Umum mengetahui susu ibu juga turut mengandungi kadar nutrien yang mencukupi di mana ia mudah untuk dicerna dan diserap untuk manfaat sistem badan bayi.
Sering kita dengar ibu mengalami masalah tidak memiliki susu ibu yang mencukupi sehingga terpaksa mengambil susu formula atau pil merangsang perhasilan susu ibu. Malah tidak mustahil akibatnya ada yang tidak dapat memberikan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama dua tahun.
Bagaimanapun ada juga segelintir ibu diberikan ‘rezeki’ apabila dikurnia susu badan berlebihan sehingga memberikan masalah buat ibu itu sendiri.
Bukan tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi namun sehingga memudaratkan diri, ibu terpaksa mencari cara untuk memperlahankan kadar penghasilan susu ibu.
Begitulah situasi yang dihadapi oleh ibu ini yang dikongsikan menerusi facebook miliknya. Beliau berkongsi gambar stok susu ibu yang banyak sehingga 1 jug penuh. Malah terpaksa juga makan pil untuk mengurangkan kadar penghasilan susu badannya.
Dalam pada itu, warganet melahirkan rasa teruja dengan perkongsian beliau yang jarang-jarang ada yang dikurnikan rezeki sebegitu.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
SUSU BADAN TERLAMPAU BANYAK
Menyusukan bayi satu jihad buat wanita bergelar seorg ibu.. Nampak mudah, tapi besar.. siapa ade pengalaman macam saya.. susu terlampau byk smpi setiap 1 jam mesti kene pam.. stok susu smpi penuh 1 peti ais, guna botol kcik pn x cukup sehingga stiap kli pam kene gunakn jug air.. Allah.
IKLAN
TERPAKSA AMBIL PIL KERINGKAN SUSU
Nikmat dr allah. tp jika sehingga memudaratkn, smpi tpksa beli pil keringkan susu, x sanggup sehingga demam2 bengkak susu.. bersalin sehingga anak kedua pn mempunyai pglmn yg sama. Makan 2 biji tu belum tentu terus kering.
SATU JUG PAM KANAN DAN KIRI
Pam belah kanan penuh separuh jug air… pam belah kiri penuh separuh… jdk jumlah skali pam 1 jug air mcm dalam gmbr tu.
Andai dapat membawa seisi keluarga bersama-sama menunaikan umrah, itulah rezeki yang cukup bermakna kerana keluarga kita diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah dalam satu masa yang sama. Sewajarnya, peluang yang dianugerahkan ini perlu direbut dengan sebaik mungkin.
Lalu persiapan diri bagaimana pula harus kita lakukan? Ini dikongsikan oleh Encik Hairulnizam untuk info bersama.
Persiapan Rohani Sebelum Berangkat Umrah
Dengan rendah hati, saya ingin kongsikan persediaan-persediaan rohani untuk bakal-bakal tetamu Allah yang mungkin seperti saya juga, yang masih merasakan diri dan jiwa masih jauh dari Allah dan Rasulullah SAW, beberapa bulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Apa yang saya ingin kongsikan ini adalah daripada tips-tips yang diberikan oleh sahabat-sahabat yang telah menjadi tetamu di Baitullah.
insyaAllah… semoga bermanfaat.
1. Perbaiki kualiti solat & Mencintai Masjid
Mulai dengan jaga solat 5 waktu dan kerap hadir ke masjid. Latih diri solat awal waktu, berjemaah dengan hadir ke masjid atau surau.
Boleh berlatih dengan mulakan dengan berjemaah Maghrib dan Isyak dahulu (balik kerja) kemudian upgrade kepada Zohor dan Asar berjemaah (jika ada peluang) serta Subuh berjemaah (ini yang paling mencabar).
2. Biasakan solat-solat sunat & Berdoa
Mulakan berlatih perbanyakkan solat-solat sunat Qobliyah dan Baa’diyah.
Juga biasakan solat Taubat, Dhuha, solat hajat dan solat Tahajjud jika mampu. Juga biasakan diri banyak berdoa dengan yakin di antara azan dan iqamah serta selepas solat.
Apabila kita berada di Madinah dan Mekah nanti, perkara utama dan yang paling banyak untuk kita lakukan ialah berulang-alik ke masjid untuk solat 5 waktu. Di sanalah nanti peluang untuk kita merebut ganjaran pahala 1,000 kali ganda solat di Masjidil Nabawi dan 100,000 kali ganda di Masjidil Haram.
