Pakaian, barang peribadi Allahyarham Zara Qairina belum diambil Polis untuk siasatan – Peguam. Peguam kepada ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir mendedahkan bahawa pihak polis masih belum mengambil pakaian dan barangan peribadi milik remaja berkenaan yang dipakai ketika kejadian berlaku, walaupun insiden tragik itu telah berlaku lebih dua minggu lalu.
Pakaian, Barang Peribadi Allahyarham Zara Qairina Belum Diambil Polis Untuk Siasatan – Peguam
Mewakili ibu Allahyarham, Noraidah Lamat, 45, peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri berkata perkara itu dimaklumkan selepas kenyataan terbaharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai kertas siasatan yang bakal diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
“Kami ingin memaklumkan berkenaan pakaian dan barang peribadi yang dipakai oleh Zara ketika beliau ditemui di bawah bangunan asrama pada subuh 16 Julai lalu.
“Semua pakaian dan barang tersebut telah diserahkan kepada ibu Zara oleh pihak hospital pada hari yang sama dan kini berada dalam jagaan seorang wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik sebagai wakil tunggal kepada ibu Zara,” ujar mereka dalam satu kenyataan pada Ahad.
Peguam tersebut turut memaklumkan bahawa sejak 17 Julai, tiada sebarang usaha dibuat oleh pihak polis untuk mengambil barangan berkenaan walaupun ia berpotensi menjadi bahan bukti penting dalam siasatan kes.
Peguam, Shahlan (tengah) bersama ahli keluarga termasuk ibu Zara Qairina dan wakil NGO ketika dimaklumkan mengenai pakaian dan barang peribadi Zara Qairina masih belum diambil pihak polis.
“Kami sangat terkejut dengan perkara ini kerana sepanjang pengalaman kami mengendalikan kes-kes jenayah di mahkamah, pihak polis lazimnya akan merampas semua barangan yang dipakai oleh mangsa yang disyaki mati akibat jenayah untuk tujuan siasatan,” katanya.
Menurut mereka, kegagalan pihak berkuasa untuk merampas dan menganalisis secara forensik barangan tersebut amat membingungkan, apatah lagi kematian Zara mungkin melibatkan unsur jenayah.
Ads
“Pakaian dan barang-barang tersebut merupakan bahan bukti penting yang sepatutnya diperiksa dan dianalisis secara forensik untuk menentukan sama ada kematian Zara melibatkan unsur jenayah atau sebaliknya.
“Kegagalan pihak polis berbuat demikian menimbulkan tanda tanya serius sama ada siasatan mereka hanya tertumpu kepada kematian mengejut atau bunuh diri, sedangkan ibu Zara telah membuat beberapa laporan polis bagi memohon siasatan dijalankan atas kemungkinan wujud unsur jenayah,” tegas mereka.
Ads
Sehubungan itu, mereka berpandangan bahawa kertas siasatan yang bakal diserahkan kelak tidak memberikan gambaran keseluruhan tentang insiden tersebut.
“Kertas siasatan tersebut tidak menyeluruh dan mempunyai fokus yang sangat terhad. Lebih membimbangkan, tiada bedah siasat dilakukan terhadap jenazah Zara sebelum pengebumiannya,” kata mereka lagi.
Apa nak jadi dengan dunia sekarang, Perbuatan sumbang mahram makin menjadij-jadi sekarang. Terbaru, kejadian zina sumbang mahram berlaku di negeri Kelantan yang mana melibatkan dua remaja hamil selepas masing-masing melakukan perbuatan sumbang mahram dengan sepupu dan bapa saudara di lokasi berbeza.
Perbuatan jijik itu didedahkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan mendapati, kedua-dua kejadian itu berlaku selepas remaja perempuan meminta untuk melakukan perhubungan dengan saudara mereka sendiri.
Memetik laporan Kosmo, kes pertama dilaporkan berlaku melibatkan remaja berusia 15 tahun yang mengandung selepas melakukan perbuatan sumbang mahram dengan sepupunya yang berusia 11 tahun.
