Bagi setiap pasangan, pasti mahu majlis mereka meninggal sesuatu kenangan yang bermakna untuk diingatkan sehingga akhir hanyat.
Sebab itulah, ada pasangan yang sanggup berhabis untuk kelihatan cantik dan menarik sewaktu hari tersebut dan sanggup mengeluarkan ribuan ringgit semata untuk memuaskan hati.
Berbeza dengan gadis berasal dari Skudai, Johor ini yang memilih untuk memakai busana berusia 18 tahun pada majlis pernikahannya, 18 Februari lalu yang merupakan busana perkahwinan ibunya,
“Pada awalnya tak terfikir pun nak pakai baju kahwin mak.
“Semestinya untuk hari perkahwinan saya ingin sesuatu yang baharu, tapi mak sampaikan hasrat mahu lihat anaknya yang pertama kali berkahwin pakai baju kahwinnya,” ujarnya yang kini berusia 24 tahun.
Kebetulan, baju sanding yang digunakan ibunya dahulu turut sesuai dengan ukuran badan Azeera.
Ads
Bagaimanapun, dia perlu membuat beberapa perubahan terhadap busana itu seperti menambah kain hiasan lace.
“Kebetulan saya memang muat baju tersebut. Rezeki saya Alhamdullilah. Cuma ada penambahbaikan seperti lace di bahagian lengan sebab lengan bajunya pendek,” katanya yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik.
Tambah Azeera lagi, kakaknya juga memilih untuk mengenakan busana nikah ibunya yang berwarna ivory white ketika majlis perkahwinan yang dirancang pada Ogos nanti.
Ads
“Alhamdullilah hasrat mak tercapai untuk kedua-dua anak perempuannya memakai pakaian perkahwinan miliknya,” luahnya gembira.
Menurut isteri kepada Azman Mohd Fadzil itu lagi, meskipun baju tersebut dibuat pada 1995, namun kualiti kainnya masih terpelihara.
Tambahan pula, fesyen lengan besar atau puff kembali digayakan.
“Selepas nikah mak hantar ke dry cleaning dan simpan di dalam plastik khas dengan memastikan terdapat pengudaraan.
“Baju tu nampak elok mungkin disebabkan kualiti kain pada zamannya dan tak dinafikan keadaan kain masih cantik serta tidak dimakan usia.
“Kalau tengok pada design pun, zaman sekarang popular dengan lengan tangan puff,” ceritanya yang kini sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.
Video perkongsiannya telah menarik perhatian ramai. Ramai yang kagum dengan keluarga ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lebih selesa dengan adik beradik sendiri. Itulah yang diakui pelakon dan selebriti popular, Rozita Che Wan yang mengakui lebih senang bersama adik-beradik sendiri jika hendak ke mana-mana.
Bahkan kata Che Ta lagi, dia tidak mempunyai kawan yang ramai kerana mahu mempunyai ‘circle’ kawan yang kecil, lebih-lebih lagi apabila sudah meningkau usia.
Akui Che Ta lagi, dia lebih selesa keluar bersama adik-beradik dan kawan-kawan yang rapat sahaja.
“Hubungan adik-beradik memang akrab sebab kita tak banyak kawan luar, hanya berkawan dengan adik-beradik. Susah senang kami dari kecil, hanya ada adik-beradik je.
“Macam sekarang, saya lebih suka keluar dengan adik-beradik, stay dan lepak dengan mereka. Macam my mom pun memang duduk dengan saya.
“Ayu je duduk jauh sedikit dengan kami, lain-lain semua duduk dekat KL. Bila weekend Ayu datang rumah, saya akan ajak semua makan-makan dan berkumpul.
“Sebab saya rasa bila dah berusia ni saya macam nak kecilkan circle kawan,” ujarnya.
Kini hidup lebih tenang
Melalui kehidupan bergelar anak seni pada tempoh yang lama, akui Che Ta dia kini mahu hidup tenang dan harmoni malah lebih banyak melakukan ibadah.
“Kalau tengok, saya dah jarang lepak dengan kawan-kawan. Sekarang kehidupan saya pergi mengaji, lepas Zohor baru pergi office dan balik.
“Sebelum Maghrib dah ada di rumah. Kehidupan saya sekarang ni kalau orang mungkin tak nampak saya dekat mana-mana, saya sebenarnya sangat tenang di rumah.
“Kita tua ni tak nak apa dah, nak kehidupan yang harmoni. Kalau boleh amal ibadat tak nak tinggal. Saya rasa bila duduk dekat rumah untuk pergi office, waktu solat tu kita dah tak lambat, kadang-kadang (dulu) tertinggal.
“Saya ada cakap dengan Zain saya happy sangat. Isteri Lan Pet Pet iaitu Rubi banyak dorong saya buat benda kebaikan. Saya suka lepak dengan dia, banyak ilmu agama belajar dan ada yang kita masih tak tahu atau tak ambil tahu, sekarang dah tahu.
