia ini.
Ovari Isteri Dibuang Sebelah
Berapa orang anak sekarang?
Itu antara soalan yang biasa ditanya bila kita sudah berkahwin, namun pada mereka yang belum dikurniakan cahaya mata mungkin pada mereka itu soalan sensitif. Tapi insyallah tidak pada saya.
Mungkin ada yang tidak tahu, saya berkahwin dengan isteri saat ovarinya sudah dibuang sebelah. Maksudnya ada satu saja ovari, dibuang kerana kanser (panjang ceritanya dan berlaku sebelum saya kenal isteri).
Suami Tahu Risiko
Saat saya berkahwin saya sudah tahu apa risikonya, antaranya penyakit akan berulang mahupun kesukaran mendapat cahaya mata.
Ads
Tapi sudah namanya jodoh kan, kami pun berkahwin dan saya pun menerima isteri seadanya dan sudah berfikir panjang pada dua risiko utama itu.
Kadang-kadang ada yang tanya kenapa buat keputusan sedangkan tahu risikonya, ada yang tanya macam mana kalau tak ada anak, anak kan penyeri.
Sukar Hamil
Pada saya bahagia itu perlu diletak tanpa syarat. Kalau kita fikir berkahwin itu akan bahagia bila ada anak, anak itu boleh jadi juga satu cabaran. Kalau kita letak bahagia itu kerana kaya, maka kita mungkin diuji dengan ketidak cukupan.
Allah sudah sediakan saya sebelum berkahwin, saya berjumpa ramai pasangan yang tetap bahagia walaupun tidak dikurniakan anak.
Sebenarnya selepas berkahwin , isteri pernah dua kali mengandung, tapi dua-dua kali itu gugur. Hikmah gugur itu asbab kami buat check-up dan di situlah bermulanya kehidupan kami sering ulang alik ke hospital.
Mula-mula follow up sebab cyst, lama-lama jumpalah cancer. Memang fasa drama air mata itu memang keraplah kan. Siapa tak sayang isteri.
Ads
Foto: Canva.com
Lagi pula baru kahwin tak sampai 6 bulan lagi dan lumrah seorang wanita dia juga inginkan dirinya mampu lahirkan anak. Iyalah sebab bila doktor kata, harapan mengandung masih ada tapi risiko tetap ada. Saya terus cakap tak apa, anak kita tolak tepi kita kejar sihat dulu.
Saya selalu cakap dengan isteri, kita tak dikurniakan anak sendiri tapi hampir setiap hari Allah bagi peluang jemputan program. Selalu cakap dekat isteri, ini haa ramai anak-anak kita kena jaga. Allah itu Maha Adil, kadang-kadang Allah kurangkan sesuatu, Allah pasti lebihkan sesuatu.
Foto: Canva.com
Saja nak tulis post ini sebab saya faham ada sesetengah pasangan memang stres dengan soalan anak ini. Cuma pada saya dengan isteri selalu berbincang, jangan letakkan bahagia itu bersyarat kita akan stres nanti. Jadi kami cipta bahagia sendiri dan bersama. Kami bebas berjalan ke sana, ke mari. Makan berdua selalu tanpa gangguan.
Syarat Utama Bahagia
Yang dikurniakan cahaya mata, jagalah sebaiknya. Matinya anak adam, tiga sahaja bekalan yang masih boleh di bawa iaitu:
1. Doa anak soleh
2. Sedekah jariah
3. Ilmu yang bermanfaat
Ads
Dan memang sedih pada kami bila berurusan atau dengar kes-kes buang bayi, gugurkan bayi. Memang sedih, iyalah orang yang hendak Allah tak izinkan, yang dapat mudah-mudah melepaskan. Sedihkan.
Selepas Nikah
Kami yakin Allah sebaik-baik perancang.
Jadi kalau orang yang baru kenal dia tak sengaja tanya soalan anak ini saya akan cakap, anak sudah dekat syurga dan saya tidak ambil hati.
Saya mohon doakan isteri saya yang sedang melawan kansernya agar terus kuat dan doa juga saya pun kuat. Saya juga doakan semua sahabat-sahabat Facebook saya pun kuat dan dapat bahagia yang di cari dalam rumah tangga.
Ujian pasti datang pelbagai cara dan kebahagiaan juga akan datang dalam pelbagai cara. Cuma perlu yakin, usaha dan doa. Insyaallah.
Alangkah sedihnya seorang ibu apabila mendapatinya anaknya cedera ketika berada di sekolah. Pergi sekolah dalam keadaan sihat, apabila pulang dalam keadaan sebaliknya.
Berita mengejutkan itu tular menerusi perkongsian di Tiktok pemilik akaun nirwanaabdmuni yang berkongsi video memaparkan seorang murid sedang menangis dengan tangan berbalut dalam pakaian sekolah,
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Apabila mendapat panggilan daripada pihak sekolah, Puan Nirwana bergegas ke sekolah.
Alangkah terkejutnya apabila sampai di sekolah, Nirwana mendapati tangan kiri anaknya sudah bengkok.
Bercerita mengenai detik kejadian, Nirwana berkata anaknya sedang menunggu suaminya untuk dijemput pulang dari sekolah.
Pada waktu itu juga, ada seorang budak telah menolak anaknya dari arah belakang sekali gus mengakibatkan kecederaan tersebut.
Kawan Tolak Masa Balik Sekolah, Tangan Anak Patah
Merujuk kepada video yang dikongsi kelihatan murid ini menahan kesakita yang ditanggungnya.
Siapa sangka, kejadian tidak diingini ini berlaku ketika kanak-kanak sedang gembira untuk dari sekolah. Semoga adik ini diberi kekuatan dan kesembuhan segera.
Jika setakat sedikit selsema pada anak-anak saya yang berusia antara 5-7 tahun, tanpa demam atau batuk, saya tidak terlalu risau. Ini kerana tubuh mereka sedang menguatkan sistem daya tahan tubuh.
Ini penjelasan Dr Zubaidi Haji Ahmad yang ibu ayah kena alert.
BAHAYA UBAT SELSEMA PADA KANAK-KANAK
Kebanyakkan selsema pula disebabkan oleh jangkitan virus dan tidak perlu dibersihkan sebarang ubat.
Selalunya selsema akan baik sendiri, kecuali di saat tubuh anak menjadi lemah dan demam yang tinggi. Mereka memerlukan rawatan dari doktor.
Bagi kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah, penggunaan ubat selsema adalah sesuatu yang berbahaya.
Ini kerana ubat selsema terutamanya CHLORPHENIRAMINE boleh menyebabkan kanak-kanak mengantuk dan tidur. Yang lebih berbahaya mereka tidak dapat bernafas dengan baik dan boleh menyebabkan mereka berhenti bernafas.
Banyak kes di mana kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke bawah dibawa ke Jabatan Kecemasan akibat pemberian ubat selsema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.
Bayi atau kanak-kanak yang dibawa selalu tidak bermaya, muka dan tangan berwarna kebiru-biruan kerana tidak bernafas dengan baik.
Nasihat saya agar berhati-hati jika diberkan ubat ini. Jika atas nasihat doktor, dapatkan penjelasan yang secukupnya.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.Jom kita cuba
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di