Berat mata yang memandang, berat lagi bahu ibu tabah ini memikulnya. Tidak tergambar akan kehidupan mereka yang terpaksa bersempit di dalam bekas reban ayam sebagai ‘syurga’ mereka anak-beranak.
Cukup memilukan dan tersentuh hati tatkala membaca kisah ibu muda beranak empat ini. dek kerana kesempitan hidup dia memilih untuk tinggal di bekas reban ayam milik ibunya.
Rabiatul Adawiyah Ayub, 32, bersama anaknya, Wan Nurdhiya Irdina Wan Rubuan, 7; Wan Mohd Aniq Anaqi, 6; dan Wan Mohd Firas Irfan, 3, tinggal di ruang sempit itu sejak sebulan yang lalu. Namun anak bongsunya berusia setahun, Wan Mohd Harraz Naufal diserahkan dibawah jagaan seorang kakaknya yang bersimpati dengan nasib mereka anak-beranak.
Kisah Rabiatul dan anak-anak yang tinggal di reban ayam tersebut tular sehingga netizen mengeluarkan pelbagai andaian. Namun, ibu tunggal ini menafikan dia sengaja mahu memalukan keluarga.
“Saya bukan berniat menarik perhatian orang atau memalukan keluarga apabila tinggal di tempat ini tetapi kerana tidak mahu menyusahkan orang lain,” katanya lagi.
Bercerita lanjut mengenai kehidupan mereka, segalanya berubah selepas dia berpisah dengan suaminya, tahun lalu.
Lebih teruk katanya, bekas suaminya tidak mampu untuk menampung keperluan anak-anak apabila mengalami cedera parah susulan terlibat dalam kemalangan.
Ads
Katanya, sebelum ini mereka tinggal di Machang, namun terpaksa pindah selepas gagal membayar sewaan rumah ditanggung bekas suami yang bekerja sebagai pemandu lori.
“Saya berpisah dengan bekas suami pada November tahun lalu. Namun, bekas suami masih memberi nafkah dan membayar sewa rumah kami sekeluarga. Bagaimanapun pada Januari lalu, bekas suami terbabit kemalangan dan sejak itu, kami tidak dapat membayar sewa.
“Bulan lalu, saya mengambil keputusan pulang ke rumah ibu dan tinggal di sana selama seminggu. Namun, saya kasihan melihat ibu terpaksa melayan kerenah anak saya yang sedang membesar.
“Oleh itu, saya meminta izin tinggal di bekas reban ayam di belakang rumah ibu. Bagaimanapun, saya sedih kerana selepas kisah tular, banyak cerita tidak betul ditokok tambah sehingga memalukan ibu sedangkan beliau banyak membantu.
Ads
“Malah, saya difitnah mahukan perhatian dan meraih simpati orang. Saya tinggal di bekas reban ayam kerana ini sahaja pilihan yang ada. Saya memang tiada wang hendak menyewa rumah,” katanya.
Rabiatul Adawiyah berkata, mereka hanya menumpang tidur di bekas reban itu, manakala makan minum dan basuh pakaian banyak dibantu ibunya yang turut menanggung anak lain di rumah.
Beliau yang sebelum ini suri rumah, berusaha mencari pendapatan dengan menjaja barangan seperti pakaian kanak-kanak . Dalam masa yang sama , mereka hanya makan nasi sekali sehari untuk mengisi perut.
Ads
“Memandangkan anak-anak masih kecil, sukar untuk saya bekerja. Buat masa ini saya jual kain yang dibekalkan oleh kakak. Selepas hantar anak sulung ke sekolah, saya akan mula menjaja kain atau kutip duit jualan kain.
“Setiap hari pada waktu pagi atau tengah hari saya akan beli nasi bungkus untuk makan bersama anak-anak.
“Waktu petang dan malam, kami ikat perut atau makan makanan ringan,” katanya.
Ketika ini, katanya, beliau sedang berikhtiar melunaskan yuran persekolahan anak sulung dan wang proses dokumen perceraian bagi membolehkannya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Jika ada pihak ingin membantu, saya berharap mendapat modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan supaya dapat memberi kehidupan lebih selesa kepada anak,” katanya yang juga anak keempat daripada 10 beradik.
Kisah hidup Rabiatul dan anak-anak mendapat perhatian sehinggakan ramai individu dan pihak yang datang menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai, barangan keperluan dan makanan. Malah bahan untuk membina rumah juga dihantar ke tempatnya.
