
Umat Islam di Malaysia yang merancang untuk menunaikan ibadah umrah diingatkan agar berhati-hati dalam memilih pakej yang sesuai supaya dapat mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan atau terkandas.
Pakej Umrah Bawah RM6,000 Agak Mustahil, Jemaah Jangan Mudah Kena Scam
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham, menyatakan bahawa kos pakej umrah yang munasabah pada masa ini adalah antara RM6,000 hingga RM7,000. Namun, harga ini mungkin meningkat, terutamanya semasa musim cuti sekolah atau bulan Ramadan.
Beliau menjelaskan bahawa pakej dengan harga di bawah RM6,000 agak sukar untuk ditawarkan kecuali dalam keadaan tertentu, seperti menggunakan perkhidmatan penerbangan yang lebih murah atau penginapan yang terletak jauh dari lokasi utama.
“Pengendali umrah sering berdepan situasi tidak dijangka, contohnya masalah ketiadaan bilik. Di Arab Saudi, walaupun bilik telah ditempah, ia boleh diubah sesuka hati oleh pihak berkenaan,” ujarnya.
Beliau turut menambah, menjelang bulan Rejab dan Syaaban, bilangan penduduk Arab yang mengunjungi Makkah akan meningkat, dan jumlah itu bertambah lebih ramai ketika Ramadan. Keadaan ini menyebabkan bilik sukar diperoleh, dan jika ada sekalipun, harganya lebih tinggi.
Pilihan bilik dengan kos lebih rendah memang ada, tetapi lokasinya biasanya jauh. Keadaan inilah yang kadangkala menyebabkan jemaah umrah dari Malaysia terkandas, terutama apabila pengendali tidak mampu menampung kos tambahan.
Razali memberikan kenyataan ini ketika mengulas cabaran dan kos pakej umrah susulan kejadian sebuah syarikat pengendali umrah yang gagal membawa lebih 300 jemaah ke Tanah Suci.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akhbar Khan, memaklumkan bahawa syarikat tersebut berisiko digantung operasi selama tujuh hari bermula Rabu jika gagal memulangkan wang jemaah menjelang malam Selasa.
Razali turut menasihatkan umat Islam agar lebih berhati-hati dalam memilih pakej umrah. Katanya, jemaah perlu memastikan syarikat pengendali yang dipilih mempunyai lesen pelancongan yang sah serta lesen khas untuk menguruskan umrah dan haji. Dengan ini, risiko penipuan dan masalah terkandas dapat diminimumkan.
Sumber: Sinar harian
Baca artikel lain: Jangan Ambil Kesempatan 5 Cucu Makcik, Nenek Terkilan Scammer Kutip Derma
Wanita Nyaris Kena Jual Di Bangkok, Dapat Tawaran Kerja Sebagai Pengasuh
Rugi RM735,000, Pesara Kerajaan Terpedaya Sindiket ‘Phone Scam’
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Tahan, Beku Jenazah Bayi Perbuatan Penganiayaan, Menyalahi Hukum Syarak

Tahan, beku jenazah bayi perbuatan penganiayaan, menyalahi hukum syarak. Pada dasarnya syari’at kita, menganjurkan menyegerakan pengurusan jenazah, memandikan, mengkafani, menyembahyangkan dan menguburkannya.
Tahan, Beku Jenazah Bayi Perbuatan Penganiayaan, Menyalahi Hukum Syarak
Baru-baru ini masyarakat dikejutkan dengan tindakan sebuah hospital swasta yang didakwa ‘menahan’ jenazah bayi selama dua minggu disifatkan sebagai suatu penganiayaan yang menyalahi hukum syarak.

Menurut pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin (memetik laporan Harian Metro) menyimpan jenazah di dalam peti sejuk mayat selama dua minggu adalah tidak wajar kerana ia menyebabkan kelewatan pengebumian jenazah yang sepatutnya disegerakan jika tiada sebarang keuzuran.
“Tindakan penahanan disebabkan menunggu si bapa untuk menyelesaikan kos bersalin ibunya bukanlah suatu keuzuran syarie (seperti kes pembunuhan, kemalangan dan sebagainya yang perlu dibedah siasat) kerana tuntutan kos itu boleh diselesaikan dengan cara lain.
“Dalam hal ini, ia menjadi satu penganiayaan fizikal yang menyalahi syarak yang tidak wajar dibiarkan berulang sekali lagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, terdapat beberapa perkara berkaitan hukum syarak yang perlu dipertegaskan berhubung perbuatan menahan jenazah bayi berkenaan.

