Sayur pak choy merupakan antara sayuran yang boleh kita tanam di rumah untuk kegunaan dapur. Tak perlu lagi nak beli di kedai. Biasanya kalau nak tanam sayur dari keratan batang yang di beli dari pasar kebiasaanya mesti syaratnya perlu ada akar seperti kangkung dan bayam.
Bagaimanapun berlainan pula dengan sayur pak choy. Ia boleh ditanam dan dibiakkan dari keratan tunggul tak berakar. Biasanya tunggul pak choy ramai yang buang sebab agak keras, jadi selepas ini jangan buang ya! Kita biakkan.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk menanam dan membiakkan pak choy hanya dengan keratan tunggul yang tidak berakar.
1. Sediakan medium tanaman yang mempunyai saliran baik dalam bekas yang telah dilubangkan.
Ads
2. Selasai potong pak choy itu, rendam dalam air paip biasa selama lebih kurang 30 minit.
Ads
3. Selepas direndam, terus tanam pada medium yang telah disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung dengan tanah.
Moga selepas ini kita dapat lebih berjimat membeli barang-barang dapur. Lagi pun bila tanam sendiri, tak perlu risau penggunaan racun serangga dan sebagainya. Tanam sendiri, makan sendiri!
Ramai yang sekarang teruja dan terjebak dengan indoor plants. Satu elemen yang amat best dalam rumah, menyihatkan mental dan meransang kesihatan minda.
Tapi kena ingat, pokok ialah benda hidup. Dan apabila kita sudah commit untuk membela benda hidup, ia jadi tanggungjawab untuk kita pastikan dia sihat dan tidak mati. Sama macam bela kucing atau hamster. Kita dah jadi mami dan papa pokok. Kejam kalau kita beli dan pokok mati!
Haa yang mana rasa susah sangat nak jaga pokok dalam rumah tu, jom tengok tip dari Eddie ni!
1. Cahaya, cahaya dan cahaya
Cahaya jauh lebih penting daripada air bagi pokok. Kalau kita abaikan air, masih boleh diselamatkan pokok. Tapi kalau cahaya tak cukup, Sama macam kita minum air tapi tak makan nasi. Make sure pokok dapat cahaya at least 6 jam satu hari.
Letak tepi tingkap atau sliding door. Yang paling baik, kita tambah artificial lighting untuk bantu photosintesis. Wa kasi letak rail lights kat ceiling and spot pada setiap pokok. (LIhat gambar )
2. Tukar angin
Wa ada 2 batch pokok. Satu batch kat luar, satu kat dalam rumah. Then tukar, gilir-gilir setiap 1 bulan atau 6 minggu. Kadang kadang wa biar jer kat luar seminggu dua.. baru bawa masuk balik. Macam kita juga, pokok perlukan tukar tukar angin bercuti dan makan sedap-sedap.
3. Pastikan ada udara mengalir
Kipas atau angin dari luar. Sebab kalau kita jenis yang suka spray daun dengan air untuk buang habuk, air tak boleh lekat pada daun terlalu lama. Akan jadi penyakit. Dan angin yang mengalir akan menyejukkan pokok. Pokok pun macam kita, kalau panas, dia rimas.
4. Jangan oversiram
Cucuk jari dalam compost. Kalau ada compost melekat kat jari, tak payah siram dulu. Kalau debu jer lekat maknanya air dah kurang. baru siram. Paling afdal, angkat semua masuk toilet, and bukak shower… kasi mandi.. biar air semua keluar kot bawah pasu baru angkat keluar dan anginkan. Wa bikin 7-10 hari satu kali.. TAK PAYAH siram hari hari. Jangan dengar tokey nursery kelentong.
5. Tak payah baja memahal
Cukup sebulan sekali bawak keluar, letak baja taik ayam/kambik 5 6 ketul dalam pot. Biar satu malam, besok bawak masuk.
6. Cukup peralatan
Alat-alat menanam dan trimmimg kena cukup
Tak payah beli memahal. MR. DIY atau kedai RM2 pun ada.
7. Beli bunga plastik
“Kalau rasa macam banyak kerja, dan menyusahkan, beli jer pokok plastik
Jangan jadi orang yang KEJAM dan pembunuh pokok,” katanya. Hahaha…
Sumber : Eddie Putera
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitu juga peluang yang bakal diraih oleh setiap pendeposit Simpan SSPN menerusi Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekali lagi meneruskan tradisi memberikan tawaran hadiah istimewa kepada pendeposit Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus menerusi Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023.
Kempen tahunan tersebut adalah usaha berterusan PTPTN dalam menggalakkan penabungan dan tanda penghargaan pihaknya kepada pendeposit Simpan SSPN. Ini selari dengan Teras Pertama dalam Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 untuk menjadikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pendidikan utama di Malaysia.
Pun begitu, kali ini bertambah hebat tawaran yang diberikan bilamana cabutan terdiri daripada Cabutan Tahunan dan lima Cabutan Siri, iaitu WOW! Gong Xi Ang Pow; WOW! Syoknya Raya; WOW! Merdeka; WOW! Superheroes dan WOW! Y.E.S 2023.
Hadiah Menarik Menanti Anda
Bagi menyertai kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023, pendeposit hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.