“Hari ini ada orang parti politik datang jenguk, saya tak kenal. Ada orang lain daripada NGO, mereka ada bagi sumbangan bekalan makanan dan duit.
“Selain itu ada yang mula menghantar barang-barang untuk membina rumah. Katanya rumah akan dibina tidak lama lagi untuk menggantikan reban ayam ini,”katanya.
Rabiatul berterima kasih dengan keprihatinan masyarakat yang sudi membantu keluarganya itu. Kepada mereka yang mahu membantu, boleh menghubungi keluarga ini di talian 017-9689519.
Penyampai radio , Shiera membuktikan penceraian tidak membuatkan hubungan antara dia dan bekas suami terputus begitu sahaja.
Umum mengetahui, dia mempunyai seorang anak perempuan bernama Allisya hasil perkahwinan terdahulu bersama vokalis kumpulan lagenda, Black Dog Bone, Jatt Ali.
Namun hubungan mereka masih kekal baik daripada dulu sehingga kini. Bahkan pernah sebelum ini,shiera memuatnaik gambar bekas suaminya datang berkunjung ke rumahnya.
Terbaru, ibu kepada lima cahaya mata ini berkongsi gambar-gambar dan video ketika berlangsungnya majlis merisik anak sulungnya itu menerusi Instastory Shiera.
Turut kelihatan dalam majlis tersebut adalah Jatt dan isterinya dikenali sebagai Ree. Yang pasti, insan paling sibuk adalah shiera memandangkan dia ibu bakal pengantin sementelah ini adalah majlis pertama dalam keluarga mereka.
Dalam meraikan majlis anak sulungnya, Sempat lagi Jatt jamming bersama Airra dan Airell .
Malah menurut Shiera, anak-anaknya bila bergabung dengan Papa Jatt, memang gamat jadinya. Seronok tengok hubungan baik yang terjalin antara mereka.
Tak lama lagi bakal mendapat menantu sulung, pasti tak sabar Kan. Bertambah meriah dengan kehadiran ahli keluarga baru tak lama lagi. Moga semuanya berjalan lancar.
Risaukan apabila anak demam lebih tiga hari. Apabila bagi ubat demam, masih tidak kebah demamnya. Jangan ambil mudah mengenai ini, hanya dengan memberi ubat demam sahaja. Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak–anak terutamanya kesihatan mereka. Jalan terbaik adalah segera membawa anaka berjumpa doktor.
Ikuti nasihat Dr Ezairy M.Sallih, Doktor Otorinolaringologi (ENT) moga menjadi panduan bersama supaya ibu bapa memantau kesihatan anak-anak.
KENAPA PESAKIT PERLU BERJUMPA DOKTOR?
“Doktor, anak saya sudah tiga hari demam, sakit tekak dan hari ini tak boleh makan, bahaya tak doktor?”
“Ibu saya dah dua bulan ada ketulan kat leher dia, tekan tak sakit, kena buang tak, doktor?”
Soalan-soalan seperti ini bukanlah jarang untuk saya temui. Setiap hari saya terima puluhan mesej di sini dan di emel berkenaan soalan-soalan seumpama ini. Saya akan jawab secara ‘general’ segala masalah yang dialami.
Perlu diingatkan, semua diagnosis secara tepat perlu kepada beberapa langkah yang mesti dilakukan. Kemudian, diagnosis tepat kepada pesakit dapat dikenalpasti.
Doktor perlu menjalankan langkah seperti berikut
1. History taking
Sejarah lampau pesakit perlu diketahui. Apa pesakit ada? Kencing manis, darah tinggi, serangan strok beberapa tahun lepas dan lain-lain. Ini semua penting supaya dokor dapat melakukan rawatan yang tepat dan wajar kepada pesakit.
Gejala dan simptom terkini pesakit juga perlu diketahui secara terperinci. Ini perlu supaya kami mampu mendapatkan diagnosis tepat kepada pesakit.
2. General examination
Doktor perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh kepada pesakit. Ini termasuk keadaan keseluruhan pesakit seperti bagaimana pesakit mampu berjalan, menggunakan kerusi roda, cara pesakit bernafas, dan banyak lagi. Tanpa melihat sendiri keadaan pesakit, doktor tidak mampu melakukan kesemua ini.
