Perasan atau tidak, jika kita membeli vitamin contohnya, akan ada didalamnya satu plastik kecil yang mengandungi butiran lutsinar. Apakah itu?
Sebenarnya, ia adalah ‘Oxygen absorber’ diletakkan bertujuan untuk memastikan produk tersebut kekal kering dan menghindarkan dari berkulat.
Pun begitu, sebagai ibu bapa pastikan anak-anak kita tidak termakan isi di dalam bungkusan kecil tersebut yang boleh mendatangkan keracunan pula.
Untuk lebih faham, ini dijelaskan oleh Pusat Racun Negara. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
‘SILICA GEL’ vs ‘OXYGEN ABSORBER’ SAMA TAPI TIDAK SERUPA
Pernahkah anda menjumpai bungkusan kecil yang mengandungi biji-biji kecil lutsinar yang tertulis ‘Silica gel’ di dalam kotak kasut yang baru atau ‘Oxygen absorber’ di dalam botol vitamin yang baru dibuka?
Ads
Pusat Racun Negara seringkali menerima laporan kes termakan kedua-dua bahan ini terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Ada di antaranya disebabkan oleh rupa ‘Silica gel’ yang seakan-akan gula-gula dan menarik perhatian kanak-kanak untuk membuka bungkusan dan memasukkan kandungannya ke dalam mulut.
Percaya atau tidak? Ada juga orang dewasa yang termakan ‘Oxygen absorber’ dengan mi segera kerana bungkusannya menyerupai bungkusan perencah mi segera.
Tahukah anda fungsi kedua-dua bahan ini?
Ads
‘Silica gel’ adalah penyerap lembapan manakala ‘Oxygen absorber’ adalah penyerap oksigen dan mempunyai FUNGSI YANG SAMA.
Kedua-duanya diletakkan di dalam bungkusan produk supaya sesuatu produk itu tidak mudah rosak, tidak teroksida atau tidak berkulat, dan memanjangkan jangka hayat produk.
Namun, apakah perbezaan antara penyerap lembapan dan penyerap oksigen?
PERBEZAAN PENYERAP LEMBAPAN DAN PENYERAP OKSIGEN
Ads
#1 KEGUNAAN
Kegunaannya mungkin berbeza mengikut kesesuaian produk. Penyerap lembapan biasanya diletakkan dalam produk pembungkusan seperti kasut atau beg tangan. Manakala penyerap oksigen pula biasa didapati dalam pembungkusan produk-produk makanan dan ubat-ubatan.
#2 KERACUNAN
Kebiasaannya kandungan penyerap lembapan adalah gel silika. Secara umum, gel silika tidak beracun namun berpotensi menyebabkan saluran pemakanan tersumbat jika termakan dengan jumlah yang sangat banyak terutamanya oleh kanak-kanak kecil.
Penyerap oksigen pula kebiasaannya diperbuat daripada serbuk besi (‘iron’) yang berwarna hitam. Bahan ini adalah toksik dan jika seseorang keracunan besi, ia akan menyebabkan simptom-simptom seperti muntah-muntah, cirit-birit (najis berwarna hitam) dan sakit perut. Malah, keracunan yang teruk boleh menyebabkan muntah darah, tekanan darah rendah, paru-paru berair dan kerosakan hati.
Oleh itu, berhati-hatilah menyimpan produk yang mempunyai kedua-dua bahan ini. Sentiasa pastikan bahan ini disimpan jauh daripada capaian kanak-kanak.
“Malu.. lama tak nangis.. sampai lupa dah mcmana cara nangis.. tu yg tak terkawal tu. Terima Kasih Mey. Mey pun baik sangatttt sangattt sangat! Banyak persamaan kita ni.
Itu antara bibit-bibit luahan hati Abby Abadi di laman instagramnya selepas sesi seminar bersama Ustaz Ebit Lew.