Ada lima Cabutan Siri membolehkan seramai 23 pemenang bagi setiap siri di mana setiap seorang layak menerima hadiah wang tunai bernilai RM2,023 manakala untuk Cabutan Tahunan pula menawarkan hadiah wang tunai RM150,000 untuk pemenang utama, manakala tempat kedua layak menerima hadiah wang tunai RM50,000, tempat ketiga pula menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 dan saguhati akan menerima hadiah wang tunai RM2,023 untuk 20 orang pemenang.
Nak Sertai, Mudah Saja!
Pasti ramai sudah teruja bila diwar-warkan nilai cabutan yang ditawarkan, jadi nak menang kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023, anda sebagai pendeposit hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.
Setiap RM100 bagi Simpan SSPN Prime yang disimpan dalam tempoh kempen akan layak satu cabutan dan RM50 bagi Simpan SSPN Plus pula akan layak dua cabutan secara automatik.
Lebih menarik lagi, kempen kali ini turut memberi kelebihan bilangan cabutan berganda kepada pengguna aplikasi mobile app myPTPTN. Pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan RM100 melalui myPTPTN, akan mendapat bilangan cabutan sebanyak lima cabutan.
Manakala pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuat simpanan RM50 melalui myPTPTN pula akan mendapat sepuluh cabutan.
Apa yang pasti ianya memang WOW! Jadi usah tunggu lagi jom sertai kempen yang sedang berlangsung ini mana tahu tahun ini rezeki anda. Untuk lebih detail bolah layari laman web rasmi PTPTN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pada zaman moden kini, anda tidak perlu memulas kunci untuk menghidupkan enjin kereta malah tekan butang sahaja. Tetapi, pernahkah anda melihat enjin van yang dihidupkan dengan memetik suis seperti di rumah?
Mengikut siri video yang tular di TikTok yang dikongsikan oleh Faeqs, suis berwarna putih di dalam keretanya adalah jenis yang selalu digunakan untuk menghidupkan lampu, kipas dan elektrik.
Lebih mengejutkan apabila van tersebut turut dipasang “air conditioner” seperti yang kita lihat di rumah dan pejabat, dan bukannya dari papan pemuka seperti biasa.
Berkongsi kepada mStar, ia merupakan van terpakai yang dibelinya daripada bapa saudara dua tahun lalu untuk berniaga snek terkenal yang berasal dari Jepun yang dipanggil sebagai “takoyaki”.
Faeqs memberitahu, dua suis yang berfungsi seperti “push start button” telah dipasang oleh bapa saudaranya sebelum van tersebut dibeli olehnya.
“Pakcik memang pandai buat wiring. Sekarang ni saya yang buat untuk semua bahagian lain termasuk push start button dalam bilik tidur tu saya juga pasang. Lain-lain saya pasang adalah suis dan ‘aircond’ di bahagian tempat duduk hadapan. Kunci digunakan untuk lock pintu dan stereng” kata Faeqs.
Anak muda itu tidak menyangka ‘fungsi terbalik’ yang diperkenalkan meraih perhatian ramai warganet untuk mengikuti video-video di akaun TikToknya yang ditonton lebih daripada sejuta pengguna.
“Suis bilik dalam kereta dan push start button ‘kereta’ di bilik tidur. Kemahiran masa belajar dulu membuatkan saya boleh buat semua sendiri,” ujarnya yang mempunyai pendidikan Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di Batu Pahat, Johor.
Faeqs juga berkata bahawa “air cond” seperti di rumah yang dipasang dalam vannya tidak seperti yang disangkakan.
“Aircond tu dari rumah dan sudah rosak. Jadi, timbul idea untuk bawa aircond tu pasang dalam van. Tapi luaran saja nampak macam aircond dan dalam adalah kipas. Saya keluarkan semua komponen di dalamnya dan pasang kipas kecil di bahagian dalam. Bila petik suis, kipas akan berfungsi dan memang rasa sejuk. Tapi sejuk kipaslah, bukan aircond. Dulu dua tahun saya bawa van dengan aircond rosak, jadi dah biasa kalau berpanas dan kena tempias hujan. Kalau nak baiki aircond kena caj RM500, tapi ‘aircond’ cara saya ni baru RM20 kos beli kipas” ujarnya yang berniaga takoyaki.
Mengikuti inovasinya yang lain, Faeqs juga mengubah suai bahagian belakang van sebagai ruang rehat dengan meletakkan sofa, kipas siling, lampu kalimantang, peti sejukbeku dan televisyen.
“Kalau hari-hari biasa, belakang van saya letakkan barang-barang berniaga. Tapi kalau ada orang nak view van saya ni selepas viral, saya pasang semula. Kipas siling dan TV berfungsi menggunakan generator. Bilah kipas tu lembut, jadi tak bahaya dan kalau duduk atas sofa atau karpet memang tak akan kena kipas,” katanya sambil menambah ruang rehat tersebut boleh menampung lima orang pada satu-satu masa.
Mengenai van berusia lebih 20 tahun itu, Faeqs berkata, dia bercadang untuk menjadikannya sebagai sebuah “pameran” ketika berniaga di gerai.
“Saya sekadar mahu berkongsi minat dan hasil kreativiti dan inovasi, sebagai pembelajaran dalam menghasilkan sesuatu yang kita mampu milik” katanya.
Semoga artikel ini memberi inspirasi kepada para pembaca di luar sana.
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.