Apabila sudah biasa dengan amalan solat awal waktu dan solat-solat sunat, insyaAllah, ia menjadi perkara yang paling dekat dan paling dicintai di hati kita untuk bangun awal sebelum Subuh, dan diikuti datang awal ke Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram setiap kali masuk waktu solat dan melakukan solat-solat sunat serta berdoa mohon kebaikan daripada Allah.
3. Belajar Bersabar dan Redha
Mulakan berlatih bersabar dan redha dengan setiap apa yang berlaku dalam aktiviti harian kita. Didik hati bahawa setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah, merupakan ujian dari Allah dan Rasulullah SAW pun menyuruh kita menjadi orang yang sabar dan menahan kemarahan.
Apabila hati dah mula biasa bersabar, insyaAllah, bila sampai di Tanah Suci nanti, segala macam dugaan seperti kelewatan imigresen, masalah hotel, masalah makanan, masalah bas atau sikap-sikap jemaah lain serta kerenah pasangan pun dapat kita hadapi dengan baik.
4. Belajar Jaga Tutur Kata
Mulakan latih diri bercakap perkara yang baik-baik sahaja sama ada dalam perbualan atau media sosial. Elakkan bercakap hal-hal buruk, hal orang lain atau bergurau menyebut seolah-olah akan jadi perkara tidak elok seperti “Jauh berjalan macam ni, boleh patah kaki…!”
Setiap tutur kita adalah doa. Dan di Tanah Haram, insyaAllah… akan dimakbulkan segera apa yang kita tuturkan atau detikkan dalam hati sama ada yang baik atau yang buruk.
Apabila sudah biasa mendidik lidah kita, insyaAllah, hanya perkataaan-perkataan baik sahaja yang akan keluar dalam bicara kita di sana.
5. Belajar Berbaik Sangka
Didik hati untuk berbaik sangka dengan orang lain terutamanya dengan orang minta derma, minta sedekah atau mohon bantuan.
Di Tanah Haram nanti kita akan bertemu dengan macam-macam peminta sedekah. Bila hati sudah dididik berbaik sangka, jika kita menolak untuk tidak memberi sedekah pun, kita akan tolak dengan baik dan dengan senyuman.
6. Banyakkan Membaca Sirah Nabi dan Bersalawat
Timbulkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan banyak membaca sirah-sirah nabi, kisah-kisah pengorbanan nabi berdakwah menyebarkan agama Islam.
Di Masjidil Nabawi nanti, itulah peluang terbaik kita untuk berziarah makam Rasulullah SAW setiap hari selepas solat dan memberi salam kepada baginda Rasulullah SAW.
Apabila hati sudah ditanam dengan kecintaan yang tinggi kepada baginda, insyaAllah…akan menitis air mata bila berziarah ke makam baginda.
7. Rendahkan hati, rasa diri banyak dosa
Kedatangan kita ke Baitullah adalah atas jemputan Allah. Kita ini hamba yang banyak berdosa. Namun, atas kasih sayang Allah, kita masih dijemputnya untuk ke sana.
Inilah peluang terbaik kita bertawaf depan Kaabah, solat taubat, solat sunat dan mohon keampunan kepada Allah, banyakkan berdoa, membersihkan diri untuk menjadi hamba-Nya dan umat nabi Muhammad yang lebih baik.
Semoga persiapan rohani kita dari awal sebelum berangkat ke Tanah Suci akan menjadikan kita benar-benar hamba-Nya yang berserah sepenuhnya kepada Allah sepanjang berada di Tanah Suci.
Tiada lain yang kita harapkan, hanyalah umrah yang mabrur serta dapat kita istiqamah dalam perkara ibadah-ibadah dan akhlak baik kita apabila kembali ke tanah air, insyaAllah…
Dan kepada sahabat-sahabat yang masih belum berpeluang ke sana, lakukanlah juga persiapan rohani seperti di atas. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, amalan dan istiqamah kita boleh menjadi asbab untuk kita dijemput ke Baitullah. Sesungguhnya Allah itu maha kaya , dia boleh jemput kita dengan pelbagai cara dan jalan yang tidak disangka-sangka.
“Allah tidak memanggil orang-orang yang mampu, tapi Allah memampukan orang-orang yang terpanggil”.
Perkahwinan adalah perkongsian hidup dua jiwa antara lelaki dan wanita. Melengkapi hidup dab berkongsi kekurangan dan kelebihan masing-masing. Justeru, tidak salah andai saling membantu demi rumahtangga yang bahagia.