“Bila umur macam ni, ketenangan kita banyak di rumah dan dengan adik-adik saja,” katanya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai anak rebutlah peluang berbakti kepada orang tua selagi Allah SWT izinkan. Hakikatnya memang mudah menyatakan sayangnya kita kepada orang tua, namun belum tentu kasih sayang itu dapat dibuktikan dengan ikhlas apabila kedua-dua mereka dalam keadaan uzur.
Perkongsian daripada Dr Ahmad Zakimi Abdullah kali ini mengenai kisah abahnya yang sedang uzur cukup menyentuh perasaan dan benar-benar terasa syahdu membacanya.
Sebagai orang tua, biasanya mereka memang tidak mahu menyusahkan anak-anak walaupun dalam keadaan mereka tidak upaya. Tapi kita sebagai anak, seboleh mungkin sentiasa berbakti kepada mereka.
Air Mata Gugur Juga
“Abah nak buang air ni,” ujar abah.
“Buang ja situ, abah. Nanti adik mie basuh.”
Abah mengangguk kepala sekali lagi tanda sudah habis. Saya terus ambilkan tisu basah dan segala perkakas cucian termasuk pakaian baju untuk abah.
Sambil saya lakukan pembersihan, abah bertanya lagi, “takpe ke adik mie yang buat ni?”
“Eh, takpe abah. Dulu masa adik mie kecil abah juga yang basuh adik mie kan. Kali ni adik mie buatkan untuk abah,” balas saya, tersenyum. Tapi air mata saya gugur juga.
“Maaf adik mie abah tak larat sangat”
Abah tak berdaya ke bilik air. Lagipun abah masih menerima oksigen. Tak boleh ke bilik air.
“Nanti lepas siap ni adik mie mandikan abah ye. Adik mie lap-lap badan. Segar dan wangi sikit,” sambung saya lagi.
Abah menganggukkan kepala. Tak mampu bercakap banyak lagi. Lalu abah bersuara lagi,
“tak penat ke adik mie ni?”
“Takpe abah. Dulu abah lagi penat nak besarkan adik mie yang nakal ni,” jawab saya sambil tersenyum. Tapi air mata saya menitis ke pipi.
“Ahh dah siap. Nanti adik mie sikatkan rambut abah bagi hensem sikit,” sambung saya lagi.
Mata abah pula berkaca.
“Maaf adik mie abah tak larat sangat,” ujar abah.
“Eh takpelah abah. Dulu abah juga sikat rambut adik mie.”
Mohon doakan
Saya lapkan air mata abah dan mengucup dahi abah. Alhamdulillah, ini peluang keemasan saya bersama abah. Dapat berkhidmat dan berbudi semasa abah diuji dengan kesakitan dan keuzuran.
Jasa dan pengorbanan abah dulu terhadap kami sekeluarga tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Itu sudah pasti. InsyaAllah abah, adik mie akan jaga abah. Sayang abah. Nanti adik mie carikan feeding pump dan oksigen concentrator untuk abah.
Mohon doakan abah saya yang masih berada di wad ketika ini.
“Abah, kita selfie dulu. Adik mie dah sikat rambut abah. Kak Yah, abang Di dan abang Kie nak tengok abah dah hensem. Senyum skit abah!”
Mohon doakan abah saya yang masih berada di wad ketika ini.
… namun, cinta boleh membuatkan kamu melakukan benda yang ‘gila’.”
Itulah antara ucapan ketika memenangi award di Majlis Oscar 2022 sejurus selepas insiden menampar selebriti lawak Chris Rock kerana menjadikan isterinya sebagai bahan lawak.
‘Drama’ Oscar 2022 itu bermula apabila Rock berada di pentas itu untuk menyampaikan anugerah bagi kategeori Dokumentari Terbaik.
Seperti kelazimannnya, Rock yang sangat sinonim dengan sikap humornya mula bergurau dengan penonton dan sebaik terpandang wajah Smith dan Jada, dia membuat keputusan bersenda dengan pasangan suami isteri itu.
Guruan Rock terhadap Jada yang kini muncul dengan imej botak berikutan masalah kesihatan itu lebih sesuai untuk membitangi filem G.I. Jane hanya mengundang padah.
Sejurus selepas melakukan tindakan yang mengejutkan seluruh khalayak penonton, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya seraya menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.
Will Smith punches Chris Rock and tells him to “keep my wife’s name out of your fucking mouth” during the #Oscarspic.twitter.com/tYf7S6OIy4
Terdahulu, Jada Pinkett Smith mendedahkan dia menghidap Alopecia. Perubahan akibat penyakit itu semkain lama dapat dilihat dengan jelas dan dia sudah tidak mampu untuk menyembunyikan lagi.
Apa Itu Alopecia
Menurut Pakar Perunding Dermatologi, Bahagian Dermatologi, Jabatan Perubatan di Universiti Malaya (UM), Dr Kwan Zhenli, masalah rambut yang paling umum untuk berlaku adalah alopecia androgenetik dan alopecia areata.
