Zahirah Macwilson kongsi wajah anak kedua, Inara Raisa, agak-agak iras mama atau papanya. Zahirah MacWilson melahirkan anak keduanya, Inara Raisa pada 31 Mei lalu.
Zahirah Macwilson Kongsi Wajah Anak Kedua, Inara Raisa, Agak-agak Iras Mama Atau Papanya
Terbaharu melalui hantaran di laman Instagramnya, Zahirah berkongsi gambar anak keduanya itu.
Ramai yang tidak sabar untuk melihat Inara besar nanti.
Meninjau di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan warga maya yang geram dengan kecomelan Inara.
Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan warga maya:
Untuk info, Zahirah dan Aiman Hakim Ridza telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.
Sumber: Instagram Zahirah MacWilson
Baca artikel lain juga: Zahirah Macwilson Kongsi Rasa Sedih Nenek Meninggal Dunia, Terima Kasih Kerana Menjadi Peminat Saya
Lauk Pantang Sedap-Sedap Belaka, Zahirah Macwilson Saran Ibu Bukukan Resipi!
Isaac Tak Kekok Buat Kerja Rumah, Bagus Didikan Zahirah & Aiman Pada Anak!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Nasi Goreng Balik Kerja Asal Sedap, Pilihan Ibu Bekerja
Zaman sekarang kebanyakkan ibu memang pilih untuk bekerja. Walaupun suri rumah sepenuh masa, ada juga kerja sampingan yang dilakukan. Jadi ibu bekerja ni bukan senang. Jadi ibu tu sahaja pon dah dikira sebagai kerja bila urus rumahtangga seharian. Apatah lagi bila ada kerja lain. Memang salute ibu-ibu ni.
Bila dah penat buat dua kerja dalam satu masa, penat juga nak fikir makan minum anak-anak dan suami. Kalau boleh, nak tapau je senang. Tapi mestilah kita pilih yang lagi jimat dan sedia ada di rumah je kan bahan untuk dibuat masak.
Dikongsi di Cookpad oleh akak Aina Nana, ibu bekerja boleh cuba buat nasi goreng balik kerja ni. Mana tahu anak-anak suka. Entah-entah ibu pula yang menambah. Jom cuba.
NASI GORENG BALIK KERJA
BAHAN-BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili besar
BAHAN-BAHAN LAIN:
1 mangkuk nasi sejuk
1/4 kiub ayam
Serbuk kunyit
Garam
3 sudu minyak masak
BAHAN HIASAN:
Telur dadar dihiris
Salad dihiris
Bawang goreng
NASI GORENG PILIHAN IBU BEKERJA
CARA MEMASAK:
1. Mulakan dengan mengisar kasar bahan-bahan untuk dikisar. Kemudian, tumis bersama-sama kiub ayam.
2. Setelah warna tumisan bertukar jadi sedikit perang, boleh masukkan ayam @ daging @ apa saja lauk pilihan sendiri. Kemudian boleh masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa dan kemudian gaul rata.
3. Setelah itu, masukkan nasi sejuk. Gaul hingga sebati, dan bolehlah adjust serbuk kunyit dan garam supaya tak terlalu pucat supaya elok rasanya.
4. Boleh masukkan sayur pilhan sendiri setelah nasi goreng tadi cukup rasa. Masukkan sebanyak mana jenis sayur, tak ada masalah. Dan, siap!
5. Bolehlah diangkat nasi goreng tadi. Jemput makan!
MESTI BACA: Arwah Jiran Indonesia Kongsi Resepi Asli Bakso, Sedap Makan Ketika Musim Hujan
Menu Open House Untuk Perantau, Jom Cuba Resepi Kuzi Ayam Kelantan
Resepi Pulut Mangga Lemak Macam Di Hatyai, Jom Cuba Buat Sendiri
SUMBER: Cookpad Aina Nana
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Benar, Kita Kena Cari Yang Cantik & Semua Lelaki Mahukan Itu. Tapi Tak Semua Lelaki Pandai Bab Mencari Cantiknya Itu Pada Hormat Pada Suami. Deep Perkongsian Ni!
Lumrah manusia yang suka kan kecantikan. Baik wanita mahupun lelaki, itulah yang dipandang.
Benar, kita kena cari yang cantik. Dan semua lelaki mahukan semua yang itu. Namun tak semua lelaki yang lelaki pandai bab mencari yang benar cantiknya itu pada hormat kepada suami yang pernah tak punya apa-apa, tak reti meminta serta banyaknya mengesat peluh suami dan menghulur air masa setiap kali yang disayang itu pulang dari berjuang.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad menerusi laman facebooknya.
“Macam manalah hidup jadi orang cantik ni kan bang. Semua orang suka, semua orang nak, semua orang bercakap pasal dia.”