Demikian yang Ingin disampaikan oleh isteri kepada pelawak, Atu menerusi perkongsian dilaman Instagramnya.
“Jika isteri itu masak, ia adalah ihsan dr isteri kepada suami… “beras suami beli, xkan suami kene belajar masak?”Alhamdulillah, sy dpt suami simple… klo x larat nk masak kita mkn luar…
“Tapi sy ni suka mencuba… kita cuba dan cuba Kdg2 ia mendatang kn income pula untuk sy… suami sy ni ibarat tikus makmal 🤣. Klo dia kata ok, baru sy berani open order.
“Terima kasih banyak2 ya encik suami, dah lah keluar modal, kne jadi tester pulak 🤣. Skrg ni anak pulak jd junior tukang test… oklah… habis satu loyang… makan, rasa nya sedap mungkin 😇.
Ujar Shafeeqa Johari lagi, dia tidak kisah untuk membantu suaminya menambahkan Sumber pendapatan keluarga mereka terutama apabila menjelang Ramadan.
“Suami isteri ni perlu saling melengkapi. Kesian suami. Kita nikah sbb cinta.. bukan sebab nk jadi kn dia mesin cetak duit. Kne kerja, kena beli, kene buat… mereka pon ada kudrat mereka… slalunya ramadhan atu x ambil job, sy lak kerja. Buat kek untuk raya… sy cover atu untuk dia tenang beribadah… tp ramadhan jelah… bulan lain dia wajib kerja 🤣🤣🤣🤣.
“Bukan menyokong atau membantah mne2 pihak… suami itu cinta kita… xkan nnt dia xde duit kita halau dia dr rumah yg dia sdiri byr kn? Xkan sampai nya hati….
Dalam masa Yang sama,dia turut menitipkan Rasa bangga dengan wanita yang bergelar isteri walaupun bekerja masih punya waktu untuk menyediakan hidangan buat keluarga.
“Saya kagum ngan isteri yg kerja mkn gaji… balik boleh masak lagi… sy duk umah jaga anak pon xmampu nk buat… percayalah, dah tua nnt anak2 mesti akn rindu masakan seorg ibu…. 🤍
Keseronokan bergelar ibu semakin bertambah setiap hari apabila dapat melihat perkembangan yang ditunjukkan oleh anak.
Sama seperti ibu-ibu lain, penyanyi popular Ernie Zakri tidak terkecuali sedang melalui fasa bahagia tersebut.
Isteri kepada penyanyi Syamel ini bersyukur kerana puteri sulung mereka, Nur Khawla Soleha yang sudah masuk usia tiga bulan semakin banyak menunjukkan perkembangan selari dengan usianya.
FOTO: IG Ernie Zakri
“Genap tiga bulan usia Khawla dan banyak perubahan yang kami nampak, lebih-lebih lagi dia sudah mula berinteraksi. Kadang sekecil-kecil tindak balas yang dilakukan pun sudah buat kami gembira.
“Selain aktif dengan kerjaya seni, saya juga sibuk menguruskan anak. Semuanya masih baru dan banyak perkara yang saya masih ‘blur’.
Pengalaman baru
Selain melalui fasa bahagia dengan kehadiran anak, adakalanya ibu baharu juga perlu melalui fasa risau dan ‘blur’. Dengan kata lain seorang ibu itu perlu belajar setiap hari untuk memahami tingkah laku bayinya.
Berkongsi maklumat dengan ibu yang sudah berpengalaman selain melaluinya sendiri menjadi salah satu cara seorang ibu belajar memahami bayinya.
Adakalanya tidak dinafikan apabila semua keperluan bayi sudah dipenuhi tetapi dia masih menangis, ibu akan menjadi buntu dan bimbang memikirkan keselamatan bayinya.
“Pernah sekali bila anak menangis saya terdiam sebab tak tahu nak buat apa walhal sudah memberikan dia susu dan menukar lampinnya. Jadi banyak lagi yang perlu saya belajar untuk menjadi ibu,” katanya.
Seimbangkan kerjaya dan keluarga
Menurut Ernie, dia kini perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga memandangkan dia dan Syamel bekerja dalam bidang yang sama.
“Tidak dinafikan saya dan Syamel kerap dapat tawaran persembahan bersama. Namun Alhamdulillah ada seseorang yang menjaga Khawla di rumah kalau kami keluar bekerja.
FOTO: IG Syamel
“Saya mengupah penjaga yang dikhaskan untuk jaga Khawla saja. Jadi sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerisauan saya apabila keluar bekerja,” katanya.
Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 22 Februari lalu.