Alopecia androgenetik turut dikenali sebagai kehilangan rambut yang boleh dialami oleh individu lelaki ataupun wanita. Manakala alopecia areata, sebaliknya, adalah satu keadaan yang melibatkan masalah autoimun dengan isu kebotakan rambut.
Masalah yang melibatkan kulit kepala dan rambut lain yang sering dihadapi adalah seperti psoriasis kulit kepala, seborrhoeic dermatitis dan jangkitan kulat yang dikenali sebagai tinea capitis.
Masalah berkaitan rambut selalu berkaitan isu keguguran rambut. Keadaan rambut yang gugur boleh meninggalkan parut (dikaitkan dengan kerosakan pada folikel rambut) atau tidak menyebabkan parut.
Individu yang mengalami masalah ini mungkin akan mengadu mengenai perubahan pada kulit kepala yang menjadi kemerahan, bersisik atau kering. Dalam sesetengah situasi, ia mungkin menyebabkan rasa gatal dan kesakitan.
Bolehkah ia diwarisi?
Pensyarah Perubatan di Fakulti Perubatan UM, Dr. Kwan memberitahu bahawa masalah alopecia androgenetik adalah berkaitan dengan kepekaan terhadap hormon testosteron dan sering kali melibatkan genetik.
Bagi wanita yang mengalami masalah ini, ia adalah berkait rapat dengan tahap hormon lelaki (androgen) yang tinggi sama seperti keadaan yang melibatkan sindrom ovarium polikistik. Individu wanita dengan keadaan ini mungkin akan berdepan isu jerawat, peningkatan pertumbuhan rambut pada wajah, haid tidak teratur serta masalah kesuburan.
Manakala masalah alopecia areata melibatkan keadaan autoimun dan ia cenderung untuk diwarisi. Lebih kurang 20 peratus individu yang mengalami keadaan alopecia areata mempunyai sejarah keluarga dengan masalah rambut yang sama. Masalah ini juga turut dikaitkan dengan keadaan autoimun seperti gangguan tiroid, lupus dan vitiligo.
Pilihan rawatan
Bagi merawat alopecia androgenetik, cecair atau sabun Minoxidil merupakan antara kaedah rawatan yang biasa digunakan. Individu lelaki dengan masalah ini boleh mengambil ubat finasteride, manakala individu wanita pula boleh mempertimbangkan pengambilan pil yang berfungsi untuk menyekat tindakan dihydrotestosterone seperti spironolactone atau cyproterone acetate.
Perkara paling penting yang harus dilakukan adalah untuk melindungi rambut dan kulit kepala daripada terdedah kepada cahaya matahari dengan memakai krim pelindung matahari, topi atau rambut palsu.
Terdapat juga pilihan prosedur pembedahan seperti pengurangan kulit kepala atau teknik pemindahan rambut seperti pemindahan unit folikel (FUT) atau pengekstrakan unit folikel (FUE). Kaedah lain termasuk rawatan cahaya laser tahap rendah atau plasma kaya platelet (PRP). Walau bagaimanapun, lebih banyak bukti diperlukan untuk menyokong penggunaan modaliti rawatan ini.
Untuk masalah alopecia areata, penggunaan krim atau aplikasi steroid pada kulit kepala boleh digunakan sebagai kaedah rawatan. Suntikan steroid juga antara rawatan yang berkesan. Bagi keadaan yang serius, pengambilan ubatan oral seperti steroid, methotrexate, sulfasalazine, ciclosporin dan azathioprine, boleh dijadikan antara pilihan rawatan.
Minoxidil juga boleh digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Kaedah rawatan lain yang boleh digunakan untuk alopecia areata termasuk “contact sensitisation” (menggunakan squaric acid dibutyl ester (SADBE) atau diphenylcyclopropenone (DPCP), suntikan plasma tinggi kandungan platelet dan fotokimoterapi.
Perubahan gaya hidup
Untuk mencegah atau mengurangkan kecenderungan mengalami masalah keguguran rambut, cara yang terbaik adalah mengekalkan gaya hidup sihat. Ia boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga berat badan ideal, mengurangkan tekanan, menghindari tabiat yang tidak elok seperti merokok serta elakkan pendedahan kepada radiasi ultraviolet.
Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan tabiat menyikat rambut dengan kuat ketika rambut masih basah dan rapuh. Anda boleh merapikan rambut dengan menggunakan jari atau berus sikat rambut.
Untuk menjaga kesihatan rambut, anda juga boleh mengurangkan penggunaan hot combs, perms atau mengerintingkan rambut, penggunaan bahan kimia kepada rambut serta pengering rambut.
Sheikh Muszaphar berkongsi cabaran membesarkan anak kembar Adam dan Noah yang mempunyai perkembangan berbeza sehingga berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan matematik.