Usai tamat seminar berkenaan, pasangan ini, Norman, memey, Abby dan Jai berbual dengan Ustaz Ebit lew. Turut hadir termasuklah dua orang anak mereka iaitu Danish dan juga Marissa.
Dalam perbualan tersebut, memey meluahkan perasaan terharu dan bersyukur dengan penerimaan dan juga sikap Abby yang terlalu baik dengannya.
Dalam masa yang sama Abby juga turut memberitahu Ustaz Ebit Lew bahawa keakraban hubungan mereka itu disalah tafsir oleh pihak lain yang beranggapan mereka hanya berlakon.
“Sebenarnya dalam kami nampak terlalu baik ustaz ni pun sampai ada orang kata kami berlakon. Saya pun tak tahu sebab dari awal mereka kahwin, saya dah tak marah, sekejap sahaja saya marah kerana anak-anak masih kecil dan terima hakikat.
“Saya pun ada salah dan sama-sama tak berjaya rumah tangga tu dan alhamdulillah saya dapat reda dengan keadaan dan tahu jodoh sampai setakat itu. Tapi saya bersyukur sangat walaupun begitu Allah bagi anak- anak yang baik, cerdik dan cantik,” ungkap Abby lagi.
Pengakuan tulus dari pasangan ini turut mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Ada yang memuji dan tak kurang sebak mendengar kisah mereka ini.’
norenne_simanjuntakOh ya ALLAH ka @abby_abadi112 .. Mulia nya hati insan2 yg ada sekeliling awak…doakan family saya penuh dgn kasih sayang..
saaidahidahSemua ini ketentuan takdir Allah.. terima dgn hati yg redha dan ikhlas wpun pahit.. insyaAllah kemanisan terserlah akhirnya..percayalah setiap yg terjadi ada hikmah disebaliknya dan Allah gantikan dgn yg lebih baik
ctmarhainieTahniah kakak..@abby_abadi112@memeysuhaiza…idola,inspirasi bt jiwa saya….walaupun pernah ditimpa masalah kekecewaan ttp skrg diberi keredhaan dlm diri malah tauladan bg kami semua.
nurul_kojiMata masuk habuk…saya salah 1 keluarga macam kak @abby_abadi112..alhamdulillah arwah mak arwah abah didik kami tidak membenci..malah didik kami lebih rapat..walaupun arwah mak abah dah tak ada tapi kami masih ada mak tiri yang baik hati..semoga keluarga kak @abby_abadi112 Abg @normanhakim_786@memeysuhaiza@jaiezzany Bahagia hingga jannah..insyaallah amin..
Perempuan yang tabah dan kuat
siti5090Kuat betol kak abby nie…siti kagum dengan semangat akak sekluarga… manisnya ikatan kerana Allah.
mekla_touchterharu nyaa???sbrnya kak eby dan memey ada lahh perempuan yg sgt tabah da kuat.. norman hak dan suami kak eby skrg pn lelaki yg sgt faham.. saya respect kluarga sunnah ni.. Allah..jaga silaturahim kluarga kami sptmana silaturahin mereka.. ya Allah peliharalah kluarga mereka spya selalu bsatu hgga ke jannah mencari redhamu… nanges pg2 ni.. tgok vd ni.. allahu..
qizz_inai_artYa Allah kak Abby..mulianya hatimu..kuatnya hatimu…semoga kluarga kalian stsa drahmati dan bsama hgga ke jannah..amin
Ukhwah terjalin keluarga contoh
leha_gojesAllahuakbar…keluargajannah ni dulu nya penuh dgn ujian dr tuhan kini keluarga ni diberikan kebahagian alhamdullilah..sy suka sgt tengok keluarga ni semoga allah merahmati kamu sekeluarga dan diberikan anak2 yg soleh solehah..dan sematkan dlm hati kasih sayang yg berpanjangan..Amin
aienejam_umarSemoga ukhwah terjalin selamanya..alhamdullilah..semoga allah sentiasa merahmati keluarga yg mulia ini dan mjadi kan contoh tauladan yg baik bagi semua org.sesungguhnya perjalanan allah beri sgt indah dan baik sekali tuk menjadi keluarga bahagia..amen sy doakan…kak @abby_abadi112 Dan kak @memeysuhaiza Serta suami dan anak2 yg berada di sisi..
queenshanti83Family yg sgt2 trpuji dn trbaik…bla dgr ja dorg ckp bikin ngis.Semoga mjd kluarga yg sntiasa bhgia hngga ke jannah.