Menurutnya, jika bayi yang dilahirkan sudah berusia enam bulan dan ke atas, maka jenazahnya wajib dilakukan seperti jenazah orang dewasa iaitu dimandikan dan dikafankan, solat jenazah dan dikebumikan.
“Jenazah bayi berkenaan sudah melebihi usia enam bulan, jadi wajib disegerakan melainkan terdapat keuzuran seperti menunggu kedatangan wali (bapa, ibu atau penjaga yang sah) dalam jarak masa singkat yang mana dipercayai badan jenayah masih elok dan tidak berlaku perubahan (membusuk dan seumpamanya),” katanya.
Bagaimanapun katanya, ia boleh ditangguhkan jika terdapat keperluan (maslahah) yang kritikal seperti wujudnya keraguan tentang punca kematian atau tujuan bedah siasat dalam kes tertentu seperti pembunuhan, kemalangan dan sebagainya.
Sementara itu, berhubung dakwaan menghina fizikal bayi itu katanya, seorang Muslim perlu berakhlak Islam dengan menjaga lidah dan tangan daripada menyakiti orang lain.
“Tindakan menghina seseorang dalam semua keadaan adalah suatu yang menyalahi akhlak Islam.
“Kita seharusnya menjauhi daripada memaki, mencela, dan berkata tidak elok pada orang lain atau mengenai diri mereka,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Guna Air Panas Lembutkan Jenazah Bayi, Dibekukan Hampir Dua Minggu Lepas Bapa Tak Mampu Bayar Bil!
Bapa Bayi Dibeku Dakwa Difitnah, Tampil Bersuara Tegakkan Keadilan!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Kes Zahnita, Coretan Semangat Untuk Wanita. Deep Perkongsian Ustaz Ini

Perkahwinan adalah sebuah amanah, bukan sekadar ikatan antara dua jiwa, tetapi satu tanggungjawab yang memerlukan kasih sayang, penghormatan, dan kejujuran.
Namun, bila amanah ini diabaikan, ia tidak hanya melukakan hati, tetapi juga menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan yang seharusnya menjadi asas perhubungan.
Kisah seperti ini bukanlah hal baru, tetapi ia terus menjadi cerminan realiti yang menyakitkan buat mereka yang terperangkap dalam hubungan tanpa penghormatan dan kasih sayang.
Ikuti kata-kata semangat perkongsian Ustaz Shauqi Hasan yang menjadi penguat semangat bagi wanita melalui situasi begini.
Kes Zahnita ni bukannya sekadar soal seorang lelaki yang mendera isteri, tapi ia lebih besar dari itu. Ia soal kuasa, soal ego dan soal tanggungjawab yang gagal. Dalam Islam, perkahwinan itu amanah, bukan medan untuk tunjuk kuasa.
Kau ingat tak, Rasulullah pernah berpesan, “Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik kepada isterinya” (HR Tirmizi).
Kalau kita tengok hadis ni, ia bukan sekadar peringatan, tapi satu standard.
Kalau kau nak tahu kau lelaki yang baik, tengoklah macam mana kau layan isteri kau. Kalau kau kasar, kalau kau naik tangan, apa lagi yang tinggal dalam maruah kau sebagai suami?
Ada orang fikir, dengan duit, dengan status, mereka boleh buat apa saja. Tapi sebenarnya, duit tak pernah ubah siapa kau. Duit cuma perbesar siapa kau dari awal.
Kalau kau memang baik, duit tu akan jadikan kau lebih banyak buat baik. Tapi kalau kau dah ada sifat angkuh, duit tu akan jadikan kau ‘resakse’ (raksaksa) yang bernafsukan harta, takhta dan wanita.
Dalam surah Al-Isra’ (17:37), Allah dah pesan, “Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong.” Sombong ni bukan soal cara kau berjalan saja dik, tapi sikap kau bila kau rasa kau lebih dari orang lain.
Bila aku tengok kes macam ni, Abang sedih bukan sebab dia orang kaya atau miskin. Abang sedih sebab dia gagal jadi manusia yang Allah amanahkan untuk jaga pasangan dia.
Dalam perkahwinan, kau bukan hanya berkongsi hidup, tapi kau juga jadi penjaga hati, fizikal dan maruah pasangan kau. Kalau kau gagal jaga, kau bukan lelaki yang hebat, kau cuma lelaki yang takut kehilangan kuasa.
Dik, kalau kau ada duit satu hari nanti, ingatlah, duit tu bukan untuk tunjuk kau hebat. Duit tu untuk kau bantu. Untuk kau pastikan kau jadi contoh, bukan beban pada orang lain.
Dan kalau kau lelaki, jadilah lelaki yang tahu beza antara kuasa dan kasih sayang. Sebab kuasa itu sementara, tapi kasih sayang itu yang akan tentukan apa kau tinggalkan dalam dunia ni.
Buat kita semua, lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, kaua ingatlah satu benda.
Allah tak tengok harta kau, tak tengok siapa yang menang. Allah tengok bagaimana kau guna apa yang Dia bagi.
Kalau kau ada kuasa, gunakan untuk lindung.
Kalau kau ada kasih sayang, gunakan untuk bina.
Sebab bila semuanya selesai, kita cuma akan dinilai pada satu benda dik, bagaimana kita hidup sebagai manusia.
Kes macam Zahnita ni bukan baru, cuma sekarang lagi ramai yang berani buka cerita. Cerita macam ni bukan sekadar soal suami yang gagal, tapi ia juga soal isteri yang sering rasa terperangkap.
Kepada para isteri yang melalui perkara yang sama, Abang nak cakap, kau tak bersalah. Kau tak lemah. Dan paling penting, kau tak patut diam.
Islam tak pernah ajar isteri untuk bertahan dalam derita. Rasulullah sendiri adalah contoh suami yang penuh kasih sayang, yang tak pernah angkat tangan pada isteri-isterinya, malah memuliakan mereka.
Dalam khutbah terakhirnya, baginda pesan, “Berbuat baiklah kepada wanita, kerana mereka adalah amanah di sisi kamu.”
Kalau seorang suami tak boleh faham amanah ni, dia dah hilang kelayakan sebagai pelindung dan kau tak perlu rasa bersalah untuk melangkah ke depan.
Kadang-kadang, para isteri takut.
Takut anak-anak kehilangan ayah, takut pandangan orang, takut hidup sendiri. Tapi dik, kalau hidup kau penuh dengan ketakutan, itu bukan kehidupan, itu penjara.
Allah tak suruh kita hidup dalam derita.
Allah nak kita bangkit, nak kita tahu nilai diri kita. Dalam surah At-Talaq (65:2-3), Allah janji, “Barang siapa bertakwa kepada Allah, Dia akan bukakan jalan keluar untuknya, dan memberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.”
Kau kena percaya, kalau kau pilih jalan yang betul, Allah akan ada dengan kau.
Cari sokongan.
Jangan malu untuk minta tolong.
Kau ada hak sebagai manusia, sebagai isteri, sebagai ibu. Hidup kau lebih dari sekadar bertahan. Dan kalau kau rasa sukar nak buat keputusan, ingat satu benda, anak-anak kau perlukan ibu yang kuat, bukan ibu yang tenggelam dalam penderitaan.
Buat para isteri yang baca ni, jangan takut untuk ke depan. Jangan biarkan diri kau terus jadi mangsa.
Kau bukan seorang diri.
Kau ada Allah.
Kau ada keluarga, kau ada kawan-kawan yang sedia bantu kalau kau buka mulut.
Hidup ni terlalu singkat untuk kau habiskan dalam rasa sakit yang tak berkesudahan. Percayalah, ada hidup yang lebih baik menunggu kau, asalkan kau berani ambil langkah pertama.
Peringatan buat kita semua, jangan pernah salahkan isteri yang memilih untuk tinggalkan penderitaan. Mereka bukan gagal, mereka berjaya menyelamatkan diri.
Doakan mereka kuat dan kalau kau kenal sesiapa yang perlukan sokongan, jadilah bahu untuk mereka bersandar.
Kita tak boleh ubah dunia seorang diri, tapi kita boleh bantu mereka yang kita sayang untuk berdiri semula.
Setuju?
Sumber: Shauqi Hasan
Sanggup Potong Kaki Ketika Hamil, Ibu Bahagia Demi Selamatkan Kandungan!