Saya pandang sahaja wajahnya. Saya tahu jika saya beri komen, makin pudarlah warnanya pada hari tersebut. Benda yang sama dia ulang-ulang sepanjang 13 tahun kami kahwin, dia akan cakap dia bukan orang cantik, kahwin dah lama pun akan ada waktu-waktu dia akan rasa down, rendah diri, merajuk hati kerana banyaknya kekurangan diri dia.
Sering sahaja dia sebut dia tak ada rupa berbanding orang lain. Dan jika kami berdua, keluar mengopi, boleh jadi ada juga soalan dia tanya tentang bagaimana saya boleh memilihnya untuk jadi suri hati. Dan seperti biasa, jawapan saya hanya saya beri senyuman sahaja. Susahnya nak jawab.
Orang yang sama ini, bangun awal pagi, bergegas siapkan air panas, susun semua baju anak, tengok jadual suami kemudian susun baju seluar suami, siap sapu tangan stoking semua, kemudian dia juga perhati segala aksesori yang saya sering guna termasuk deodorant dan sebagainya, dan turun ke bawah membawa bakul kain, mencapai mug dan siapkan itu ini.
Sebelum keluar, dia akan pastikan tangan kami bersentuh dan saling berpandangan, kemudian masing-masing menuju ke tempat yang dituju.
Sampai tempat kerjanya, dia akan maklum, saya juga begitu. Kemudian kami akan saling bertanya hari ini buat apa, esok bagaimana, minggu depan, hujung minggu semuanya kalau boleh saling nak mencuri masa, berusaha sebaiknya mana yang lompong kami nak isi supaya ia jadi lebih baik.
Orang yang saya ceritakan ini bukan hari ini begini, semasa saya tumbang dulu, hancur berkali-kali, dibunuh dijiwanya sampai mati juga berulang-ulang lagi, dialah yang papah, berlari ambil ubat kemudian menangis-nangis dalam banyaknya doa, memarahi dan berlawan habis-habisan untuk saya dapat bangun balik sampai ke hari ini saya masih lagi memerlukannya.
Luka yang banyak itu, beliau tutup dengan segala yang beliau ada. Tak pandai mahu merajuk ke mana-mana jiwa lain hanya untuk memujuk hatinya sendiri. Banyaknya dia simpan sendiri dan sentiasa menjenguk saya pada setiap masa untuk pastikan saya boleh ada isi dalam hati, jiwa dalam jiwa dan sayang dalam sayang.
Semalam, saya meneliti lirik dari Ad Samad yang terbaru, Kasihku Selamanya. Saya tak mahu ikuti lagunya dahulu. Saya baca kisah dendam cinta ini menjadikan kita betul-betul sayang kepada orang yang kita sayang. Ianya dinyanyikan oleh Dato Sri Siti Nurhaliza.
Siti memulakan dengan “Sayangiku sayangku, seperti sayangnya aku padamu. Ku tagih kasihmu, ku raih semangat, cinta paling agung.”
Rasa yang ini membawa kita kepada alam-alam cinta yang susahnya kita nak sembang kepada sesiapa. Bertemu, berkahwin, dan kemudian hidup bersama berlama-lama, memandangnya tak jemu, bercakap tak pernah habis dan bernafas tak pernah cukup, lalu kita akan ulang-ulang lagi dan lagi rutin itu tanpa berakhir masa, kita masih rasa nak bercinta sebaik-baiknya.
Saya cakap dengan Musa, yang dah tak lama lagi nak mengakhiri zaman bujangnya, “Siti ini orangnya pasti teliti membuat sesuatu, tak mungkin dia akan buat saja-saja.”
Lagu ini, dibina atas medan untuk OST filem seram, Dendam Pontianak. Dan lagu yang dibuat bersama Aubrey Suwito ini membawa kita khayal dalam dendam cinta kita sendiri. Yang mana kita mahu bercinta selama-lamanya dengan orang yang kita suka.
Orang itu akan melawan rasa cantik orang lain, baiknya orang itu, hebatnya orang ini, yang mana dia yang kita pilih itu adalah orang yang akan kita cinta sampai bila-bila mengatasi sesiapapun.
Ketagih kita dalam buaian kasih sayang itu adalah “kasmaran” dan “pijar” yang digunakan di dalam lirik tersebut. Yang mana dia memberi makna mabuk gila berahi atau jatuh cinta (mengikut kamus dewan).
Lagu ini ditutup dengan ayat, “Akulah satu-satunya yang akan kau cinta.”
Yang saya faham, dalam dunia orang bercinta, kita tak pandai berlebih. Kita hanya suka ianya sederhana. Ianya tak kurang, tak juga terlalu banyak. Lalu, kita mahu janji itu adalah janji kita sama-sama. Tak pernah peduli hal orang, tak juga mahu ambil tahu apa yang orang kata, sampan yang kita naik itu, cukup untuk kita.