Malah, Ustaz Ebit Lew turut merakamkan rasa terharu dan sebak melihat keakraban pasangan ini.
“Sebak sangat dapat berkongsi dalam keluargasunnah sepanjang hari ini. Ramai yang menangis. Dapat berbual sekejap waktu rehat tengah hari dengan keluarga yang sangat baik ini.
“Terkesan dengan akhlak dan budi bahasa keluarga ini.. Bila melihat anaknya muda-muda dah hafal Al-Quran dan betapa bahagianya keluarga ini walau melalui ujian. Subhanallah..hari ini saya cemburu…Sepanjang hari tangisan mereka buat saya rasa seperti sebuah keluarga dalam keluargasunnah hari ini….dengar bagaimana sifat dan didikan solat dan Al-Quran di rumah bersama anak-anak dari kecil..marilah kita semua hidupkan rumah kita dengan amalan Talim.
“Dengar bagaimana abby abadi menasihati dan ajak memey mula bertudung dan menutup aurat serta hadir program keluargasunnah ini. Subhanallah.mereka saling berpelukan dan tengok tangan mereka sentiasa memberi semangat. Ya Allah..subhanallah..tiadalah semua itu hanya kerana Allah.
“Itulah kekuatan paling kuat. Dengar memey cerita bagaimana normanhakim sangat jaga solat fardhu dan tak tinggal solat tahajud dan dhuha..Allahuakbar.
Kalau makan roti bakar sedap lah kan disapu dengan peanut butter tak pun perisa lain seperti coklat mahupun strawberi. Biasanya ini semua kita beli je di kedai. Apa kata kali ini ibu-ibu buat sendiri. Lagi menjimatkan dan paling penting terjamin kebersihannya selain dapat kurangkan penggunaan bahan seperti gula, garam dan minyak.
Homemade Peanut Butter yang yummy untuk bekalan anak di asrama.. peanut butter yang dibuat sendiri ini insya Allah yang lebih baik sebab kita yang control ingredients nya.. kita boleh control penggunaan gula, garam serta minyak dalam peanut butter buatan sendiri.. biasanya akak sterilizekan dulu balang kaca yang nak diguna supaya peanut butter boleh disimpan lebih lama.. setakat ni peanut butter buatan sendiri ini boleh bertahan hingga satu bulan pada suhu bilik..
********************************** Homemade Peanut Butter Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Bahan2 untuk buat peanut butter: * Kacang tanah * Sedikit garam (saya guna garam buluh) * Sedikit pemanis (saya guna madu.. boleh guna gula, stevia atau lain2) * Sedikit minyak – optional (saya guna 2 sudu teh minyak zaitun untuk setiap 500g kacang tanah.. boleh guna minyak kacang, minyak jagung, minyak sayuran atau lain2.. Penggunaan minyak adalah sebagai stabilizer dan supaya menghasilkan peanut butter yang lebih halus dan tahan lebih lama).
Cara buat: * Kacang dipanggang hingga masak.
* Buangkan kulitnya.
* Masukkan ke dalam blender kering (isi separuh penuh saja) dan kisar.
* Tambah garam, pemanis dan minyak (jika suka) secukupnya dan kisar lagi hingga halus.
* Untuk membuat chunky style peanut butter, cuma tambah sedikit kacang tanah yang dikisar kasar.