3. Local examination
Apabila pesakit mengadu mengenai masalah telinga, tekak atau hidung contohnya. Doktor akan memeriksa lebih terperinci bahagian ini. ‘Local examination’ perlu dilakukan selepas doktor melakukan ‘general examination’ kepada pesakit. Pemeriksaan pada tekak contohnya, doktor perlu melihat warna tekak, apa-apa pembengkakan pada kawasan tekak, sekitar gigi, bagaimana pula struktur sekitar tonsil dan banyak lagi.
Doktor juga perlu melakukan ‘palpation’ untuk mengenalpasti lebih terperinci ciri-ciri sesuatu penyakit. Pembengkakan pada leher contohnya boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, kebarangkalian kanser, ketumbuhan benign dan berbagai-bagai lagi. Kesemua ini memerlukan pemeriksaan secara dekat oleh doktor.
4. Keputusan ujian darah dan lain-lain
Selepas memeriksa keadaan fizikal pesakit, seterusnya doktor akan mendapat idea tentang penyakit yang dialami oleh pesakit. Dari sini, kami akan melakukan beberapa ujian yang perlu. Ini seperti ujian darah, x-ray, skan dan lain-lain jika perlu. Namun, ada sesetengah kes hanya memerlukan diagnosis secara klinikal terhadap pesakit.
Oleh itu, jika anda ada sebarang masalah, jangan ragu-ragu mendapatkan pemeriksaan doktor. Tidak semua persoalan saya mampu jawab secara terperinci. Menjadi kesalahan bagi mana-mana petugas kesihatan melakukan konsultasi dan memberi diagnosis di media sosial tanpa melakukan pemeriksaan.
Moga tulisan saya ini bermanfaat. Sebarkan info ini semoga lebih ramai mereka yang kita sayang dapat berjumpa doktor selepas ini. Jom!
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak
Minta maaf jika soalan anda tidak berjawab di ruangan mesej. Anda boleh terus tulis pada ruangan setiap artikel. Saya akan jawab mana yang boleh.
*Gambar menunjukkan beberapa jenis pembengkakan pada leher. Ia memerlukan pemeriksaan oleh doktor di klinik atau hospital.
Gabungan parutan kulit lemon dan jus oren sunquikc ditambah pula rasa lemak cheese serta susu segar. Memang tak jemu bila dihidu dan amat lah nyaman bila di dalam mulut. . Maka terjadilah…
– KEK LEMON BUTTER CHEESE OREN EMULCO – Bahan-bahan: – 1 buku/ketul buttercup * – 5 biji telur gred b – 1 cawan gula kastor + setengah cwn klau nak manis lagi * – 1/2 cawan susu segar (7 sudu besar) – 1/2 cawan susu pekat manis – 150 gram cheese tatura atau 100 gm pun boleh * – 1 sudu teh esen vanila * – 2 sudu besar pati oren emulco – 1 sudu besar pati oren sunquikc – 1 sudu besar parutan kulit luar lemon – 1 cawan setengah tepung kek self rising diayak bersama 1 cawan tepung gandum.- (2 x diayak ya.)
Cara membuat:
Mix bhn-bhn yg bertanda (*) sampai kembang dan gebu ya. Mula mix slow sterusnya laju sampai gebu.
Kemudian masukkan 2 jenis susu tadi..sebatikan dan slow kan mix, masukkan telur satu demi satu selang 3-4 saat. Masukkan separuh dulu tepung gandum berselang seli dengan parutan kulit lemon tadi dngan pukulan slow je…mati kan mix dan tambah tepung yg selebihnya tadi kaup balik dengan spatula/senduk sahaja. Sapu butter pada acuan loyang dan lapik dngan baking paper. Tuang adunan ke dalam acuan tadi. Panaskan oven 5 minit dulu suhu 180c. Kemudian turun kan suhu 170c. Bakar selama 45 minit api atas bawah.
Sementara nk tunggu oven tu panas, bole deko atas kek tu dngan hirisan buah . Kalau suka ya. kredit: ZeeBasir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Norlia Ghani buat 'live' TikTok kali pertama dapat sejuta tontonan. Pelakon veteran, Norlia Ghani yang kini berusia 77 tahun, semakin aktif di platform TikTok dan berjaya meraih lebih 129,000 pengikut. Beliau juga kerap membuat siaran langsung sebagai satu cara untuk berinteraksi dengan peminat.