Mohd. Yusoff (tengah) bercakap pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Kelantan di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. – FOTO Kosmo
“Kita terkejut apabila menerima laporan daripada ibu bapa remaja itu yang mengatakan anak mereka hamil hasil hubungan dengan sepupunya. Lebih mengejutkan, remaja tersebut yang meminta untuk melakukan hubungan itu.
“Satu lagi kes melibatkan remaja berusia 13 tahun yang hamil hasil perhubungan dengan bapa saudaranya yang berusia dalam lingkungan 20-an. Kedua-dua kes sumbang mahram ini sama iaitu remaja perempuan mengajak saudara mereka untuk tidur bersama,” katanya katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di IPK Kelantan di sini hari ini.
PUNCA
Menurutnya lagi, siasatan mendapati, kes rogol melibatkan remaja dan sumbang mahram berlaku berpunca daripada konflik keluarga, kesibukan ibu bapa bekerja dan percintaan bawah umur.
Tambahnya selain itu, pengabaian daripada aspek agama dan kehidupan yang jahil tentang agama turut menyumbang kepada perbuatan sumbang mahram.
“Siasatan turut mendapati, 30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes rogol di Kelantan berlaku disebabkan dadah. Apabila kita membuat ujian air kencing, ramai dalam kalangan mangsa atau suspek yang terlibat positif dadah,” katanya.
Sumber: Kosmo
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bangga dan terharu dengan pencapaian diri apa lagi dapat menghabiskan hafazan kalimah Allah, seorang budak perempuan gagal menahan sebak apabila berjaya menghafaz al-Quran dalam tempoh hanya 9 bulan 6 hari.
Anak kecil yang dididik di Akademi al-Quran Akmal itu menangis dan berpelukan dengan gurunya ketika sesi tasmik diadakan.
Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok memaparkan budak perempuan yang dikenali sebagai Fatimah Al-Zahra Ramadhani menangis ketika tasmik bagi menguji tahap pencapaian dalam penguasaan bacaan dan hafalan al-Quran.
Fatimah yang memakai tudung merah jambu memeluk gurunya sebaik sahaja melepasi ujian tersebut telah mengundang rasa sebak ramai.
“Fatimah Al-Zahra Ramadhani Al-Hafizah, pelita yang menyinar terang, air matamu adalah inspirasi buat semua yang takkan pernah hilang,” ujar pusat Akademi al-Quran Akmal.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya turut kagum dengan pencapaian adik Fatimah apatah lagi diketika usianya masih muda. Satu pencapaian hebat yang perlu dibanggakan.
Menerusi video berkenaan juga turut diadakan acara penyampaian hadiah buat anak kecil itu atas pencapaian cemerlangnya. Semoga dapat memberi inpsirasi kepada anak-anak yang lain.
Aura pengantin baru, live Ina Naim dan suami di TikTok raih lebih 22,000 tontonan. Buat pertama kalinya Ina Naim melakukan penstriman langsung bersama suami sehinggakan mencapai lebih 22,900 tontonan semasa.
Aura Pengantin Baru, Live Ina Naim Dan Suami Di TikTok Raih Lebih 22,000 Tontonan
Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 40, berkata, dia dan suami sekadar ingin berbual kosong bersama peminat sambil memberitahu bakal menjalankan semula operasi jualan mi siput yang terhenti seketika.
“Terima kasih mendoakan dan memberi ‘gift’ kepada kami, tak elok pula nak hentikan ‘live’ tetapi ada yang masih nak beri hadiah.
“Saya pun tak boleh berlama-lama sebab nak siapkan pembungkusan mi siput yang terhenti sekejap,“ katanya di TikTok pada Selasa.
Ina Naim dan suami, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, 41, sempat memberikan kata-kata motivasi serta nasihat kepada pelayar TikTok sambil menceritakan serba sedikit tentang kehidupan selepas berumahtangga buat kali kedua.
Pasangan pengantin baharu itu juga dilihat tidak kekok bergurau senda sesama sendiri apabila mendapat usikan peminat sepanjang sesi penstriman langsung.
Untuk info, Ina dan Mohd Khairul Rizal mendirikan rumah tangga pada 8 November lalu di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
Ina sebelum ini pernah berkahwin dengan Allahyarham Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007. Namun, Allahyarham Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, Ina dan arwah suami dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.