Untuk menyimpan peanut butter pada suhu bilik pada jangka yang lebih lama (dalam sebulan), syerilizekan dulu balang yang akan digunakan dengan cara ini: * Rebus balang kaca bersama penutupnya. Biar mendidih selama 10 minit. * Toskan balang kaca dan penutupnya. * Balang kaca dimasukkan ke dalam oven dan dibakar selama 20 minit pada suhu 120-130 darjah manakala penutupnya dikeringkan saja. * Biar balang sejuk dulu sebelum diisi dengan peanut butter.
Nota: Untuk pastikan supaya peanut butter buatan sendiri tahan lebih lama, pastikan barangan yang diguna untuk menyediakan peanut butter seperti mangkuk, blender kering, sudu dan lain2 dalam keadaan kering. Pastikan juga tiap kali cedok peanut butter ini, guna sudu atau pisau butter yang kering.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendidik anak-anak, kita sebagai ibu bapa bukan sakadar membantu anak-anak untuk mengenal huruf A B C dan seterusnya lancar membaca.
Melihat perkembangan pembelajaran anak-anak yang memberansangkan, jangan pula kita lupa atau abaikan 6 perkara ini. Walau terlihat mudah, namun cukup memberi kesan dalam kehidupan anak.anak.
Nak tahu apakah itu, ikuti perkongsian daripada Dr Taufik Razif ini.
Bahaya jika mak ayah terlepas pandang 6 perkara ini tentang anak anaknya sendiri
1. Akil baligh anak
Anak akan mencapai umur akil baligh mereka ketika berumur 9-16 tahun. Jangan lupa siapkan ilmu persediaan akil baligh di awal usia supaya anak kita tak terkejut dan tertekan dengannya.
2. Kaedah mencuci air kecil bagi anak lelaki
Anak lelaki cara membersihkan air kecilnya agak berbeza daripada anak perempuan. Jangan lupa ajarkan anak lelaki kita Istibra’ iaitu berdehem selepas membuang air kecil.
Bahaya jika anak lelaki tak tahu tentang Istibra’ ini walau dah meningkat usia. Risau kalau kalau ibadahnya tak sah sampai umur dewasa.
3. Perkembangan emosi anak
Anak kecil kita kawalan emosinya ( self-control ) masih belum develop dengan sempurna. Bagilah anak peluang dan masa
Jangan sampai terlupa yang anak kita bukannya sengaja untuk membuat kita sakit hati dengan perangai mengamuk dan menangis mereka tetapi kerana kawalan emosi mereka masih belum terbentuk sempurna
4. Kesan jajan pada otak anak
Otak anak kita paling cepat berkembang di awal usia mereka terutamanya ketika berumur 6 tahun ke bawah.
Ketika itu, makanan tak sihat seperti jajan dan makanan yang diproses ( processed food) seperti daging burger, nugget dan sosej sangat mempengaruhi otak dan IQ anak kita. Ada kajian menunjukkan jajan yang diberi pada anak berumur 3 tahun dan ke bawah terbukti boleh efek IQ mereka
5. Didik anak mengikut fasa perkembangan mereka
Anak berumur 0-7 tahun masih berada di fasa awal perkembangan. Didiklah mereka dengan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian.
Umur 8-11 tahun pula adalah fasa untuk membentukan habit, rutin dan disiplin diri ( self discipline) . Ketika ini ketegasan kita sebagai ibubapa sangat diperlukan. Asalkan tidak keterlaluan.
6. Anak banyak bertanya
Anak yang banyak bertanya biasanya sedang dalam fasa ‘why-stage’. Ketika itu mereka sebenarnya sedang belajar memahami dunia di sekeliling mereka dan sedang belajar menguatkan ‘critical-thinking’ mereka.
Janganlah kita sakit hati dengan pertanyaan mereka sehingga kita menengking dan mendiamkan mereka. Ditakuti anak kita serik untuk bertanya lagi dan mengganggu perkembangan mereka.
Ajarkan juga ilmu ini pada pasangan kita kerana mendidik anak bukanlah tugas individu seorang. Mendidik anak memerlukan kerjasama kedua belah pihak yang saling sokong dan saling sayang.
Sumber : Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di