Akan ada badai. Sekejap ada ombak datang, sekejap juga ada buaya bertandang, namun semua itu memerlukan semangat dan simpanan kemahiran untuk berlawan. Seorang luka, seorang lagi akan bangun memegang pedang. Jika dua-dua luka, yang tinggal hanya berpegang tangan, lalu matilah sama-sama juga dalam cinta.
Itulah cinta.
Dan itulah yang kita duk sering luah, kita adalah satu-satunya yang kita akan cinta sama-sama.
Demi Tuhan, jika yang baik rupa, baik juga adabnya, maka baiklah dia. Namun jika dia tak ada rupa, ada adab baiknya, maka baiknya juga dia.
Dalam hal ini, adab yang menang.
Benar, kita kena cari yang cantik. Dan semua lelaki mahukan semua yang itu. Namun tak semua lelaki yang lelaki pandai bab mencari yang benar cantiknya itu pada hormat kepada suami yang pernah tak punya apa-apa, tak reti meminta serta banyaknya mengesat peluh suami dan menghulur air masa setiap kali yang disayang itu pulang dari berjuang.
Lalu dia memberi senyuman paling manis di dunia dan menyebab suami yang keletihan pulang mencari sedikit emas untuk dijadikan hadiah bertahun kahwin, jadi puas dan pijar begitu sahaja. Ia membekas di hati dan membuah rasa rindu.
Apabila jauh teringat-ingat, apabila dekat saling mengenyit mata. Janji itu adalah spontan tanpa siapa suruh, tidak juga dipaksa-paksa untuk berbuat. Kasih kita suami isteri dalam kerasukan yang kita sahaja memahami. Lalu hiduplah kita dalam bahtera itu dalam pandangan orang yang kata kita sweet, kita begitu kita begini.
Walau banyaknya kurang, tidaknya ada itu, tidaknya ada ini. namun kita sentiasa ada dua jiwa, yang mana setianya itu bersifat selamanya. Dan itulah jawapan kepada soalan tadi,
Saya memilih sebab pandainya dia bercinta, dan ia melangkaui semua sebab orang lain yang pandai itu, ada ini. Benarnya, cukuplah dia yang ada di sisi, apa yang saya kurang, dia berjaya tampung, dan apa sahaja yang dia lemah, saya bantu, saat condong diumpil, saat tumbang diangkat. Itulah kuasa suami isteri, biarlah berakhir masa, terhenti nyawa, kami masih lagi bercinta-cinta.
Terima kasih untuk lagu yang sedap ini. Bukan sahaja ianya diterima untuk OST, namun saya yakin ramai akan seram sejuk kerana mengingatkan perjalanan perkahwinan masing-masing yang banyaknya badai, susahnya melawan kesukaran hidup namun kita masih berpegangan tangan sama-sama melaluinya.
Tahniah semua team. Masih di tangga tertinggi hati kami ditawan.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Hargai dia bukan kerana wajahnya, badannya, namun jiwanya, itulah Kasihku Selamanya.
Usaha Keras Isteri, Suami Akhirnya Jumpa Ibu Lepas Berpisah 28 Tahun
Hati mana yang tidak meronta ingin mengetahui siapa ibu kandung apabila menyedari diri adalah anak angkat. Biarpun, diri dijaga baik oleh keluarga angkat, namun diri tetap ingin bertemu keluarga kandung.
Menerusi TikTok akaun @qasehshashaz11 berkongsi momen indah apabila suaminya dapat bertemu keluarga kandung setelah 28 tahun terpisah. Sebak melihat dua beranak saling berpelukkan.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
KERJA KERAS ISTERI AKHIRNYA SUAMI BERTEMU IBU KANDUNG
Siapa sangka pencarian di sebuah group di facebook, tidak sampai 24 jam pencarian berakhir apabila ada individu di sosial media berkongsi maklumat tentang ibu mertuanya.
Shafiqa, yang berusaha keras membantu suami mencari ibu kandungnya dengan memuat naik maklumat penting ke laman Facebook.
@qasehshashaz11 #fypシ゚viral🖤tiktok #ibu #kongsiviral #fypage #fypシ #FYP #jejakkasih #fyp ♬ suara asli – ⛔Tuanmuda88🎼EDITORMUDA⛔ – ⛔Tuanmuda88🎗️S.A.E & D.E.S ⛔
UNDANG SEBAK WARGAMAYA
Rata-rata netizen turut sebak sebaik sahaja melihat video berkenaan bahawa suaminya berjaya berjumpa dengan ibu kandungnya. Bahkan, ada juga segelintir netizen memberitahu bahawa mereka turut mempunyai nasib yang sama sepertinya dan berharap suatu masa nanti mereka akan menemui keluarga kandung juga.
Sumber: @qasehshashaz11
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club