Sekiranya belum ada idea lagi nak masa apa dengan daging yang tersedia di dalam peti sejuk, apa kata anda sediakan menu ringkas tetapi rasanya cukup padu untuk anda sekeluarga nikmati. Lain tak bukan adalah menyediakan menu Daging Goreng Kunyit. Resipi ini pastinya menjadi antara menu kegemaran keluarga!
Pun begitu, tidak semua tahu bagaimana cara atau tip untuk pastikan daging yang digoreng bukan sahaja lembut rasanya malah tidak kecut bila dimasak. Sehubungan dengan itu, Nana Ismail telah berkongsi rahsia untuk mendapatkan hasil gorengan Daging Goreng Kunyit yang sempurna. Malah menurutnya, bila dimasak menggunakan teknik yang dikongsikan akan menjadikan daging kekal berjus dan tidak kecut. Ini perkongsiannya;
TIPS NAK GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DAN CARA YANG BETUL
Ramai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak. Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas ja.
Ads
Daging tu nak senang potong dan tak juling mata nak usya urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak. ( dalam dia of coz la masih mentah). Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong. Takdelah dia nyekk nyekk macam jeli.
Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat laaa.
Ads
Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging bubuh kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan?
Lepas tu korang bubuh minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja.Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjus gitu.
Ads
Lepas tu macam biasa lah tumis bawang, cabai, bubuh sayur kemudian bagi terjun balik daging tu. SETTLE!
Jika sebelum ini setiap kali ingin memasak nasi impit, mesti cari ketupat segera yang ada dijual di pasaran. Jadi apa kata raya kali ini kita buat kelainan dengan sediakan sendiri nasi impit sepertimana yang dikongsikan oleh Nor Abdul.
Ini perkongsiannya.
Hari ni sis nak share cara mudah buat nasi impit. Cepat, Murah, diyakini bersih dan senang!
Bahan bahan yang diperlukan :-
-Plastik 8×5 (kualiti tebal – RM8.50 500pcs. 1 helai kos tak sampai 2sen)
-Beras paling murah (Macam sis punya ni 1KG RM4 je.. cari yang murah je. Beras hancur pun takpe. Jangan pakai beras basmathi pulak. 1kg ni boleh dapat dalam 5-6 packs nasi impit size tapak tangan
-Cawan
Cara cara:-
1. Masukkan 1 cawan beras ke dalam plastik. Kemudian boleh sealkan. Kalau takde sealer boleh je guna lilin atau lighter, kemudian lalukan ke plastik tu. buatla apa apa cara pun janji beras tu tak keluar. Jangan kau letak selofan tape atau stapler udah.
2. Dah siap seal, tebuk lubang guna pisau boleh atau garfu pun boleh. Tebuk depan belakang. Kecik kecik je janji ada ruang air boleh masuk. Jangan sampai bocor plastik tu udah.
3. Dah siap, masukkan lah dalam periuk, dan rebus sampai masak. Biasanya dlm 30mins, siap dah.
4. Senang kan? Tak payah susah nak masak nasi, himpit nasi tekan tekan bagai. Buat je sendiri macam ni kat rumah, lagi senang.. Murah, confirm cantik kejadiannya. Dan yang pasti, Lagi cantik dari beli nasi impit siap kat kedai tu
Pelakon dan penyanyi, Safura Ya’cob telah berkongsi khabar duka mengenai anak perempuannya, Noor Shafiela yang telah kembali ke rahmatullah.
Perkongsian tersebut dimuatnaik Safura menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah…ciuman terakhir mama buat Not…wangi seharum kasturi …semoga Allah tempatkan kamu anak ku Noor Shafiela didlm syurga Allah…..Aamiin..,” kongsinya.
Perkongsian duka itu.mendapat perhatian ramai termasuk rakan selebriti yang mengutuskan salam takziah buat Safura sekeluarga.
Sekadar makluman, Safura turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurul Natasha Abdul Rani dan Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi, hasil perkahwinan yang terdahulu.
Safura kemudiannya bertemu jodoh dengan pelakon Sahronizam. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2005 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Yusoff Firdaus, 12, Zara Nur Aisyah, 11, Ariana Sofia, 7 dan Nur Aisyah Mariam yang telah meninggal dunia ketika berusia tiga tahun pada 2008.
Penceraian menyebabkan ibu bapanya tidak berhubung dan bekas ratu cantik Malaysia ini membesar tanpa kasih sayang dan sentuhan seorang bapa.
Sehinggalah bapanya meninggal dunia ketika usianya 8 tahun. Waktu itu barulah dia tahu itulah bapanya manakala ibunya sibuk dengan urusan kerja.
Itu antara sebahagian picisan kisah hidup primadona filem, Erra Fazira atau nama sebenar, Fazira Wan Chek.
Memori sedih ketika zaman kecilnya itu tidak pernah padam, sebaliknya terkunci kemas di sanubari hingga tiada siapa mampu menebaknya.
Kasar tapi terselit ‘gegirl’
“Sebagai anak sulung dalam keluarga, mak saya terpaksa membesarkan adik-beradik yang lain. Jadi, saya terpaksa tinggal di kampung dan dibesarkan oleh nenek. Sehinggalah umur 4 tahun saya di ambil oleh mak dan dibawa ke Kuala Lumpur.
