“Pakai Bawal, Simple Je.” Ini Rupanya Wanita Pertama Dilantik Ketua Hakim Negara Yang Ramai Tak Tahu!

Share

Untuk yang tertanya-tanya siapakah wanita ini yang tandatangan suratcara pelantikan Perdana Menteri ke-8 #PM8 pagi hari ini. Dr Syahr Musafir menerusi facebooknya memuat naik sedikit perkongsian mengenai biodata wanita berkenaan.

Inilah Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara.

Yang Amat Arif Tan Sri dilahirkan di Kota Bharu, #Kelantan pada 02 Julai 1959.

Pernah bersekolah menengah di Kolej Tunku Kushiah.

Mesra dipanggil Mak Ku.

Adalah wanita pertama yang dilantik ke jawatan Ketua Hakim Negara ke-16 pada 2 Mei 2019.

Menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara.

YAA angkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara di hadapan YDPAgong pd 6 Mei 2019. #DaulatTuanku

Mula memasuki Perkhidmatan Kehakiman & Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang, Bahagian Gubalan di Jabatan Peguam Negara.

Peranan Ketua Hakim ada ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Artikel 122(1):

“Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri daripada seorang yang dipertua Mahkamah (yang digelar “Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan”),”

Kredit kepada The Patriots, dan Google 😁

#OrangKelantan #OreKelate #SekKitoJangePecoh #SayaOrangKelantanJuga FB Syahr Musafir 01/03/2020 #SayangiMalaysiaku

IKLAN