Ujian kita berbeza-beza. Namun ujian seorang ibu ini yang sanggup memotong kaki kanannya bagi menyelamatkan kandungannya amat luar biasa.
Melalui perkongsiannya di aplikasi TikTok, seorang ibu, Alin Azreen terpaksa memotong kaki kanannya akibat kanser ketika hamil anak kedua.
Jelasnya, kanser yang dialami itu telah merebak hingga ke tulang dan membuatkan saraf di bahagian kaki rosak serta terpaksa melakukan amputasi.
“Tak sangka lebam bertahun-tahun hingga jadi luka rupanya signal awal kanser. Lebam yang tak sakit tanpa demam dan tak ada tanda-tanda lain,” tulisnya.
Lebih mengharukan bila mana ibu kepada dua anak sempat meluangkan masa bersama anak sulungnya sebelum memotong kaki.
“Sebelum kejadian potong kaki akibat kanser. Waktu ini sedang mengandung 2 bulan dan bergembira dengan anak sulung. Hari ke-5 selepas potong kaki, baru belajar berjalan menggunakan tongkat.
“Waktu ini usia kandungan baru 28 minggu. Bius separuh badan memang terasa kaki ditarik hingga putus dan bayi dalam kandungan bergerak-gerak.
“Genap 37 minggu lahirlah hero kedua secara elektif czer,” luahnya menerusi video pendek itu.
Ibu yang kelihatan cukup ceria dan bersemangat ini juga turut meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana keputusan untuk menyelamatkan kandungan berbanding kaki adalah keputusan yang tepat malah membahagiakan dirinya.
“Alhamdulillah keputusan pilih selamatkan kandungan daripada kaki adalah keputusan yang membahagiakan.
“Tak pernah menyesal. Ujian tanda Allah sayang. Manusia pasti akan diuji oleh Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan,” katanya.