“Bayangkan usia saya begitu saya tinggal keseorangan bila mak keluar bekerja hanya jiran yang melihat sesekali. Dari umur 4 tahun sehingga menginjak ke usia 19 tahun, saya dibesarkan sebagai anak tunggal. Tidak ada adik dan bayangkan mak tiada, semua kerja saya lakukan sendiri. Memang sangat ‘tough’ waktu itu.
“Semua urusan saya lakukan sendiri. Mak tak pernah memanjakan saya. Jadi saya membesar sebagai seorang wanita yang kasar tapi ada juga terselit ‘gegirl’. Sebelum jadi Miss Malaysia, ramai yang nak jadikan saya penyanyi dan saya pun teringin tapi mak tak benarkan. Memang mak ‘bantai’ memang dia buat betul-betul. Paling hebat saya pernah kena adalah dipukul dengan papan dinding rumah kayu.
‘Selain itu, dengan tali paip akibat kesalahan yang saya lakukan. Saya ni jenis yang suka tolong orang. Ibaratnya saya ‘robin hood’ sehinggakan salah orang saya yang kena. Walaupun waktu itu saya agak nakal dan tidak siapkan kerja rumah. Tapi pelajaran saya okey,” ungkap Erra Fazira yang membuka bicara dalam program di Balik Idola.
Jadi penyanyi
Tawaran sebagai penyanyi diterima dan ibunya setuju dengan syarat tamat sekolah terlebih dahulu. Pertama kali dapat duit usai menyanyi, Erra meminta ibunya berhenti kerja.
“Waktu itu mak cakap boleh ke saya tanggung semuanya, rupanya tanggung jawab sangat berat. Bukan hanya wang ringgit tapi masa harus dikorbankan pada usia muda. Kemudian, datang pula tawaran berlakon.
“Pertama kali berlakon filem Sembilu. Daripada orang yang tiada apa-apa membawa kepada saya dikenali ramai apabila filem itu Box Office,” ujar Erra lagi yang mengakui setiap lagu yang menjadi siulan dan filem yang box office adalah hadiah terindah dalam hidupnya.
Anak anugerah terindah
Selain berkongsi mengenai kisah zaman kecilnya, Erra Fazira secara eksklusif turut bercerita mengenai fasa sukar bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya usai perceraiannya bersama Engku Emran
“Tiada orang yang berkahwin nak jodohnya pendek. Tapi itu semua aturan Allah. Alhamdulillah dengan jejaka E saya dianugerahkan Allah anugerah terindah, iaitu anakanda saya Engku Aleesya. Pertama kali dia berada di dalam dakapan saya, pertama kali mata bertentang mata mengalir air mata saya. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kecundang.
“Paling sedih bila terpisah dengan anak. Rasanya ini dugaan Allah sebab apa yang saya suka, Allah ambil. Bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima berpisah dengan anak. Orang tak tahu, ingat saya tak anak ambil anak. Ada kisah di sebaliknya. Tidak ada ibu yang berpisah dengan anak, berkongsi. Biarlah…orang kata kita berkorban untuk kebahagiaan anak bersama bapanya.
Sanggup sakit demi anak
Dibesarkan oleh ibu tunggal tanpa mengenal erti kasih sayang seorang ayah, membuatkan Primadona filem melayu ini tidak mahu anaknya mengalami nasib yang sama.
“Saya tak boleh dengar, sangat sensitif bila orang bercerai kemudian bergaduh rebutkan anak. Saya sensitif sebab saya dah lalui ketika kecil, saya dipisahkan dari bapa. Jadi bila jadi pada saya, saya berazam tidak mahu lalukan itu pada anak saya.
“Anak saya wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya. Walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini saya sakit tidak mengapa, asalkan anak saya bahagia. Alhamdulillah sehingga ke hari ini, anak saya bahagia dan matang dari usianya dalam menerima keadaan ini,” katanya lagi sambil mengalir air mata.
Allah itu Adil
Akuinya, dia hanya dapat bersama anak dalam seminggu tu dua hari. Sehingga ke hari ini bila terpisah dengan anak, dia menangis.
“Ia bukan suatu yang mudah. Tetapi demi kebahagiaanmu anak, mom korbankan. Biar dia terima kasih sayang yang secukupnya. Saya yakin Allah itu adil. Saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya tapi baik di masa hadapan,” ujar pelantun lagu Yang terindah Hanyalah Sementara ini.
Nak jadi anak terbaik
Erra berpegang pada prinsip sesusah mana pun kita, ada orang lain yang lebih sakit dan susah. Itu yang membantu Erra dalam mencari kekuatan diri.
“Ada orang lain yang lebih sakit dan susah dan selalu cakap pada diri ada orang lain yang lebih susah dari saya. Macam mana pun dalam hidup, jangan mudaratkan orang lain.
“Untuk Alesya, awak tahu mom sangat sayangkan kami. Mom nak kamu besar jadi anak solehah berjaya di dunia dan di akhirat. Mom cakap selalu pray to Allah. Susah pun Pray, rindu Mom pun pray.
“Untuk mak, Erra cuba jadi anak yang terbaik, nak jadi anak yang dibanggakan. Doakan Erra diberi kesihatan yang baik dan jaga mak sehingga ke akhir hayat. Erra sayangkan mak,”ungkap Erra.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.